Aku melangkah masuk ruang kerjaku, belum sempat aku meletakkan beg bimbit yang aku bawa di atas meja dalam bilikku, aku diserbu oleh Hashim, kawanku. Dengan nafas yang tercungap-cungap dia memberitahuku ada restoran ikan bakar yang baru dibuka. Makanannya enak dan harganya murah, harga promosi katanya. Katanya aku akan rugi dan kempunan jika tidak mencubanya. Haih dia ni pagi-pagi lagi cuba merosakkan dietku.
Beria-ia Hashim berkempen, akhirnya aku bersetuju untuk mencubanya.
Tengah hari itu aku menelefon isteriku di pejabatnya. Aku ingin mengajaknya makan tengah hari di restoran yang diberitahu oleh Hashim. Kata Hashim restoran baru itu menawarkan pelbagai jenis ikan bakar, ayam bakar dan berjenis masakan bakar yang lain. Aku memang arif kegemaran Fatin isteriku adalah ikan bakar yang dicecah dengan air asam.
“Hello, Syarikat Purnama. Boleh saya bantu encik?” Suara lunak di sebelah sana menjawab panggilan telefonku.
“Boleh saya bercakap dengan Puan Fatin Adiba,” balasku menerangkan maksudku membuat panggilan.
“Maaf encik, boleh saya tahu siapa encik?” Masih kedengaran suara lunak di sebelah sana.
“Saya Anwar, suami Puan Fatin,” balasku memenuhi permintan staf Syarikat Purnama.
“Puan Fatin EL hari ni. Dia tak beritahu encik ke?”
Fatin ambil cuti kecemasan, aku tertanya-tanya. Waktu kami berpisah pagi tadi dia tidak menyebut apa-apa. Aku lihat dia sedang bersiap-siap untuk kerja, keadaannya sihat-sihat saja. Seperti biasa aku ke pejabat lebih dulu kerana kerjaku bermula jam 8.00 pagi sementara pejabat Fatin bermula jam 9.00 pagi.
Kami masing-masing memandu sendiri, Fatin dengan MyVi SEnya sementara aku dengan
Hyundai Matrixku.
Share this novel