Sekolah Hari - 1

Short Story Completed 1243

Kring.. Kring.. Kring...

"mama..?" suara adillah tidak kedengaran tapi aminah tetap mendengarnya.

"adillah, mama minta maaf.. Cuma untuk 5 hari sahaja, mama nak uruskan surat meninggal, surat cerai, urus pertukaran sekolah adik2 kamu lagi dan lain2 lagi, tolonglah mama kali ni je, mama tak sanggup nak tinggalkan adillah seorang diri dekat rumah.."

Aminah memandang anaknya dengan wajah meminta simpati supaya adillah pergi juga ke sekolah selama 5 hari, akhirnya adillah mengalah dan menganggukkan kepalanya perlahan2.

Bukan bermaksud anaknya mengacau, tetapi dia tidak mahu adillah terperap di rumah dan dia juga mahu adillah menghirup udara yang segar dan cuba untuk memulakan hari yang baru walaupun sekejap. Dengan cara ni juga aminah mahu adillah lebih berdikari walaupun mukanya cacat kerana kemalangan tak diingini berlaku dan aminah juga mahu anaknya berani menempuhnya.. Sampai bila perlu malu..? Ye.. Memang malu tapi dari malu la kita akan mengajar diri kita untuk melupakan apa yang berlaku terhadap kita, dan memulakan hidup baru, walau bagaimanapun terjadi pada kita.. Kita tetap perlu melakukannya sendiri dengan dorongan orang yang sentiasa berikan kata2 semangat pada kita.. InsyaAllah kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna!

----------------------

Guru kelasnya bernama Encik Hazman juga guru mengajar subjek agama islam, Encik Hazman memberi kata persetujui adillah masuk ke kelasnya untuk sementara, malah pengetua Puan Beena membenarkan juga.

Adillah mengekori Encik Hazman dari belakang dan tunggu di pintu luar kelas tersebut, tertulis 5 Bougainvillea.

"pelajar2 sekelian hari ni kamu menerima pelajar baru sementara.." Encik Hazman memandang pintu luar dan memanggil.. "masuk pelajar.. Dan kenalkan diri kamu.."

Adillah memberanikan diri dan masuk ke dalam kelas 5 Bougainvillea, sejurus dia masuk ke kelas tersebut. Suasana kelas menjadi begitu tegang, malah mereka melihat dirinya dengan wajah yang amat takut, membuatkan adillah tidak tenang dengan situasi tersebut, tetapi dia tetap memberanikan dirinya.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya Nur Wada Adillah. Saya hanyalah pelajar sementara di sekolah ni juga kelas ni, saya berharap saya dapat tak sedikit sebanyak pun kenangan yang baik di sekolah ni, walaupun cuma sementara sahaja di sini. Maaf kalau dengan wajah saya awak2 semua takut. Saya kemalangan jalan raya dengan ayah saya, ayah saya meninggal dunia kerana sedaya upaya menyelamatkan saya, saya hanya cedera ringan di anggota lain tapi tidak di muka saya, saya cacat di bahagian muka kerana kemalangan jalan raya 2 hari lepas. Saya pasti awak2 semua ada dengar berita tergempar berkenaan kereta meletup berlanggar tangki minyak kereta polis yang bertugas lalu di laluan bertentangan. Saya hanya saya tak ganggu awak2 semua kerana dengan wajah saya yang begini.. Saya minta maaf..!". Ujar adillah panjang lebar mengenai dirinya.

1 kelas, 5 Bougainvillea bersimpati terhadapnya, sedikit demi sedikit pelajar dalam kelas 5 Bougainvillea menerima adillah dengan hati yang terbuka, ada sedikit senyuman di wajah adillah. Encik Hazman menunjukkan tempat duduk kosong tersebut.

Rakan semejanya adalah seorang pelajar perempuan yang berbangsa India, dia juga tersenyum dan menghulurkan tangan pada adillah.

"hai.. Apa khabar saya vanisha."

"hai, saya adillah.. Nama awak sedap."

"yeke..?" balas vanisha terkejut dan mula tergelak kecil pada adillah.. "terima kasih adillah."

"sama2 vanisha.."

"awak.. Rehat nanti, jom lah rehat dengan saya.."

"eh boleh ke..?" balas adillah dengan wajah sedikit terkejut.

Datang seseorang dari arah belakang, memegang bahunya sambil berkata..

"apa yang tak bolehnya..? Kitakan kawan.."

Adillah memandang mereka yang datang ke mejanya dia berasa terharu kerana ada orang yang tidak kisah dengan dirinya yang tak seberapa.

"hai.. Kita orang.. Kau tak nak perkenalkan ke? Hah.. Vanisha..?" salah seorang daripada mereka merajuk dengan vanisha.

Vanisha ketawa kecil.. "banyak cantik muka kau orang....." belum sempat vanisha menghabiskan ayatnya guru kelas menegur dari belakang mereka.

"apakah saya ni tunggul bagi kamu semua..?"

1 kelas mentertawakan mereka.. Malu2 juga, tapi kawan barunya boleh digelarkan 'spoiler sporting'.

------------------

Kring.. Kring... Kring...

"rehat3" jerit pelajar lelaki di meja belakang, bersetentangan dengan meja vanisha dan adillah.

"hai.. Kamu ni dah mengalah macam budak2, terjerit2 begitu.." balas guru sejarah iaitu Puan Husna.

"terasa macam di zoo seketika.." balas pelajar di meja depan, sambil ketawa.

Pecah kesunyian kelas 5 Bougainvillea.. Tak lawak tak hidup kelas ni.

Vanisha tak menghiraukan 'lawak kanak2 ribena' mereka, malah mengajak adillah dan 4 lagi rakannya, pergi berehat bersama.

(kantin)

Semua yang melihat adillah memandangnya dengan wajah yang menakutkan malah ada 'mulut longkang' yang memanggilnya dengan panggilan...

"argh... Ada big foot.. Ada big foot.. Kat sini lari.. Lari.." jerit pelajar tersebut yang tak mahu menunjukkan dirinya sendiri, malah menyorok di sebalik pelajar yang sudah pun memenuhi kantin tersebut.

Menyebabkan pelajar tersebut, pelajar2 di sekelilingnya menjauhkan dirinya.. Apa lagi.. Benganglah 5 kawan baru adillah, tidak sempat adillah menahannya...

"kau ingat kau hensem sangat ke? Sampai nak memperlekehkan orang lain, ni kalau kau orang islam.. Aku pasti pahala kau yang banyak mengunung tu semua dipindahkan ke akaun adillah kawan baru kita orang.." balas kawan dia yang tinggi tumbesarannya.

1 suara membalasnya semula.. "kau tak payah menyampuk lah, kau pon mengatal dengan lelaki dalam sekolah banyak cerita pulak..!"

"Sekurang2nya kita orang yang macam ni kita orang masih waras, mana benda betul.. Mana benda baik.. Kau orang ada terfikir tak perasaan orang lain yang mungkin lebih teruk dari adillah ni.. Andai katakanlah mana2 ahli keluarga kau orang pun ada terkena macam ni.. Perlukah kau nak malu..? Sedangkan adillah berani kan dirinya walaupun dia lemah semangat.. Ada ke antara kau orang akan dapat teruskan hidup kau orang walaupun cacat di muka..? Aku pasti kau orang tak dapat 'survive'.. Jadi kau orang fikir mengutuk orang kerana rupa parasnya yang rosak.. Kau orang dianggap 'popular'? Tak sama sekali, silap hari bulan di label pembuli..!" balas kawan barunya yang berkaca mata.

"kau pasti.. Kau orang tak buat dosa ke..? Dah la mengutuk orang, tambah lagi dosa kering.. Ni baru sikit, esok lusa.. Aku tak dapat bayangkan berapa banyak kau orang sedekahkan pahala amalan kau orang setiap hari.. Tu semua rahsia Allah SWT.. Mungkin kau orang tak terima kawan aku, tapi aku dan orang yang memahami juga Allah SWT.. Menerima adillah dengan hati yang ikhlas dan terbuka..". Balas kawan rendahnya.

Kemudian diikuti sekelas 5 Bougainvillea iaitu ketua kelas mereka bernama Sharul, pelajar terbaik dan pernah digelarkan pelajar 'charming'. "kami dari kelas 5 Bougainvillea juga menerima adillah dengan hati yang terbuka dan ikhlas.. Jangan lupakan kita orang jugak.." balas ketua kelas 5 Bougainvillea, yang mana sentiasa ikut Sharul juga. Sebulat suara mengatakan benda yang sama seperti kawan2 barunya cakap dan terangkan tadi.

Adillah terharu dengan kata2 mereka belum sempat adillah mengucapkan terima kasih kerana percaya padanya. Vanisha menarik lengan adillah, dan mengajak adillah untuk beli makanan di koperasi sekolah sahaja.

"laju gila kau orang lari.. Penat kita orang carik dekat kantin tahu?"

Balas kawan barunya berkulit putih.

Vanisha hanya tersengih sahaja..

-------------

"oh ye.. Kita orang belum perkenalan diri lagi kan? Saya Zurina berkaca mata, si tinggi ni namanya Yana, si pendek ni namanya waty dan si putih ni namanya Uqasha." balas Zurina menerangkan pada adillah.

"sesedap rasa kau je panggil kita orang tinggi lah.. Pendek lah.. Putih.. Lah.. Kau seorang je ke.. 'berkaca mata'..? Balas Yana.

"eh.. Aku special.." balas Zurina.

"cis.." balas yana

Berbalas2 pula mereka ni..
Mereka berenam ketawa besar, menyebabkan perhatian mereka dicuri oleh pelajar2 lelaki dari kelas lain. Membuatkan Zurina, Yana, waty dan Uqasha duduk tersipu malu. Kali ni vanisha dan adillah mentertawakan mereka kerana pantang je nampak lelaki curi perhatian kumpulan mereka.

"adillah.. Awak tak payah hiraukan mereka ni, semuanya jenis 'kaki gorat'.."

"aik.. Terbalik?"

"ye.. Pantang je nampak budak lelaki, laju je mereka ni.."

Adillah hanya menggelengkan sahaja kepalanya dengan gelagat rakan2 barunya.

--------------
Kring.. Kring.. Kring..

"wey jangan lupa datang awal ke sekolah.. Esok ada karnival mencari bakat, kau kena masuk sekali adillah.. Ujar Zurina mengingatkan adillah supaya datang awal ke sekolah.

"bakat?" tanya adillah.

"biasalah.. Untuk mencari bakat sebenar, mana tahu ada bakat terpendam dalam diamkan..?" balas vanisha.

"oh.." pendek jawapan dari adillah.

Seorang pelajar lelaki menegur vanisha sebelum vanisha berlalu pergi dengan adillah, mengharapkan.. Zurina, Yana, waty dan Uqasha dan menghilangkan diri dari pandangan mata mereka...

"wey..boleh tak kawan aku nak jumpa kawan kau..? Dia nak cakap sesuatu dengan adillah" balas pelajar lelaki tersebut.

"boleh percaya ke kata kau..?" balas vanisha.

"tolonglah.. Sekejap je.." balas pelajar lelaki tersebut

"5 minit deal!" balas vanisha tegas..

"okay... Deal2". Kata lelaki tersebut, sedikit takut dengan jelingan mata vanisha.

Vanisha mendekati adillah dan mengatakan hasrat mereka...

"wey.. Adillah ada orang nak jumpa dengan kau.. 5 minit je tau.. Masa terhad..!" balas vanisha tegas pada adillah.

"eh.. Vanisha.. Um.." adillah sedikit takut bila dia ditinggalkan vanisha pada lelaki tersebut.. Dia memberanikan dirinya supaya menjadi seseorang yang berani.. Dia menuju ke arah lelaki tersebut..

"ikut aku.." balas pelajar lelaki tersebut.

Adillah akur dan mengekori pelajar lelaki tersebut.

----------------
"hai.. Ehem.. Assalamualaikum.." balas pelajar lelaki tersebut.

Adillah memandang wajah pelajar lelaki tersebut.. Pelajar Lelaki tersebut mengukirkan senyuman pada adillah.. Adillah dapat teka, pelajar tersebut dari di kalangan orang baik, perwatakannya sangat terjaga, adillah tersentak 'mata bertemu mata' menyebabkan dia melemparkan pandangan pada tempat lain.

Adillah memecahkan kesunyian dengan menjawab kembali salam tersebut..

"waalaikumusalam dan hai"

"saya dari kelas 5 Hibiscus.. Saya ezat.. Muhammad Ezzat Bin Hazman, kalau awak hairanlah.. Saya anak cikgu, merupakan guru kelas 5 Bougainvillea." balas ezzat dengan setiap detail, belum lengkap sepenuhnya lagi tu kira sikit.

"oh.. Awak anak cikgu.. Saya memang tak kenal, sebab saya masih pelajar baru dekat sekolah ni." balas adillah bersahaja.

"oh.. Ehem.. Okay takpe, salah saya jugak, sebab main terjah je. Apa2 pun.. Apa nama awak ye?" balas ezzat menahan malu tapi pandai mengawal keadaan.

"oh.. Saya.." adillah terhenti, sebaik sahaja nampak vanisha yang datang ke arahnya.

"okay! Cukup.. Dah lebih 5 minit.. Bye2.. Jom adillah.." balas vanisha, menarik lengan adillah.

"maaf ye.." balas adillah tergesa2 pergi dari situ. Dan menghilang dari pandangan mereka.

"hmm.. Adillah ye..? Okay!"

-----------------
Kring.. Kring.. Kring..

"ingat adillah.. Esok datang awal.. Tahu..!" balas Zurina, mengemas buku subjek matematik.

"ye.. Okay2" balas adillah tersenggih.

"Dah2" balas vanisha.. Rimas dengan perkara sama yang keluar dari mulut Zurina.

"ish.. Kau ni vanisha.. Dah macam bodyguard adillah pulak.." balas Yana yang pula rasa rimas bila vanisha sentiasa ada di mana adillah berada.

"ha.. Ha.. Ha.. Mesti punya.." balas vanisha dengan bangganya.

"aku terhidu bau pinnokio..kau ada bau tak..?" balas waty.

"aku bau meja ni je.." balas Yana.

"hai.. Bahasa kiasan pun kau tak faham ke, yana?" bala Uqasha.

"Dah2 jangan gaduh2, hal kecik je ni.." balas adillah meleraikan perselisihan faham antara mereka.

Zurina memecahkan kesunyian dengan mengajak mereka bertiga pulang bersama2..

"Bye2 kau orang.. Kita orang gerak dulu.." balas Zurina.

Rumah mereka sejalan sahaja, melainkan adillah dan vanisha.

"jom vanisha.. Rumah awak kiranya dekat2 dengan Area rumah saya lah kan?" tanya adillah.

Vanisha mengangguk kepalanya.

Adillah teringat sesuatu secara tiba2..

"oh ye.. Lupa nak tanya awak, vanisha.. Kelas 5 Hibiscus tu, kelas pandai ke?" tanya adillah dengan penuh ingin tahu, berapa banyak kelas di dalam sekolah ni.

Vanisha memandang ke arah pelajar2 lelaki, dari kelas pandai, hampir menghala laluan di sekitar kelasnya.

"speak of devil.. Ye! Jom cepat kita pergi dari sini." vanisha tergesa2 melarikan diri dari mereka, dari bertembung, vanisha menarik lengan adillah. Adillah terpinga2 dengan perbuatan vanisha yang membuatkan dia tidak faham maksud di sebalik kata2 vanisha tu.

"huh..? Tu bukan ke mereka tadi.. Ha ezzat?" balas rakan sekelasnya iaitu Hamidun.

Ezzat mengerling laluan kelas mereka yang terburu2 keluar.

"5 Bougainvillea? Okay!" balas ezzat.

Kawan2 pada ezzat hanya berpandangan sahaja dengan kelakuan pelik melihatkan ezzat tersenyum seorang diri.

Vanisha dan adillah bergelar ketawa selepas sahaja melepasi dari pagar luar sekolah tersebut.

Ping.. Ping.. Ping..

"eh! Kejap vanisha" balas adillah.

"hai mama.. Mama hari ni boleh tak adillah nak balik dengan kawan baru..?" tanya adillah dengan penuh makna.

Melihat keadaan anaknya yang sangat gembira.. Aminah membenarkannya memandangkan dia ada urusan sedikit selepas mengambil 3 orang anaknya yang sekolah lain2 tempat.

"okay, mama.." balas adillah dengan gembiranya.

Aminah turut gembira melihat anaknya yang kini tidak lagi bersedih atau berasa sunyi.. Kini adillah kembali tenang dan gembira.. Terima kasih Ya Allah..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience