BAB 13

Romance Completed 14091

Malam..

Aku duduk di birai katil menunggu giliran tandas tu kosong sebab dihuni oleh suami aku kejap hahaha.

8 minit selepas itu suami aku keluar. Nasib dia dah pakai baju dalam tandas. Huhaii.. Kalau tak terpaksa aku tengok badan dia yang sikit punya hot.

“Awak tak mandi lagi ke?”

“Saya nak awak cerita semuanya dari A sampai Z.” arahku. Aku memang dah tak boleh tahan sabar dengan semua ini.

“Awak mandi dulu. Kita solat isyak berjemaah kemudian saya cerita semuanya ok?”

Aku tak ingkar dengan arahan suami aku. Segera aku mencapai tuala dan terus bergegas ke tandas.

Selesai solat Isyak berjemaah, aku salam tangan Kayrul, Sejadah dengan telekung aku lipat kemudian masukkan ke dalam laci.

“Awak tak nak dengar cerita saya ke?” tanya Kayrul. Aku duduk sebelahnya. Memang segak dia walaupun hanya berkain pelikat dengan baju selangor.

“Awak kenal nama fb Power Rangers Kuning?” tanya Kayrul.

“Kenal. Kenapa?”

“Itu fb saya..”

“What?! Macam mana awak tahu fb saya?”

“Al kisah dia bermula macam ni…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience