Ketukan itu semakin kuat, Nurlisa sedikit bersyukur kerana dapat menyelamatkan dia daripada rakusan cinta Syed Arman. Kelihatan Syed Arman mengeluh kasar.
“Sayang, kita belum habis lagi, stay there,” keras suara Syed Arman kepada Nurlisa, sambil menunjukkan tangan ke sudut bilik itu. Keras suara itu memberi arahan membuatkan dia teringat kepada suaminya. Menjadi kepantangan suami apabila kisah berdua mereka di ganggu, membuatkan dia terpaksa berhenti daripada perkara yang mereka lakukan.
Syed Arman membuka pintu bilik mesyuarat itu, dengan kasar.
Terjengul Sharifah Sakinah di muka pintu itu, termengah mengah seolah olah dia berlari.
“Abang, adik tengok kereta Sakinah kat sebelah jalan sana. Adik rasa dia masih tunggu abang, gila la perempuan tu,” Sharifah Teha mengambil kerusi dan duduk sambil memandang Nurlisa yang masih berdiri di sudut bilik itu.
“Abang balik dulu, adik dengan Nurlisa balik selepas abang balik. Kalau abang tak nak Sakinah salah faham, abang go first,” Sharifah Sakinah mencapai bag laptop abangnya dan menghulurkan pada abangnya.
Syed Arman meraup mukanya kasar. Dia memandang Nurlisa sayu, seolah olah merayu kepada Nurlisa untuk faham apa yang sedang berlaku.
Syed Arman mencapai bag laptopnya dan menghampiri Nurlisa.
“Sayang, I must go, please stay positive,” tangannya mencapai tangan Nurlisa dan mencium tangan wanita cantik itu. Nurlisa menarik tangannya kasar, menyorok tangannya ke belakang. Dia tidak sudi memberi tangannya kepada Syed Arman.
“Adik, pandang sana, abang ada hal dengan Nurlisa kejap,” tanpa memandang Sharifah Teha, Syed Arman mencapai tangan Nurlisa kasar. Dia kembali memegang tangan itu dan tangannya kanannya memaut dagu Nurlisa. Dengan kasar dia melekatkan bibirnya dengan bibir Nurlisa, kemas dan dia menekan kuat.
Nurlisa hanya menyerah, untuk kali yang keberapa, dia tidak mampu menolak. Dia hanya membiarkan Syed Arman menakluki
Selepas melepaskan bibirnya, dia membisikkan ke telinga Nurlisa, perlahan tapi Nurlisa dapat mendengar satu persatu
“Sayang, abang tidak akan lepaskan you kepada sesiapa, ingat tu,” Syed Arman membuka pintu dan berlalu pergi.
Pergi mendapatkan Sharifah Sakinah.
Nurlisa tersenyum tawar, tersenyum dengan kebodohannya.
Perkataan abang yang digunakan Syed Arman menusuk jiwanya.
“Lisa, you ok?,” Sharifah Teha memandang Nurlisa selepas mendengar pintu bilik mesyuarat itu di tutup kasar. Dia tahu abangnya marah dengan Sharifah Sakinah.
Sharifah Teha bangun daripada duduknya dan memeluk Nurlisa kemas. Pelukan itu mengundang sebak kepada Nurlisa. Tanpa dia menduga, airmatanya mengalir dan esakan kecil kedengaran di telinga Sharifah Teha.
Sharifah Teha mengemaskan pelukan, mengurut belakang Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
“I tak tahu canne nak tolong you, tapi I harap you sabar, sabar banyak banyak. Abang pun derita juga,” Sharifah Teha melepaskan Nurlisa dan menarik tangan Nurlisa untuk duduk.
“Maaf I tak boleh cerita apa yang berlaku di dalam rumah i. Itu janji pada Babah. Tapi insyallah one day Abang Arman pasti akan cerita,”
Nurlisa memandang Sharifah Teha sayu, dia mengesat airmata dengan tisu.
“Sepanjang apa yang I ingat, this is first time abang jatuh cinta, I tak pernah nampak abang dekat dengan mana mana perempuan. Ramai perempuan yang kejar abang, tapi abang macam tak berminat. Pernah satu artis yang kejar abang, punya la cantik, tapi abang tolak mentah mentah. That time I ingat abang gay,”
“Tapi abang ada kisah silam yang abang tak ingat. Penah dulu abang jadi model kat majalah, tujuan abang supaya sesiapa yang kenal abang akan call abang, tapi takde pun, sampai sekarang. Mungkin orang yang dalam hidup abang yang lepas takut sebab keluarga kami complicated. Sampai sekarang abang masih mencari siapa yang ada dalam past life dia. Kesian abang,”
“Jadi Lisa kasi masa kat abang I ya… Dia tengah berusaha untuk ingat balik. Jumpa Dr dah kerap dah sekarang. Every week abang ada appointment dengan Dr. Nampak sangat dia berusaha. Lepas settle dengan kisah silam dia, dia akan decide apa yang dia nak buat,” suara Sharifah Teha itu sangat sayu kedengaran ke telinga Nurlisa.
Nurlisa terkedu dengan penjelasan Sharifah Teha, Syed Arman tidak bersalah, dia tidak ingat apa apa, pastinya wajah Nurlisa tiada di dalam hatinya.
Tetapi…
Sekiranya dia berterus terang, apa akan jadi kepada Syed Arman, bagaimana Syed Arman mahu berhadapan dengan uminya dan Sharifah Sakinah. Pasti Syed Arman akan tinggalkannya dan menurut kata ibunya.
Mengikut firasatnya, pasti hubungan mendapat tentangan oleh family Syed Arman, pasti ada banyak liku dan ranjau. Bermakna dia harus berperang lagi, kalau dulu orang yang datang ke rumah agam itu daripada family Syed Arman. Bagaimana dengan sekarang? Bagaimana dengan Sharifah Sakinah.
Hari ini mungkin Syed Arman memintanya menunggu, esok mungkin menunggu lagi, sampai bila?
Dia tidak mungkin akan meletak dirinya di kancah derita lagi. Cukuplah 5 tahun dia menjadi bodoh kerana Syed Arman. Cukuplah 5 tahun dia tersangkut di dalam dunianya bersama suaminya.
Cukuplah, dia perlu bahagia dirinya sendiri dahulu, mencari dirinya. Syed Arman adalah perkara terakhir yang dia akan lakukan. Lagipun sakitnya sudah sedikit pulih, dia tidak lagi mengalami kejutan yang serius apabila berhadapan dengan Syed Arman. Dia sudah semakin bijak mengawal emosinya.
“Lisa, jauh you termenung, jom balik…by the time we reached parking, minah saiko tu takde dah…,” Sharifah Teha menyentuh tangan Nurlisa lembut, memberi sedikit support supaya dia tidak terasing.
“Jom lah, takut tak sempat maghrib pulak,” Nurlisa mengangkat bag laptop dan tas tangannnya. Semangat Nurlisa datang lagi, selepas seperti di pukau dengan Syed Arman sebentar tadi.
“Lisa, I nak minta tolong you satu boleh tak? Something yang you takkan suka, tapi I need to ask you jugak,” Sharifah Teha berkata semasa didalam perjalanan ke parking kereta.
Nurlisa memandang Sharifah Teha sambil mengerutkan dahinya.
“Apa yang I takkan suka tu… berdebar pulak ni,” Nurlisa seperti takut dengan permintaan Sharifah Teha. Risau juga dia dengan keramahan adik kepada Syed Arman ini.
“Ok, I straight to point ya, no konar konar. I nak pinang you as model for by butik, please please please,” Sharifah Teha berhenti dan memegang tangan Nurlisa. Dia memaniskan mukanya sehabis manis, kelihatan sekilo gula di wajahnya.
“Huhhhhh…biar betul you, I ni keras, takde bakat la nak jadi model, you cari orang lain lah, sat gi takde orang beli baju you…,” Nurlisa terus membantah, bagaimana dia mahu menjadi model yang akan mengayakan baju dari butik terkenal itu.
“Never mind, model Muslimah no need to act like real model. Please Lisa, you sesuai sangat for the job, please…,” Sharifah Teha tersenyum apabila melihat memek muka Sharifah Teha.
“ok, I considered agreed ya, within 2 days I akan jumpa you with my lawyer. Sign agreement and jangan risau, I bayar you mahal ya, sebab I nampak you akan jadi someone nanti, believe me,” Sharifah Teha mencapai tas tangannya apabila teleponnya berdering minta di angkat.
“Ya abang, she’s with me. Abang dah kenapa? Adik tahu lah nak jaga dia, mengadalah abang ni,” butir butir perbualan mereka masuk ke dalam telinga satu persatu.
‘Apa lagi yang Syed Arman mahu’ Nurlisa bertanya di dalam hatinya
Sharifah menghulurkan teleponnya kepada Nurlisa. Apabila melihat Nurlisa teragak agak untuk mengambil telepon, Sharifah Teha meletakkan telepon di telinga Nurlisa.
“Sayang, I’m sorry sebab tinggalkan you tadi. Malam nanti I datang. No need to masak, I dah beli barang ni, nanti I masak ya… I love you sayang, till Jannah,” terdengar suara Syed Arman jelas, sejelas jelasnya.
‘Gila nak datang rumah, kena serang dengan Sharifah Sakinah nanti, mampus la aku’ Nurlisa menjawab di dalam hatinya.
“boss, no need, malam ni I ada appointment dengan Dr I kat Rawang. Maybe next time,” Nurlisa melembutkan suaranya, menahan getar.
“Sayang, you tak cakap I pun you nak keluar, you tahu kan I tak suka you pergi without update me,” suara Syed Arman keras, tidak lagi menjaga batasnya percakapannya.
Tidak boleh keluar?
Update dia?
Tak suka?
‘Wah wah…. Ingat aku ni apa, tendang sana, tendang sini’ Nurlisa bertempik di dalam hatinya.
“Boss, mana ada staff yang report kat boss dia after office hour,” spontan Nurlisa menjawab, dan dia gembira dengan jawapannya.
“Sayang, I know you marah I, please sayang, I need to see you tonight. I need you sayang, tak boleh stop dari ingat kat you. Please sayang” suara Syed Arman juga kembali bergetar. Jelas di telinga Nurlisa tentang ketegangan suara Syed Arman.
Dia tidak boleh terus melayan Syed Arman, kalau di teruskan dia yang akan merana. Dia tidak mahu di tendang lagi.
“Teha, dah habis. Thanks tauu,” Nurlisa menamatkan panggilan dan menghulurkan tangan kepada Nurlisa.
“Teha, I go first, thanks for today ya, I penat sangat, you juga balik, get rest,” Nurlisa membuka pintu keretanya.
Sharifah Teha memeluknya dan mereka berpisah di situ.
Sepanjang perjalanan balik, tiada panggilan telepon daripada Syed Arman memujuknya. Ya..sangkaannya pasti betul. Syed Arman tidak boleh menghubunginya terus kerana perlu mengikut syarat atau dia tidak dibenarkan oleh “sesiapa” untuk menghubungi Nurlisa.
Nurlisa tersenyum tawar. Selepas habis submission proposal nanti, dia harus meninggalkan Syed Arman, dia harus menjauhkan diri. Dia harus selamatkan dirinya daripada mereka.
‘orang kaya tetap orang kaya, mereka akan memilih yang setaraf dengannya’ kata kata itu pernah di ucapkan oleh seseorang yang menghantar notis cerai padanya 5 tahun dulu.
Dia sedar diri.
Apabila sedar diri, dia harus menjauhkan diri.
Berhenti di traffic light, dia membaca message yang dari tadinya tidak sempat di baca.
~Lisa, abang tak boleh mengaji malam ni, abang kena teman family Dr Malik pergi melawat orang sakit. Lisa jangan lupa mengaji selepas solat, dapat habiskan sehelai muka surat pun ok. Apa apa text abang~
~Tuan Puteri, mommy I minta I call you. Mommy nak masak, bila you free? Mommy ajak datang rumah. mommy kata ada project pengasih nak ajak you join. Nanti call me back ya~
~Adik, Eiman ni dah lama dah rindu sangat. Kami plan nak gi KL next month. Abang pun ada meeting kat KL, nanti apply cuti ya, bawak Eiman jalan jalan~
~eh abang lupa nak cakap, Eiman deman ni, dah 2 hari. Asyik menangis jer, but don’t worries, Eiman ok, adik jangan lupa return call, tadi abang call masuk voicemail~
~adik, call me back, kaklong call masuk voicemail~
Lisa menapak perlahan ke tingkat lift, menekan 30 untuk ke kediamannya. Di tingkat 30, menggunakan satu lift, cuma ada 4 unit dan dia tidak pernah mengenali jirannya, kerana pintu kondo mereka tutup setiap masa.
Sesampai di depan kondonya, terdapat satu bungkusan kotak yang diletakkan di dalam plastic. Dia menoleh sekeliling kediamanya, tetapi tidak kelihatan sesiapa.
Seingatkan, security di kondo ini sangat ketat, cuma mereka yang di benarkan masuk sahaja yang boleh menaiki lift.
Nurlisa menekan password pintu rumahnya.
Apabila badanya berada di permukaan pintu itu, Nurlisa mencapai plastic tersebut dan terus membuka kotak tersebut. Nurlisa terkejut apabila melihat di dalam kotak tersebut terdapat banyak tisu yang dipenuhi darah. Kotak yang sebesar kotak tisu itu penuh dengan darah. Darah itu kelihatan darah baru, warnanya masih merah menyala.
Nurlisa mengigil, tangan bergetar, dia membalingkan kotak tersebut dan menutup dan mengunci pintu kondonya.
Tangannya mencapai telepon dan memberitahu tentang kotak tersebut kepada pengurusan kondo itu.
Dia menangis ketakutan, di dalam hatinya terbayang Sharifah Sakinah.
BERSAMBUNG
Si gadis itu menangis apabila badannya di tolak sehingga terperuk di tepi pintu itu.
“Aku pantang kalau kau nak keluar tak beritahu aku” suara itu bergema satu rumah
“Kau tak boleh ke tunggu aku free, aku hantar la kau balik,” jeritan itu membuat Nurlisa mengigil.
“Kau nak keluar dari pintu tu, kau kena minta izin aku. Mampus aku kerjakan kau nanti,” Lelaki itu menunjal kepalanya. Nampak sangat benci lelaki itu pada dirinya.
Gadis itu cuma menangis dan terus menangis, dia tidak berani untuk mengangkat kepalanya.
Share this novel
typo Nama dimana2 hehe
hi hi
hi hi