"adillah!!!!" aminah teriak memanggil anaknya, adillah sudah keluar dari tadika lama tersebut. Adillah yang melihat mamanya berlari dan memeluk mamanya sambil menangis.
"Alhamdulillah..! Anak mama selamat.. Mama bersyukur" kata mamanya menangis teramat sangat yang anaknya selamat.
"kenapa mama cakap macam tu?" balas adillah yang sedang mengesat air matanya dan memandang ke arah mamanya dengan hairan sekali.
"tak apa adillah, nanti ustaz Emmet dari negeri Terengganu akan menceritakan kesemuanya" balas mamanya pada adillah.
Adillah sempat melihat perubahan sekolah tersebut entah kenapa dia berasa lain semacam, adillah tidak endahkan mungkin sudah berapa hari dia berada di sekolah tu yang mungkin penyebabnya dia berasa sekolah tersebut lain dari lainnya.
---------------------
Sebaik mereka berkemas dan meninggalkan sekolah tersebut dan bergerak terus ke masjid yang jauh sedikit dari sekolah tersebut. Sebaik sampai ke masjid biru hijau, perkara pertama mereka lakukan adalah membuat solat2 sunat, solat jenazah dan solat lain2nya kemudian meminta pertolongan Allah SWT dan perlindungan Allah SWT supaya perkara tersebut tidak diulangi lagi. Selesai solat mereka meneruskan dengan bacaan yassin dan zikirullah dan yakin ada penawar di sebalik keyakinan tu selesai membaca yassin, Orang2 surau membungkuskan sekujur badan di hadapan adillah dan kesemua orang yang bersama dengannya, adillah hairan dan menyuarakan pertanyaannya..
"kenapa dengan uqasha..? Kenapa kena kafankan dengan kain putih? Apa jadi pada dia? Kenapa Dengan uqasha??!!" tanya adillah tegas dan marah pada orang yang mengkafankan uqasha kawannya malah adillah menghalang mereka terus mengkafankan uqasha. Ustaz emmet mengundurkan Orang2 yang mengkafankan pelajar tersebut seketika dan ustaz emmet menceritakan apa yang terjadi sewaktu dan sebelum dia masuk ke pintu ghaib dan cuba menyelamatkan dia dan uqasha.
"saya mintak maaf, kalau cerita ni jugak akan membuatkan kamu terkejut lagi.. Selepas kehilangan kamu dan uqasha, vanisha menjadi tak keruan, dia mula menjadi gila dan mencetuskan pergaduhan di kantin sekolah katanya dia sudah kehilangan kawan yang dulu dan dia tak mahu kehilangan kawan yang kini, dia menjadi rasa bersalah, vanisha bertindak di luar jangkaan, apabila meletupkan dapur gas kantin sekolah ketika sesi persekolahan diteruskan di hari kedua kamu dan uqasha menghilang, pada ketika ni, pelajar bernama zurina, Yana dan waty juga bergelut di dalam kantin dengan vanisha tidak sempat menyelamatkan nyawa mereka sendiri, meletup bersama2 dengan vanisha ketika ini guru kelas 5 bougainvillea menyelamatkan pelajar yang berada dan tersepit di dalam kebakaran sekolah bunga indah. Yang terselamat adalah pelajar2 yang tidak hadir ke sekolah.. Anak guru 5 bougainvillea dan sedikit dari tingkatan 5 yang hadir, saya mintak maaf pelajar.." penerangan ustaz emmet terasa sayu sangat dengan keadaan tersebut.
Adillah menangis, dalam tangisannya dia menanyakan bagaimana uqasha meninggal..
"sebenarnya arwah uqasha ni pula, terperangkap dalam mainan jin yang menyerupai adellah.. Amirah adellah.. Pelajar sekolah menengah ni.. Yang ada kaitan dengan tadika lama tersebut, pelajar yang tak dapat dikesan tu adalah kawan mereka semua" balas ustaz emmet lagi.
Adillah menangis teresak2, tak dapat digambarkan perasaan mereka.. Ketika kehilangan dia dan uqasha dan mungkin adellah kawan lama mereka dahulu..
Adillah melihat wajah uqasha, tubuh yang kaku dan tidak bernyawa lagi, adillah memandang sayu melihat uqasha.
'uuqashaaa!'
"lebih jelas lagi.. Mereka semua dah tiada di dalam dunia lagi adillah.. Adillah seorang sahaja terselamat di dalam pintu ghaib, ustaz emmet menerangkan pada mama, 50-50 untuk teruskan hidup di dalam alam lain, tambahan lagi adillah belum banyak bekalan ilmu di dada.. Mama terus2 mendoakan anak mama sentiasa selamat di mana jua adillah berada.." mamanya berjalan ke arahnya dan memeluk anaknya, mamanya menyambung lagi.. "benarkan mereka mengkafankan uqasha ye.. Adillah.." menahan Tangisannya dari dilihat adillah, tapi adillah tahu siapa sahaja yang dapat menahan sebak melainkan lelaki....
"kami mintak maaf merahsiakan hal tersebut.." ustaz emmet meminta maaf pada pelajar tersebut.
Adillah hanya mengelengkan kepala dan membalas "saya pun ada salah juga, saya mintak maaf ustaz dan semua orang di sini" balas adillah menahan tangis memandang setiap orang yang Sedaya upaya menyelamatkan nyawa mereka.
"adillah!" balas satu suara yang datang entah dari arah mana, lama adillah memandang ke arah suara tersebut.
"ad.." mamanya tak sempat menghabiskan ayatnya, ustaz emmet menghalang dan membiarkan dia untuk bercakap dengan roh kawan2nya yang akan pergi tinggalkan bumi Allah SWT ni.
Adillah melihat muka2 mereka yang tersenyum ke arah adillah, muka2 tersebut adalah.. Zurina, Yana, waty dan encik hazman. Adillah mengalirkan air matanya dan terpandang ke arah seseorang lagi di belakang mereka iaitu vanisha, mukanya juga tersenyum dan dalam tangisannya dia merindui persahabatan mereka hanya senyum dapat menggambarkan kegembiraan perjumpaan mereka walaupun sekejap.
Satu cahaya di arah sekujur tubuh uqasha, adillah melihat berdirinya seseorang di sisi uqasha berkemungkinan itu adalah adellah.. Amirah adellah.. Pelajar yang kian hilang lamanya dulu.
"adillah.. Jangan salahkan uqasha, uqasha menyelamatkan roh saya terperangkap di dalam alam ghaib dengan nyawanya kerana tu...." adellah terhenti bila melihat adillah mengelengkan kepala.
"cukup kau terselamat, aku juga bahagia, walaupun kita berjumpa pertama kali, aku gembira juga.. Kau juga tak terkira, kau juga kawan aku dunia dan akhirat.. Amirah adellah..!" balas adillah menyakinkan Amirah adellah. Adellah mengalirkan air matanya tersenyum sambil mengnggukkan kepala. Mereka semua menghilangkan diri dan memasuki ke cahaya tersebut. Adillah kini menjadi lebih kuat.. Kuat demi sahabat2nya yang sudah pergi menghadap illahi.
Share this novel