Bab 45

Romance Completed 1263976

Syed Awaludin bersandar penat di kerusi di biliknya, sedari pagi sudah tiga meeting dia hadiri dan masih menunggu meeting yang terakhir sebelum dia boleh pulang. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan kawan baiknya dia Masjid Damansara. Sudah lama mereka tidak bersua dan berjemaah bersama.
“Babah, Adam takut kalau Arman ingat semula, sebab Arman tidak mungkin jadi seperti sekarang. Arman bersungguh sungguh berusaha untuk ingat semula Babah, Adam risau,” suara anak sulungnya itu kedengaran di telinganya.
Dia juga sudah lemas di dalam tekaan dia sendiri, anaknya itu tidak pernah bahagia.
“Babah tahu kan apa yang akan terjadi kalau Arman ingat kembali. Tidak mungkin dia boleh makan semeja dengan kita nanti Babah. Adam yakin jiwa harimau dia akan kembali. Adam tak sanggup melihat dia derita lagi Babah,” anak sulungnya itu sangat sayangkan adiknya.
“Babah pasti dia akan berubah. Kamu jangan fikir sangat. Allah dah menetapkan jalan hidup dia begitu. Tapi babah yang bersalah kerana tidak tahu menguruskan keluarga,” Syed Awaludin meraup wajahnya perlahan.
“Apa yang terjadi pada Arman juga sangat menyakitkan. Dia anak yang sangat kuat. Dia tidak pernah datang kepada babah untuk meminta yang macam macam selain daripada mengikut semua kata Babah, tapi dia pendam semua sakit dia sehingga dia memberontak,” kata kata itu cukup di dengar sehingga ke daun pintu, dan Syed Arman berdiri di situ daripada mula mereka berbicara.
“Babah tidak pernah bahagikan kasih sayang Babah, walaupun Babah ada halangan untuk membesarkan Arman, tetapi Babah pastikan dia dapat yang terbaik. Kisah dia kena dera dengan umi, tiada seorang pun yang beritahu Babah, sehingga Arman hysteria kat hospital, then doctor ceritakan semua pada Babah. Arman cuma 6 tahun, tapi dia hampir mati sebab kena dera dengan umi. Masa tu Adam dekat MRSM, adik masih terlalu kecil untuk faham derita Arman,” terdengar esakan Syed Awaludin.
“Selepas peristiwa tu, Babah terus hantar Arman kat UK, duduk dengan nenek kamu. Tapi umi tu cari juga jalan nak kenakan Arman. Selepas tu lah Arman jadi pendendam, tapi dia nekad nak pastikan umi sayang dia, jadi dia buat macam macam nak ambil hati umi. Umi pulak tak pernah stop nak hapuskan Arman,” Esakan itu kian sayu.
“Dahlah Babah, Insyallah Arman akan bahagia. Allah delay kan sebab Allah ada sebab. Babah dah ceritakan kisah ni banyak kali kat Adam dengan adik. Babah jugak yang minta mak zah reka cerita lain supaya Arman tidak lagi seperti dulu. Tapi doctor dah cakap, ingatan Arman tidak selamanya hilang, ingatan itu akan datang balik. Kita semua kena bersedia Babah. Adam sayang Arman, Adam sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Arman bahagia. Dia berhak bahagia Babah,” kali ini kedengaran suara sebak Syed Adam.
Syed Arman tidak berganjak daripada daun pintu itu. Tekaknya sudah mulai kering, sudah tidak keruan. Untuk seketika dia tidak boleh berfikir, dia tidak sanggup lagi berfikir.
Begitu tragis kisah hidupnya, dia hampir mati ketika umur 6 tahun kerana didera uminya.
Umi yang dia jaga ketika sakit itu menderanya? Hampir mati?
Umi yang dia sayang itu? Umi yang dia jaga seperti menatang minyak yang penuh itu ingin menghapuskannya?
Mak Zah reka cerita?
Jadi semua cerita yang di sumbat oleh mak zah itu dongeng?
Semua orang tahu dia didera? Semua?
Nenek pun tahu?
Syed Arman melangkah keluar daripada ruang depan bilik CEO itu. Dia mendail number Ameena dan memberitahu dia perlu uruskan sesuatu yang penting.
Syed Arman terus berjalan dengan laju ke parking. Tidak mungkin dia boleh berhadapan dengan Babah dan Adam apabila mengetahui cerita sebenarnya. Dia tidak sanggup, dia juga tidak berdaya untuk bertentang mata dengan mereka.
“Ameena, minta Nurlisa tunggu I kat lobby. Ask her to bring laptop and bawak terus handbag. I kena bawak dia meeting kat luar dan balik terus, jangan lambat ” itu adalah panggilan kali kedua dan dia tahu Ameena akan menjalankan tugas dengan baik.
Telepon berbunyi nyaring, dia melihat nama abangnya tertera dia screen teleponnya, tetapi tidak mungkin dia angkat.
Dia perlu masa untuk fahami apa sebenarnya yang terjadi.
‘Mesti ada sebab aku di dera’, detik Syed Arman di dalam hatinya.
‘Aku akan cari semua jawapan itu, aku akan pastikan semua akan bercakap benar.’ Dia sudah tidak boleh berfikir.

Selepas 15 mins menunggu Nurlisa di parking lobby, kelihatan buah hatinya menapak ke keretanya. Nurlisa membuka pintu dan terus duduk.
“Sayang, jangan tanya apa apa, I nak you duduk sebelah i. I perlukan you untuk pastikan I tidak buat apa apa yang tidak waras,” dia terus menekan minyak kereta dan berlalu pergi.
Melihat keadaan Syed Arman yang tidak keruan, dan Nurlisa tidak pernah melihat keadaannya sebegini, dengan perlahan dia memegang peha Syed Arman, mengosok perlahan memberi kekuatan agar Syed Arman tidak lagi memecut kereta seperti rebut.
“I tak tahu apa yang berlaku, tapi I ada sini. I akan teman you sehingga you ok,” tangan Nurlisa masih lagi di peha Syed Arman, malah badannya di sengetkan mengadap Syed Arman.
Suaminya di dalam kesakitan, dia perlu membuka hatinya seluasnya.
“sayang, abang rasa nak marah sangat, rasa nak menjerit, Allahuakbar,” suara Syed Arman sudah kedengaran dan dia mengigil.
Syed Arman terus memberhentikan keretanya di bahu jalan di tengah tengah lebuhraya Damansara itu, dia tidak lagi boleh memandu.
Nurlisa terkesima, dia harus terus memikirkan jalan untuk meredakan kemarahan Syed Arman, dia harus mempraktikan apa yang dia buat 5 tahun dulu.
“Abang percaya tak kalau Sofea drive kereta abang? Abang duduk sebelah, kita gi tempat yang takde orang, nanti abang boleh tenang sikit. Abang boleh cerita kat Sofea nanti,” Nurlisa terus memeluk Syed Arman dari sisinya. Dia dapat merasa badan Syed Arman mengigil.
“Abang takut abang akan bertindak yang bukan bukan, Sofea tolong bang, abang tak tahu nak buat apa dah,” Syed Arman tidak membalas pelukan Nurlisa, malah dia meleraikan pelukan Nurlisa.
“Sayang bawak kereta, abang tak boleh concentrate dah, abang kalah dengan nafsu marah abang,” dia membuka pintu kereta dan bergerak ke tempat penumpang. Nurlisa terus berganjak ke tempat pemandu.
Syed Arman sedari tadi sudah mematikan telepon bimbitnya. Dia tidak mahu berkurang ajar dengan abang dan bapanya.
“Abang tenang dulu, abang nak tidur pun boleh, Sofea drive ke tempat yang jauh ya, hanya abang dengan Sofea sahaja,” Nurlisa menjatuhkan tempat duduk pemandu dan menolong Syed Arman untuk baring.
Terlihat Syed Arman hanya merelakan semua perbuatan Nurlisa, dia tidak juga membantah.
Nurlisa mengambil jaket di tempat duduk belakang kereta Syed Arman, dan meletakkan di atas badan Syed Arman.
“Sofea selimutkan abang dengan jaket ni, sekarang abang tidur dulu, pejam mata dan jangan kacau Sofea bawa kereta,” dengan perlahan Sofea mengucup bibir Syed Arman, memberi aura ketenangan kepadanya.
Dia tidak menafikan dia sangat merindui bibir seksi itu, dia hampir gila apabila kehilangan suaminya suatu ketika dulu.
“Sayang, kenapa kiss sekejap jer, abang nak lama, kiss lagi sekali please,” dengan mata terpejam, suara Syed Arman kedengaran jelas di telinga Nurlisa.
“Dah lah tu, abang jangan kacau Sofea drive, dahlah kereta abang mahal, Sofea kena extra careful ni, letssss go…,” Nurlisa mula menekan minyak dan kereta terus menghala ke pantai timur.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Boss, I memang nampak Tuan Syed Arman dah masuk tadi, and belum start meeting dia dah keluar. I ingat meeting cancel until Ameera called me to inform Tuan Syed Arman tak dapat join meeting,” Setiausaha kepada CEO itu bercakap benar.
Syed Adam memandang Syed Awaludin, dia bingkas bangun kerana dia tahu Syed Arman pasti mendengar perbualannya dengan Babahnya.
“Thanks, saya akan call Arman nanti,” Syed Adam terus menghubungi Syed Arman, tetapi panggilannya di biarkan tidak berjawab.
“Babah, Adam rasa Arman dengar apa yang kita cakap tadi. Mesti dia tengah confius tu, Adam takut lah Babah, kesian kat Arman,” Syed Adam melihat Babahnya terdiam sedari tadi. Matanya juga menunjukkan situasi yang sangat sukar.
“Call Ameena, tanya dia Syed Arman ada kat office dia tak?,” itu sahaja yang ada di fikiran Syed Awaludin. Dia risau anaknya akan bertindak di luar kawalan.
Syed Adam memanggil setiausaha kerana dia juga tidak menyimpan nombor Ameena.
“Ameena inform Tuan Syed Arman keluar dengan Nurlisa, they have meeting outside, about 15 minutes ago,” itu adalah update daripada setiausahanya.
“Babah, Nurlisa with Arman, can we say that Arman akan selamat, and Nurlisa boleh handle dia. Adam takut sangat ni Babah,” Adam sudah tidak boleh duduk diam, dia sudah berjalan ke kiri dan kanan di dalam pejabatnya.
“Adam rilex dulu, Babah tengah fikir. Share number Nurlisa dengan Babah. Sekejap lagi Babah call Nurlisa. Adam juga text Arman, katakan kita perlu berbincang. Infrom adik juga. Malam ni Babah balik kondo, babah nak sendirian,”
“Cancel jer meeting, call drive, babah nak balik,” Kelihatan Syed Awaludin sudah mengosok dadanya, memberi ruang pernafasan kepada diirnya.
Dia tahu pasti satu masa nanti Syed Arman akan tahu apa sebenar yang berlaku, tetapi dia tidak sangka hari ini dan dia tidak sempat menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
Dia buntu.
Dia juga berharap Syed Arman akan meletakkan kefahaman di dalam dirinya.
Dia juga berharap Syed Arman akan lebih rasioanal kerana sudah hampir 5 tahun dia “delaying the explanation”
“Babah, Adam dah share phone number Nurlisa, Adam juga dah text adik, Adam juga dah cancel semua meeting on satuday and Monday juga. But Adam tak boleh teman Babah balik kondo sebab nanti umi syak pulak. Nanti Adam minta Adik temankan Babah ya,” Syed Adam datang dan memeluk Babahnya.
Tidak sehari pun mereka tidak memikirkan Syed Arman.
“No need, babah nak sendirian. Inform umi Babah outstation to Arau. Babah tak nak jumpa Umi sampai babah ok. Adam dengan Adik jaga umi. Nurlisa will be jaga Arman. Babah tahu Arman will be ok with Nurlisa,” Syed Awaludin membalas pelukan anak sulungnya yang always menjadi orang kanannya. Anak sulungnya juga menjadi penasihatnya, seorang yang sangat positive.
“Babah jangan risau, kita facing sama sama. Insyallah semua akan ok. Adam akan pastikan Arman juga ok,” Syed Adam melepaskan pelukan Babahnya apabila mendengar pintu pejabatnya di ketuk.
“Tuan, kereta for Tuan Syed Awaludin dah ready,” terpancul setiausaha dengan senyuman manis. Dia tidak tahu apa yang terjadi, tetapi dia tahu sesuatu pasti berlaku.
****************************************
Semasa memandu, telepon Nurlisa tidak berhenti henti bergegar, menandakan message masuk. Dia tidak boleh membaca message tersebut kerana dia harus memberi konsentrasi kepada pemanduannya.
Selepas 45 mins memandu, Nurlisa sampai ke Janda Baik, dia memandu perlahan apabila sampai ke Kawasan kampung. Syed Arman sudah lama terlena di sebelahnya.
Ini adalah kedatangannya yang pertama ke Janda Baik, banyak yang dia baca mengenai ketenangan yang boleh di nikmati apabila berada di sini. Dia juga buntu untuk kemana, tapi apabila melihat signboard ke Kuantan, dia terus ikut kata hatinya.
Nurlisa berhenti di sebuat report mewah setelah hampir 15 mins mencari cari tempat untuk berhenti. Suasananya sangat nyaman, pokok pokok yang menghijau dan juga tenang, tidak bising seperti di Kuala Lumpur.

Ya, Nurlisa tahu hari ini adalah Jumaat dan mungkin dia akan terperangkap di sini sehingga Ahad. Tetapi dia harus membawa Syed Arman jauh daripada kemarahannya.
Nurlisa mencapai telepon dari dalam handbagnya dan membuka message satu persatu.
~Lisa, Arman with you kan? Please stay with him, Jangan tinggalkan dia – Syed Adam~
~Cik Lisa, CEO tanya about boss, boss ok ke tu? – Ameena~
~Lisa, I harap you jaga abang I, I sayang dia. Later I cerita apa yang berlaku – Sharifah Teha~
~Hey perempuan, rasanya I dah warning you kan? Tapi nampaknya you sahaja jer cabar I kan? Will see sampai bila I boleh sabar dengan you. Jangan kata I tak ingatkan you pulak nanti. Tf – Sharifah Sakinah~
~Lisa, jangan lupa dating kita esok, abang tengah masak nasi himpit dengan rendang ni, esok kita picnic ya, Lisa janji nak ceritakan semua from A – Z. Abang tunggu – Haiqal~
Nurlisa mengeluh perlahan. Dia memandang Syed Arman yang masih lena. Dia sayangkan lelaki ini, sayang yang tidak pernah berkurang.
Dengan perlahan dia mengambil tangan suaminya dan mencium perlahan, sudah lama dia merindui tangan suaminya, memeluk suaminya. Tanganya terus merayap ke muka suaminya, hidungnya, bibirnya, lehernya, pipinya, semuanya sempurna.
Semasa dia sedang menikmati wajah polos suaminya, pintunya di ketuk dari luar. Keliharan pekerja resort itu datang, mungkin untuk bertanya khabar mereka kerana Nurlisa tidak keluar dari kereta selepas hampir 10 mins sampai.
“Puan, apa yang boleh saya bantu, puan dah buat reservation ke?” itu pertanyaan pertama daripada gadis itu sambil menghadiahkan senyuman kepada Nurlisa. Nurlisa membalas senyuman gadis itu dan terus membuka pintu kereta.
“Maaf suami saya tidur, saya tak buat reservation, tapi masih ada kosong ke?,” Nurlisa perlu menyatakan Syed Arman suaminya kerana dia tidak mahu mereka salah faham.
“Masih ada kosong lagi, kita ada honeymoon resort atas bukit, kalau puan ok, kasi saya ic, saya registerkan,” gadis itu menunjukan resort di atas bukit itu, kelihatan sangat mewah dan cantik.
“Sayang, abang dahaga, kita kat mane ni?,” terdengar suara Syed Arman, dan suara itu sangat manja.
BERSAMBUNG
Jejaka itu membalingkan semua semua barangan di biliknya. Daripada luar dia mendengar dengan jelas pekikan jejaka itu.
“Kau pandang aku hina sebab aku bukan anak kau kan? Aku akan pastikan kau tunduk kat kaki aku satu masa nanti. Kerja jahat kau aku tahu satu persatu. Aku akan pastikan Allah membalas semua kerja jahat kau. Setan la kau perempuan….,” gadis itu terkejut apabila mendengar pekikkan jejaka itu.
Ini hari ketiga jejaka itu sampai ke rumah itu. Bagaimana harus dia mengadap situasi ini untuk esoknya, dah hari seterusnya.
“Pak Leman, Lisa nak buat apa ni, nak masuk bilik dia pun Lisa tak berani,” gadis itu berlari ke pondok pengawal itu ingin meminta pertolongan.
“Lisa biarkan dulu. Sekejap lagi ok lah tu,” gadis cuma mengangguk lemah.

Share this novel

K Monalissa
2020-11-15 08:10:33 

hye dear..update chaptet

YAZNI-ERNIE
2020-11-15 06:46:06 

dear....plz....update

YAZNI-ERNIE
2020-11-14 21:49:18 

dear...update plzz......


NovelPlus Premium

The best ads free experience