“Encik, encik masih di sana?” Suara di telefon menyedarkan lamunanku.
“Ya, ya,” jawabku tergagap-gagap.
“Puan Fatin tak beritahu encik dia ambil EL? Katanya dia tak sihat,” staf yang terlebih ramah itu masih bertanya.
“Mungkin dia terlupa. Saya sedang berkursus, tinggal di hotel,” jawabku menutup malu sendiri.
“Oh! begitu. Assalamualaikum En. Anwar,” staf di hujung sana menamatkan perbualannya.
“Waalaikumussalam. Terima kasih,” jawabku menamatkan perbualanku.
Jiwaku berperang, pelbagai tanda tanya dalam benakku. Benarkah Fatin sakit.
Kalau sakit, terukkah sakitnya itu. Sudahkah dia ke klinik bagi mendapat rawatan. Mampukah dia memandu sendiri ke klinik. Kenapa dia tidak menelefonku.
Macam-macam soalan berlegar dalam kotak fikiranku.
Tengah hari itu aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah melihat keadaan Fatin, isteri kesayanganku. Aku terkenang kembali hubungan mesra antara aku dengan isteriku. Aku memang cinta kepada isteriku yang aku kahwini dua tahun lalu. Kami merancang untuk tidak mempunyai anak dalam masa terdekat. Justeru itu dalam usia perkahwinan kami yang memasuki dua tahun belum ada tanda-tanda kehadirian ahli keluarga baru.
Umurku 29 tahun sementara Fatin isteriku berumur 27 tahun. Kulitnya putih, matanya coklat bulat cantik sekali. Kami berkenalan di kampus, bercinta dan kemudian berkahwin. Kami bahagia dan rumahtangga kami aman damai.
Segala-galanya berjalan lancar. Lahir dan batin kami tak ada yang kurang. Kehidupan seks kami normal macam orang lain juga cuma isteriku kelihatan agak konservatif berbeza denganku yang agak agresif. Aku suka foreplay yang berpanjangan sebelum penetrasi tapi isteriku sungguhpun nafsunya tinggi dan buas tapi ada sedikit kekurangan bagiku.
Share this novel