BAB 23

Romance Completed 5792

Sepanjang seminggu Zarul dan Erneelya sentiasa berjumpa dan bermesra, mereka berasa seronok sangat. Erneelya berasa hairan mengapa Zarul tiba tiba berbuat demikian. Dia berfikiran tersebut kerana sejak kebelakangan ini anginnya kadang kadang berubah. Sekejap okey sekejap tak okey. Kadang kadang Erneelya pun berasa tak selesa dengan sikap Zarul itu. Tetapi walau bagaimanapun Erneelya tetap bersangka baik kerana dia tahu yang dia akan menghadapi asam garam rumah tangga. Dia beranggapan bahawa ini hanyalah permulaan untuk hidup berumah tangga nanti. Erneelya begitu hebat memikirkan tentang sikap Zarul yang suka berubah ubah sekarang ini kerana sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Ezad. Berbeza antara hidup bersama kedua duanya kerana masing masing mempunyai personaliti yang berbeza. Sehinggakan Erneelya mengalami kecelaruan personaliti disebabkan melayan kerenah mereka ini. Namun dia tetap bersabar dan berfikiran positif kerana kehidupan berumah tangga tidak seperti kehidupan bujang. Dia juga tahu bahawa komitmen yang harus diberikan adalah tinggi kerana masing masing mempunyai kepala yang keras ibarat batu. Dia berharap agar dia dapat tempuhi hari hari yang mendatang bersama Zarul dan dapat menepis segala fitnah dan juga pihak ketiga yang akan datang untuk memusnahkan rumah tangga mereka. Namun siapa sangka fikiran Zarul sekarang ini sedang kusut. Dia amat tertekan dengan desakan Ezad dan juga Erneelya yang menekankan tentang hal perkahwinan. Bagi dirinya, seperti dua ketul batu yang besar sedang bertenggek di atas bahunya sekarang ini. Meskipun bahunya teguh berdiri tetapi bahunya sudah berasa longlai dan juga tidak mampu untuk menahan kesakitannya lagi. Cara yang terbaik adalah dengan menghancurkan kesemua batu tersebut. Namun berbeza kali ini apabila dia harus memilih antara mana yang lebih baik untuk diterima dan juga dilepaskan. Ketika Zarul melihat wajah ayu Erneelya itu, perasaan bersalah dia menjadi semakin membuak buak sekarang ini. Dia tidak sanggup sebenarnya untuk melepaskan cinta sejatinya itu namun dalam hatinya dia sudah berikrar dengan Ezad bahawa dia akan berkorban demi cinta sejatinya mendapatkan kebahagiaan yang selayaknya. Sekarang ini dia masih lagi celaru dengan apa yang harus dilakukannya sekarang ini.

°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Zarul, saya rasa dah tak sabar sangat untuk hari kebahagiaan kita. Awak tak rasa nervous ke? Hei! Kenapa awak monyok je ni? Awak ada problem?"
"Apa dia tadi?"
"Sebenarnya apa yang awak fikirkan?"
"Takde apalah. Tadi awak cakap apa tadi. Saya tak perasan tadi."
"Awak ni dah kenapa Zarul? Sejak dua menjak ni saya tengok awak lain macam je."
"Mana ada. Saya okey je. Cuma fikir pasal kerja."
"Awak tipu. Kalau pasal kerja awak boleh je fikir lepas kita nikah nanti. Kalau awak rasa macam ini adalah satu kesilapan, saya rasa baik kita tak payah teruskan okey."
"Kejap, apa yang awak mengarut ni?"
"Saya tak mengarut. Cuma awak tu sekejap okey sekejap tak. Sebenarnya saya dah lama nak cakap benda ni kat awak tapi tak terkeluar pun dari mulut saya. Awak nak tahu sebab apa? Sebab saya pun dah makin tak faham dengan sikap yang awak pamerkan depan saya sekarang ni. Betul kan apa yang saya cakap tu."
"Boleh tak kita tak bergaduh sekarang ni. Saya rasa awak ni paranoid je. Padahal takde apa apa pun yang terjadi."
"Betullah tu. Awak kata saya paranoid. Awak anggap saya ni nak cari pasal dengan awak. Saya dapat rasakan yang awak ni tak ikhlas nak kahwin dengan saya. Atau tak mesti semua ni disebabkan Ezad tu."
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Memang betullah sangkaan saya. Nampaknya kalau saya nak buat sesuatu mesti atas izin dia kan. Dia tu siapa? Suami saya ke nak tentukan mana yang patut saya buat dan mana yang tak. Ingat saya ni budak kecil ke yang tahu bermain tak kira masa. Atau sebenarnya korang berdua memang sengaja nak sakitkan hati saya untuk kepentingan diri kan. Memang betullah apa yang saya fikirkan sekarang ni. Dunia ni memang tak adil dan saya pun sampai mati takkan merasa kebahagiaan tu. Takpelah, mungkin ni karma saya sebab dah lukakan hati seseorang sampai dia sumpah saya takkan hidup bahagia seumur hidup. Perkahwinan ni pun sebenarnya palsu."
"Sebenarnya saya tak tahu kalau ini adalah keputusan yang tepat untuk saya putuskan atau pun tak. Tapi sebenarnya saya dah fikir masak masak yang perkahwinan kita ni dibatalkan. Saya rasa cukup sampai sini je hubungan kita. Saya dah tahu sebenarnya saya tak patut jadi batu penghalang antara korang berdua. Akhirnya lega sebab semua bebanan saya hilang. Dan saya nak minta maaf sangat sangat sebab last minute saya decide untik huat semua ni."
"Saya maafkan awak. Terima kasih sebab jujur dengan saya sebelum kita bernikah. Kalau awak tak buat dari awal lagi. Dah lama saya bencikan awak. Saya harap awak akan menemui kebahagiaan itu satu hari nanti."
"Dan kalau boleh, saya nak awak rujuk balik dengan Ezad tu. Pertimbangkan balik keputusan awak untuk berpisah dengan dia tu."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Setelah Erneelya dan Zarul menamatkan hubungan mereka, Erneelya berasa sangat lega kerana dia tidak perlu hidup dengan Zarul atas kebahagiaan olok olok. Walaupun ketika itu dia boleh berasa kecewa dan juga membenci Zarul sepenuh hatinya tetapi dia memilih untuk memaafkan Zarul seadaanya. Dia juga faham bahawa selama ini mungkin Zarul terbeban dengan desakan Erneelya mengenai perkahwinan. Dia redha dengan semua ini namun untuk kembali ke pangkuan Ezad adalah perkara yang bukan mudah. Dia cepat cepat menelefon ibu bapanya untuk memaklumkan perkahwinan dibatalkan. Mereka amat terkejut pada mulanya namun setelah mereka mendengarkan penjelasan Erneelya, barulah mereka faham akan niat sebenar Zarul berbuat demikian. Awalnya mereka sedih dengan nasib Erneelya tetapi dia menyatakan kesyukurannya kerana ada seorang lelaki yang jujur menyatakan perkara sebenar sebelum terlambat. Mereka berdua faham dan berharap semoga Erneelya tabah hadapinya sehinggalah dia bertemu orang yang sepatutnya satu hari nanti.

Keesokan harinya, bertalu talu wartawan menyerbu butik mereka bagi menanyakan Erneelya mengenai khabar dia memutuskan hubungan dengan Zarul. Erneelya tampil berani dan menjawab soalan dengan sejujurnya. Dan setelah itu barulah wartawan percaya dan mereka bersurai dari tempat tersebut. Setelah itu, Erneelya mencapai begnya dan memberitahu Sherryna bahawa dia akan berjumpa dengan Ezad.

"Kau nak jumpa dia buat apa? Bukan ke kau sendiri yang cakap dia dah lukakan kau. Dia pun dah buat macam macamlah semenjak kau dah balik sini."
"Sherry, nak taknak aku kena berdepan dengan dia juga. Lagipun aku rasa tak elok simpan dendam ni lama lama. Mungkin dah tiba masa untuk aku maafkan dia. Baru aku sedar yang selama ni menyimpan dendam adalah satu perkara yang menggusarkan hati. Selama ni hati aku gelisah disebabkan dendam. Jadi kali ni aku akan lupakan kisah silam dan maafkan dia."
"Baiklah. Kalau tu yang kau nak. Aku tetap akan sokong kau dari belakang sebab kau kawan baik aku selama lamanya."
"Thank you so much. I gotta go now okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience