APA ITU CINTA?

Other Completed 1395

Bila kita sebut CINTA, ia tak boleh lari dariPENGORBANAN. Apa kaitannya? Kaitannya ialah, bila kita cinta akan sesuatu, kita akan sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang kita cintakan itu. Tu secara simple, takrifan cinta.

Mustahil kalau kita kata kita cinta akan sesuatu, tapi kita tak sanggup bersusah-payah untuk perkara itu. Saya bagi contoh dalam bentuk kisah boleh? Ada orang suka baca kisah-kisah ni. So, harap dapat baca kisah ni, kemudian saya akan nyatakan pengajarannya.

Jom layan!

****

Ada satu lelaki ni, nama dia Qais Amiri. Dia duduk kat satu kampung. Dia amat berkenan dan jatuh cinta kepada seorang wanita bernama LAILA. Sehingga, orang menggelarkan Qais sebagai “Laila Majnun” yang bermaksud “Tergila-gilakan Laila”.

Yang peliknya, Qais tak pernah langsung melihat wajah Laila. Laila ni adalah seorang raja di sebuah Negara. Qais hanya dengar-dengar cerita tentang Laila dan kecantikannya dari mulut-mulut orang. Itu pun dia dah jadi macam orang gila!

Sampai satu masa, Qais buat keputusan untuk nak berjumpa dengan Laila dan menyatakan cintanya kepada Laila.

So, dia pun pergilah ke negara Laila tu.

Bila dia sampai kat negara Laila tu, dia cerita kat semua orang kat negara tu yang dia cintakan Laila. Sehingga satu negara tu macam jadi kecoh dengan kekecohan Qais ni. Sampai satu tahap, pembantu Laila telah mengadu pada Laila:

“Wahai puan Laila, aku dapat berita bahawa ada sorang laki ni, dia terlalu tegrila-gila kan kau. Dia kata dia amat mencintai kau…”

Lalu Laila macam teruja. Laila pun balas:

“Betul ke? Wah, aku sangat teringin untuk bertemu dengan lelaki tu! Boleh tak kau bawakkan lekaki tu untuk berjumpa dengan ku?”

Tapi pembantu tu jawab:

“Puan Laila, aku serius tak tahu siapa laki tu. Aku pun dengar-dengar daripada orang je…”

Lalu, di sebabkan Laila teringin sangat nak jumpa dengan “lelaki yang mendakwa cintakannya” itu, Laila pun buat pengumuman kepada rakyatnya:

“Siapa yang cintakan aku, sila datang ke istana aku, dan sebagai hadiah, aku akan berikan emas dan perak kepadanya!!!”

Berita tu tersebar kat satu Negara. Lepas tu, semua lelaki kat negara tu kumpul kat istana tu, lantas mendakwa bahawa mereka cintakan Laila!

Laila jadi pening dan keliru. Dia bermonolog dalam hati dia:

“Ramainya yang datang. Mana satu ‘lelaki yang tergila-gilakan’ aku tu??”

Di sebabkan tu, Laila buat pengumuman:

“Wahai lelaki sekalian, aku dengar ada di kalangan kalian yang mendakwah cintakan aku sehingga dia tergila-gilakan aku. Tetapi tak ku sangka, ramai yang datang. Maka, aku mahu, siapa yang betul-betul cintakan aku, datanglah kepadaku dengan membawa SEBELAH BIJI MATANYAsebagai bukti cintanya kepadaku…”

Bila lelaki yang datang semua tu dengar, semua tak mengaku cinta pada Laila. Tapi, tiba-tiba, ada seorang lelaki telah datang kepada Laila, dengan membawa sebelah biji matanya keapda Laila, lantas berkata:

“Wahai Laila, aku cinta padamu…”

Lelaki tersebut adalah Qais Amiri! Dan, Laila menerima cinta Qais yang tulus ikhlas itu…..

****

Happy ending. Kalau baca kisah ni sambil dengar soundtrack, menarik jugak. Haha. Tapi tu tak penting, yang pentingnya, apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah “Laila Majnun” ini? Sebenarnya, kisah ini adalah satu kisah TAMSILAN, yang mana kita boleh mendapat manfaat yang banyak gila dari kisah ni.

Baiklah, saya hurai pengajaran dari kisah ini dan apa kaitannya dengan topic kita pada hari ni.

1)Qais Amiri tu ibarat kita. Seperti mana Qais tak pernah melihat wajah Laila dan Cuma mendegar kisah-kisah tentang kecantikannya, lantas jatuh cinta dan tergila-gilakan Laila, SEPERTI ITULAH kita, yang tidak pernah melihat wajah Allah, dan Cuma mendengar tentang sifat-sifat dan keagungannya. Namun, adakah kita tergila-gilakan Allah, seperti mana Qais tergila-gilakan Laila?

2)Seperti mana Laila teringin untuk berjumpa dengan Qais mendakwa tergila-gilakannya, begitu juga Allah. Allah amat ingin berjumpa dengan hambanya yang mengaku mencintai diriNya yang agung.

3)Tetapi, bilamana Laila menawarkan emas dan perak untuk para pencintanya, ramai lelaki yang datang dan mendakwa cintakan Laila. Seperti itu juga Allah. Apabila Allah menawarkan syurgaNya kepada para hamba yang mencintaiNya, hamper SEMUA orang mengaku dan mendakwah cintakan Allah!

4)Namun, bila Laila menyuruh mereka berkorban dengan mengeluarkan sebelah biji matanya sebagai bukti KEBENARAN cintanya kepada Laila, maka ramai yang dahulunya mendakwa CINTA LAILA, akhirnya berundur dan tak sanggup berkorban. Baru Laila tahu, ramai rupanya yang cintanya PALSU semata-mata.

Begitu juga Allah. Apabila Allah menyuruh hambanya berkorban, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya, berapa ramai orang yang MENDAKWA CINTA ALLAH ini sanggup melakukannya? Rupa-rupanya, ramai yang cintanya kepada Allah hanyalah PALSU!

5)Akhirnya, Qais Amiri sanggup korbankan biji matanya semata-mata untuk buktikan cintanya pada Laila, dan akhirnya Laila menerima cintanaya. Seperti itu jugaapabila kita kata kita CINTA ALLAH, dan sanggup BERKORBAN untuk mendapatkan cinta Allah, maka Allah akan menyambut cinta itu.

Maka dari kisah ringkas ini, saya harap kita semua jelas. Bila kita cinta akan sesuatu, maka kita perlu buktikan dengan pengorbanan!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience