Rate

ABAH

Family Series 1165

Petang itu, abah menyuruh kami mengemas barang ke dalam beg untuk pergi mandi manda di teluk batik. Kami pun apa lagi. Seronoklah. Laju-laju kami kemaskan barang. Punyalah happy. Sepanjang cuti persekolahan kami tak pergi kemana-mana lagi.

Sebaik sahaja kami mengemas barang, kami terus bertolak ke teluk batik. Tapi ada sesuatu yang lain. Keadaan dalam kereta sunyi. Emak mendiamkan diri. Abah pun sama. Selalu pasti akan terdengar mak dan abah bersembang tapi kali ini tidak. Aku ingatkan semuanya sudah berakhir.

Sebaik sahaja sampai ke sana, kami pun berlari-lari pergi ke pantai. Bermain dan bergembira. Sedang aku bermain padangan aku teralih kepada Mak dan Abah. Mereka duduk jauh dari kami tapi nampak tenang.

Kami bermain dalam masa yang agak lama juga dalam beberapa jam begitu sebelum mak memanggil pulang. Tiba sahaja dalam kereta aku terasa sejuk tapi aku diamkan sahaja. Lama kelamaan aku mula terasa sangat sejuk. Badan aku mengigil.
"abah tutup aircon... sejuk" aku bersuara. Abah tidak bertanya apa. Mungkin Abah fikir aku sejuk selepas mandi. Aku tertidur.

Tidak lama kemudian aku terjaga. Sejuknya tidak hilang. Malah kepalaku terasa sakit. Terasa nafas aku panas. Ya allah, aku demam. Sebaik sahaja sampai kerumah aku terus ke dalam bilik. Mungkin mak melihat aku pelik terus dia mengikut aku kedalam bilik.
"kenapa ni?"
"eisya rasa eisya demam lah mak" terus mak meletakkan tangan di dahi aku
"Ha'a lah kamu demam" terus mak beredar keluar mungkin ingin memberitahu abah. Tidak lama Kemudian terdengar bunyi moto. aku tertidur lagi.

****

#okeylah Niea nak crita kisah yang lain tapi kurang detail... sebab Niea kecil lagi waktu itu dah besar baru tahu#

2011

Sepanjang itu, mak dan abah kelihatan baik-baik sahaja. Hubungan mereka nampak seperti dahulu tapi semua tidak.

Mak mahu bercerai. Abah tidak mahu. Katanya sayang lagi pada mak tapi abah juga masih sayangkan perempuan itu. Mak ada juga mesej perempuan itu tapi semuanya menyakitkan hati tambahan pula perempuan itu kawan mak. Mereka mintak nasihat pada yang pakar. Berubat sana sini.

Dalam masa itu, mak tak marahkan abah. Mak bagi abah keluar dengan perempuan itu. Mak siap tolong tukarkan duit untuk abah pergi keluar dengan perempuan itu. Walaupun abah kata mahu keluar bersama kawan-kawan tapi jauh disudut hati mak tahu abah tipu. Nampak abah macam jahat tapi tidak, abah tidak abaikan kami. Mak kata abah suami yang baik. Ye aku tahu.

Abah memang baik tidak seperti lelaki lain. Abah tolong mak. Mak mengasuh dan mejahit. Setiap malam pasti abah menolong mak menjahit. Balik kerja abah terus melayan kami serta anak mak mengasuh. Bukan itu sahaja, sekiranya mak tidak dapat memasak abah akan memasak untuk keluarga kami. Kalau abah masak kami paling suka sambal ikan bilis abah. Memang meletup gitu. Sedap sangat. Abah juga selalu mengitai kami bermain tapi semuanya selalu terkantoi. Dah besar baru aku tahu kenapa. Supaya kami tak berlakon depan dia. hahahaha. Abah tak pernah tinggikan suara. Kalau marah abah hanya mendiamkan diri. Walaupun mak tampar abah. Abah tidak pernah naikkan tanggannya. Sepanjang aku hidup baru sekali abah memarahi aku. Baiknya abah. Abah juga membelikan kereta untuk mak, walaupun hanya kereta kancil ianya memandai.

Lama kelamaan hubungan mak dan abah menjadi baik. Mereka lebih mesra. Mungkin abah dah lupakan perempuan itu. Mesranya seperti gula. Bersemut selalu.

Hari itu, abah siap-siap untuk ke kerja di tolong oleh mak. Aku hanya bermain game diruang tamu. Mak memeluk abah. aku melihat. Malu pula aku. Jelas terpancar senyuman diwajah abah. Siapa tahu. Senyuman. Bye-bye. Pelukannya. Bunyi motonya. Semuanya yang terakhir. Hari terakhir aku mendapat kasih sayang seorang abah.

Abah tak mati. Abah hidup. Cuma...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience