BAB 1

Romance Completed 14091

Memandangkan dia punya masa rehat yang agak banyak maka sedari tadi dia membaazirkan ia dengan melihat melayan Fac. Timeline Fac kejap-kejap di scroll up, kejap-kejap di scroll down. Siot bosan! Sudahlah hari ni hari Sabtu. Itulah kerja Opie bila tak ada kerja. Dia membaca status seorang kenalannya di Fac, pantas di tekan dan di bacanya. Gambarpun dimasukkan sekali.

Halimah Gigi Panjang :

Have a break wif tom yam. Love you mister hubby.

“Eleh berlagak! Inilah masalah orang sekarang, sikit-sikit nak post. Sikit-sikit nak post. Siap makan apapun nak post. Bluewk!’ menyampah betul Opie siap buat aksi nak termuntah lagi.

“Kau tu pun apa kurangnya. Macam aku tak pernah baca post kau, pergi tandas pun nak bagitau.” Mira, teman serumahnya menyampuk sambil membawa dua mug yang berisi air Milo. Satu mug disuakan ke Opie. Ceh kes kantoi! Aku yang kena balik oleh budak Mira ni.

“Bukan salah akupun.” Opie membela dirinya.

“Apa mendenya bukan salah kau? Kaupun samalah macam si Gigi Panjang tu. Semua nak bagitau.” Mira bersandar di sofa. Nak rilek kejap cuti-cuti ni.

“Dah Fac sendiri tanya ‘what’s on your mind?’ dengan aku. Aku jawablah. Kang tak jawab dia kata aku ni kurang ajar pula. Salah siapa sekarang?” alasan merapu Opie bagi. Opie ni memang sengal sikit, tak hairanlah. Otakpun dah senget sebelah.

Mira menggeleng-geleng. Apa-apalah kau Opie. Macam-macam je alasan kau bagi.

“Opie!” Panggil Nawa yang duduk di meja makan tak jauh dari mereka. Opie dan Mira menoleh ke arah Nawa.

“Apa benda?” Opie meneguk air Milo yang dibagi oleh Mira tadi. Nawa berdiri lalu duduk di sebelah Mira. Di depan mereka pula Opie.

“Si Lokam kirim salam dengan kau.” Nawa dah tersengih-sengih. Bukan dia tidak tahu yang Opie memang anti dengan anak mak cik Keli jiran sebelah tu. Gila!

Opie mengembang kempiskan hidungnya tanda menyampah. Itulah Opie, kalau menyampah suka mengembang kempiskan hidungnya. Kalau orang lain, dorang buat muka menyampah.

“Kembangkan hidung kau! Dah boleh muat pasu bunga kat luar tu dalam hidung kau. Kau nak aku sumbat?” ugut Mira. Pantas Opie berhenti. Mira ni tak boleh cabar, silap hari bulan hidung comelnya pula naya disumbat dengan pasu bunga. Ehh boleh ke?

“Namapun lain, Lokam. Serupa nama dia dengan jenama buah Mandarin tu. Dah lah hampir macam longkang je bunyinya.” kutuk Opie. Mira menendang buku lali Opie sambil matanya dijegilkan. Tak baik tau cakap macam tu.

Opie mengerang kesakitan. Gilalah Mira ni. Nawa pula ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya. Opie meneguk air Milonya lagi.

“Hahaha bukan itu aku nak cakap sebenarnya. Ni hah, aku dah atur blind date kau malam ni.” Segera tersembur air Milo dari mulut Opie. Habis muka cantik Nawa dan Mira terkena. Euwww virus! Ingat si Nawa ni dah insaf dari atur kerja-kerja tak berfaedah, rupanya makin bertanduk dekat kepala ada lagilah.

Mira dan Nawa mengelap muka mereka yang terkena air Milo di muka mereka. Memang sah budak ni nak kena masak jadi sate. “Tak senonohlah kau ni Opie!” marah Mira. Sekali lagi buku lali Opie ditendangnya. Opie mengerang kesakitan. “Weih sorrylah. Tak sengaja.” Opie tersengih.

“Nak kena sampuk budak ni! Kau jangan nak cancel blind date ni. Mamat ni kaw-kaw punya orang. Ada kereta BMW dua biji!” Nawa ni kan suka sangat memaksa. Ini bukan kali pertama blind datenya dengan orang berada tapi ada sahaja plan Opie kerjakan dengan mereka semasa blind date tu. Opie ni bukan tak ada rupa, cantik orangnya. Putih, tinggi tak berapa nak lampai, mukapun iras macam muka artis arab. Tapi satu je, dia ni sengal! Tak padan dengan muka. Sampai ke blind date dia bawa perangai sengalnya. Tu lah tak ada lelaki lekat dekat dia. Tapi Opie ni masih nak hidup bujang, tak nak lah ada boyfriend. Boring!

Opie mengembang kempiskan hidungnya. Wargh menyampah!

“Kau jangan nak buat muka menyampah! Malam ni pukul 8 malam dekat Restoran La’Vida. Meja kedua dari depan. Jangan nak mengada cancel!” Nawa beri peringatan lalu dia berdiri dari kerusi dan terus ke tandas. Nak bersihkan mukanya.

Mira pula pergi ke tingkat atas rumah sewa mereka. Tinggal lah Opie sorang-sorang sambil hidungnya masih di kembang kempiskan. “Aku tak nakk!!!” jerit Opie. Stress tau tak? Orang masih nak hidup single.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience