permulaan kedua

Fanfiction Series 2101

loceng sekolah terakhir berbunyi nyaring menandakan waktu pulang untuk semua murid di sekolah itu.Ran berjalan menunduk ke bawah di dalam kerumunan murid yang sedang menuju keluar dari gerbang sekolah.Ran berhentikan langkahnya apabila menyadari sebuah suara memanggilnya daripada belakang dan itu adalah Shinichi."cepatnya awak keluar,tunggu la saya kejap"shinichi nampaknya sedikit tercungap-cungap setelah berjaya menjumpai gadis itu."eehh??bila masa kita ada janji nak balik sama-sama ni?"seingat Ran dia langsung tidak bercakap dengan Shinichi di dalam kelas kerana Shinichi yang terus menerus dikerumuni oleh para gadis."alaa tak boleh ke saya nak cuba kawan dengan awak?"jawab Shinichi jujur yang membuatkan Ran diam seketika."ok la kalau macam tu,dah jom la jalan"Shinichi terus tersenyum kegembiraan dan berjalan seiring dengan Ran.
Mereka berhenti di sebuah kafe untuk berbual-bual dan saling mengenalkan diri.Mereka hanya diam sambil menghirup air masing-masing.Belum sempat Ran mahu menanyakan tentang Shinichi,lelaki itu sudah membuka mulutnya ."nama penuh awak Ran Mouri kan?"Ran terdiam.Dia hanya melihat ke arah wajah Shinichi yang kelihatan serius dengan pertanyaannya.Ran mengangguk laju.Shinichi tergelak,dia memegang perutnya untuk menahan tawanya."sejak bila kau berubah weh??"Shinichi langsung menukar gaya bahasanya apabila dia mengetahui gadis yang berada di hadapannya itu merupakan teman karibnya dahulu."ke..kenapa?!pelik sangat ke penampilan aku sekarang,sampai kau tak kenal aku dah?"muka Ran memerah menahan malu kerana dia berasa Shinichi sedang mengetawakan dirinya."tak lah,elok dah gaya kau sekarang ni,baru ayu"sekarang Ran sudah kekok untuk melihat ke arah Shinichi kerana malu yang menimpa dirinya waktu itu."kenapa kau berubah macam ni sekali?dah ada lelaki yang kau suka ke?"Ran terbatuk-batuk sejurus sahaja Shinichi menanyakan soalan itu kepadanya.yaa.. dia juga menyadari yang dirinya juga berubah jauh,dirinya dulu yang selekeh dan tidak pandai bergaya sudah berubah kepada gadis yang ayu dan pandai bergaya agar kelihatan menarik."aku berubah sebab nak bersama dengan kau,mana mungkin aku dulu yang hodoh dapat bercinta dengan putera yang sempurna seperti kau,aku kena berubah supaya layak di sisi kau"bisik hati Ran menyatakan perasaannya."errr tak ada lah,aku berubah sebab nak cuba jadi orang yang baru,tu je"Ran cuba menipu Shinichi.Shinichi hanya tersenyum kecil,matanya langsung tidak beralih daripada wajah Ran."aku tahu kau tipu aku,Ran"gumam hati Shinichi sambil tersengih melihat gadis di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience