perasaan yang tak tersampaikan

Fanfiction Series 2101

setelah kejadian di kafe itu,Shinichi dan Ran terlihat kerap bersama dan berbual bersama-sama seperti dahulu.Ran tidak sangka bahwa tuhan telah mengabulkan doanya yang mahukan persahabatan mereka seperti yang dulu.
Ran duduk sambil menghadap ke arah Shinichi sewaktu makan di kantin sekolah,dengan berhati-hati Ran memulakan percakapan di antara mereka berdua.'ermm...Shinichi,maaflah kalau tanya awak soalan ni,tapi kenapa awak balik ke sini?bukan ke awak ada kerja kat korea?ke awak ada pengambaran kat sini?"Ran menyuakan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.Shinichi menyedut air jus kotak yang tadi dibelinya sebentar tadi."aah aku ada kerja sikit kat sini"jawab Shinichi acuh tidak acuh."habis tu?kalau kerja tu dah selesai,kau balik ke korea balik ?"Sambung Ran dengan nada cemas kerana jauh di dalam lubuk hatinya dia tidak mahu Shinichi meninggalkannya lagi seperti yang dulu apalagi dia belum sempat menyatakan perasaan cintanya kepada Shinichi kerana rasa takut perasaannya ditolak dan hubungan persahabatan mereka tidak akan seperti dahulu lagi."ouh kau tk tengok berita eh?lepas habis kerja kat sini aku akan ambil cuti 1tahun.nak rehat jap,ahli kumpulan aku pun nak rehat kejap sebab semua ahli kumpulan aku sama umur dengan kita jadi semua masih sekolah lagi"jelas Shinichi panjang lebar lalu bingkas bangun dari tempat duduknya apabila waktu rehat sudah mahu tamat tidak lama lagi."aku jalan dulu tau,nak ke tandas jap,nanti kita jumpa kat kelas"Dia lantas membuka langkah dan meninggalkan gadis itu.Sejurus sahaja Shinichi meninggalkan tempat itu,kedua mata Ran terus tertumpu ke arah segerombolan gadis yang tampaknya terus mengikuti langkah Shinichi."fans berat,huh?"Ran hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan para gadis disekolah ini yang sangat tergila-gilakan para lelaki tampan yang ada di sekolah ini termasuklah Shinichi yang tidak pernah aman kerana dikerumuni oleh para peminatnya."aku pun macam tu ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience