Rate

PERMULAAN

Family Series 1165

2010

Masih segar dalam ingatan aku, tahun bulan serta hari itu. Hari dimana semuanya mula berubah. Hari dimana sinar kebahagian semakin pudar.

Hari itu cuti sekolah, seperti biasa kanak-kanak seusia aku pasti tidak akan melekat dirumah. Bermain dari pagi hingga ke petang. Kadang-kadang malam pun main juga. Tambahan lagi cuti sekolah pada bulan 12.

Bulan 12 merupakan bulan paling menyeronokan bagi kanak-kanak seusiaku. Mana tidaknya, tak perlu ke sekolah dan tak perlu bangun awal. Pagi itu, seperti biasa aku dan kawan-kawan pergi ke rumah kosong untuk bermain. Rumah kosong hanya bersebelahan rumah aku sahaja. Rumah kami hanya rumah teres biasa sahaja. Memandangkan kawasan perumahan kami merupakan kawasan baharu jadi tidak ramailah yang menghuni di kawasan itu. Jadi rumah-rumah kosong tulah dijadikan 'base' kami. Selalunya rumah bersebelahan rumah aku tempat kami bermain.

Kawan-kawan aku kebanyakan lebih muda dari aku. Senang cerita, aku sahaja yang berumur 12 tahun yang lain dalam 10 tahun hingga 6 tahun begitu. Ada sahaja yang lebih tua daripada aku, tapi entah kenapa aku lagi suka bermain dengan yang lagi muda.

"Amirul! Nisha! Balik makan" Aku berhenti mengayuh basikal sebaik sahaja mendengar suara emak memanggil. oh ya! nama aku Nisha dan Amirul merupakan adik aku muda 2 tahun daripada aku. Aku juga ada seorang adik perempuan yang masih berumur 6 tahun.
" wei... mak kita suruh balik... petang karang kita main lagi ye" aku bersuara serta melambai mereka sebaik sahaja mereka mengangguk.

...

Sebaik sahaja selesai makan aku bercadang hendak pergi bermain lagi tapi dimarahi oleh emak. Katanya jangan menganggu orang berehat. Aku pun hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak berani untuk melawan. Emak aku garang manakala abah aku tidak. Bila seorang marah pasti seorang membela. Indahnya dahulu. Hari itu hari jumaat jadi abah aku bersiap-siap untuk pergi ke masjid untuk solat jumaat.

Sepatutnya semuanya harus seperti biasa. Hari jumaat, pergi solat jumaat, balik rumah,dan bersiap×2 pergi ke kerja balik.

Ting! Telifon abah ku berbunyi menandakan mesej masuk. Emak pun mengambil telifon dan membaca mesej. Tiba-tiba mak terdiam. Aku hanya melihat. Tidak tahu kenapa tapi mak terus masuk kedalam bilik dan mengunci pintu bilik.

Aku terdiam. Niat aku terbantut. Aku baru sahaja ingin mengadu kepada emak yang badan aku panas. Aku terus menunggu kepulangan abah aku

Pintu rumah terbuka. Terpampang wajah abah aku. Aku tersenyum dibalas dengan senyuman juga dan pertanyaan "mana mak" aku hanya menunjuk kearah pintu.

Abah mengetuk pintu. Tidak lama kemudian pintu dibuka. Sebaik sahaja abah masuk kedalam bilik pintu dikunci kembali. Aku pun masuk kebilik aku diikuti oleh adik-adik aku.

Tidak lama kemudian terdengar suara emak meninggi dan diikuti oleh tanggisan. aku terdiam lagi. Aku berhenti bermain. Jauh di dalam hati, aku terasa takut dan risau. Ini pertama kali melihat mereka bergaduh. lama kelamaan ianya kembali senyap.

Aku pun keluar bermain bersama adik-adik. Hanya dalam beberapa minit, terdengar kembali pertengkaran mereka. Aku memandang rumah aku. Jelas sekali suara mereka. Aku mula berasa malu. Mana tidaknya kawan-kawan aku ada. Aku terus mengajak adik masuk kedalam rumah.

Lama-kelamaan aku mula tahu. Ye. Abah aku curang. Abah ada perempuan lain.

#Okey nnti saya sambung lagi... ini pun dah berkaca mengimbau knangan lama#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience