BAB 5

Romance Completed 5792

Seminggu kemudian, Erneelya tersedar dari komanya. Ketika dia sedar ibu bapanya berada di sisinya. Dia yg kebingungan bertanya kepada mereka di mana dia berada sekarang. Mereka berdua bersyukur kerana Erneelya akhirnya bangun dari komanya. Ibu bapanya bagai nak gila menunggu sepanjang hari hanya semata mata menginginkan kesembuhan Erneelya. Dan ketika itu doktor masuk ke bilik bagi memeriksa keadaan Erneelya. Doktor mengesahkan keadaan dia semakin pulih dan secepat mungkin dia boleh dikeluarkan dari hospital. Nasihat doktor agar dia banyak berehat dan kurangkan berfikir dan juga bergerak kerana bimbang lukanya terbuka. Oleh itu ibu bapa Erneelya menjaganya sebaik mungkin agar dia kembali sihat seperti sedia kala.

°°°°°°°°°°°°°

"Ya Allah, kenapa semua ni terjadi pada aku? Apa salahku yg telah aku buat sehingga aku dapat balasan sebegini. Kalau ada salah silapku tolong tunjukkan kepadaku agar aku dapat memohon ampun secepat mungkin. Kalaulah ini takdir aku untuk kehilangan org yg aku sayang aku redha. Aku redha dengan ketentuanMu kerana aku tahu Engkau mempunyai perancangan yg lebih baik lagi untuk aku. Sejahterakanlah roh isteriku agar dia tidak bersedih melihatkan keadaanku. Aku memohon kepadaMu tunjukkanlah rahmatMu agar aku dapat tempuhi dugaan yg mendatang. Hanya kepadaMu ku berserah. Aku pasrah."

Begitu khusyuk Ezad berdoa kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa. Selalunya sesetengah org akan meratap dan mengurung dirinya dalam bilik seorang diri. Namun berbeza dengan Ezad apabila dia sering mendoakan kesejahteraan bagi org yg paling dia sayang tenteram di sana. Walaupun hilang selera makannya namun dia tetap memaksa dirinya untuk makan hanya kerana takut arwah sedih melihat keadaannya yg tak terurus. Ezad nampaknya begitu memahami bagaimana Rihana orangnya. Dia sangat matang dalam merawat hatinya yg luka ditimpa musibah. Saban hari dia hidup sebagai duda dengan rasa yg biasa biasa. Dia tidak berasa sunyi pun malah dia sudah terbiasa dengan keadaan sebegini setelah beberapa minggu Rihana meninggalkan dia. Malahan godaan Suzanne pun ditepis dengan begitu sahaja kerana dia belum sedia untuk membuka pintu hatinya kepada orang lain. Dalam erti kata lain tiada yang mampu gantikan posisi Rihana dalam hidupnya.

°°°°°°°°°°°°°°°

"Syam, kau tahu tak aku ni geram sangat kat Ezad tu."
"Apahal pula?"
"Dah banyak kali aku goda dia. Buat apa benda yg Rihana selalu buat tapi sikit pun dia tak pandang aku. Entah entah dia ni dah bengkok ke apa."
"Ala kau ni. Faham fahamlah org yg baru saja kehilangan org yg dia sayang. Kau sabarlah sikit."
"Susah betul nak tackle org yg susah nak lupakan org yg dah mati. Sepatutnya sekarang ni aku dah dapat hati dia."
"Kau ni memang bercita cita tinggi betul."
"Memanglah. Aku ni kalau tak dapat hati dia jangan haraplah org lain pun akan dapat dia."
"Kau jangan buat hal. Nanti masuk hospital gila."
"Cakap dengan kau ni tak selesaikan masalah langsung! Menyakitkan hati aku adalah!"
"Datang bulan agaknya dia ni."

°°°°°°°°°°°°

Ketika di universiti, Erneelya memulakan harinya seperti biasa. Ketika dia hendak melangkah masuk ke kelas, dia disapa oleh Kamarul. Erneelya langsung tidak mengendahkan sapaan itu malahan tengok muka pun dia tidak mahu. Disebabkan oleh kejadian itu dia sudah tawar hati dengan Kamarul. Kamarul pula jadi rasa bersalah dengan apa yg dia telah buat sehingga menyakitkan hati Erneelya. Namun dia tetap berusaha sedaya upaya untuk bercakap dengan Erneelya supaya dia dapat memaafkan Kamarul. Namun setiap kali mereka bertemu Erneelya pula yg asyik mengelak drpd bertemu dengan Kamarul. Malahan ditahan oleh Kamarul sekalipun dia bersikap dingin. Erneelya nampaknya memang marah sangat terhadap Kamarul dan agak sukar untuk dia maafkan apa yg telah terjadi pada hari itu.

"Erneelya, boleh tak kalau sekali ni awak dengar cakap saya. Sekejap je."
"Awak nak apa lagi? Tak puas lagi ke awak dah sakitkan hati saya. Sekarang ni awak nak saya maafkan awak. Senang senang je kan awak tolak cinta saya."
"Saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu. Saya minta maaf."
"Itulah awak. Buat salah lepas tu minta maaf. Senang awak minta maafkan. Awak ingat senang ke saya nak maafkan awak."

°°°°°°°°°°°°°°

"Ezad, you sejak kebelakangan ni you macam kerja okey je."
"Kenapa? You nak I menangis. You nak I meroyan macam org gila lepas Rihana dah takde."
"Bukan itu maksud I. I cuma pelik kenapa you buat cool and anggap semua benda ni tak berlaku."
"Suzanne, org lain pun sedih juga. Tapi takdelah sampai tahap meroyan. Naik sawan apa semua tu. I anggap ini takdir I dan I redha dengan apa yg terjadi. So thanks about worrying me."
"Dia ni sakit otak ke apa? Takpelah yang penting peluang untuk aku rapat dengan dia lagi mudah. Senang sangat nak goda Ezad ni."

°°°°°°°°°°°°°°

"Baru sekarang kau nak mengaku kesalahan kau. Jangan haraplah aku akan maafkan kau. Sekali kau sakitkan hati aku, aku takkan pernah bagi muka kat kau. Susah nak faham org yg pentingkan diri."
"Kenapa ni Elya? Muka muncung je. Ada masalah ke?"
"Takde apalah ibu. Cuma stres sikit."
"Kalau ya pun takkanlah sampai tarik muka macam tu. Macam mana Elya dengan Kamarul?"
"Kenapa tanya pasal dia?"
"Salah ke ibu tanya? Ke kamu gaduh dengan dia?"
"Kitorang dah putus hubungan. Elya dah taknak apa apa lagi dah dari dia. Cukup sampai sini je."
"Sabarlah Elya. Dah takde jodoh. Ibu sebenarnya ada benda nak bagitau kamu."
"Apa dia?"
"Ibu dengan ayah sebenarnya nak jodohkan kamu dengan anak kawan ibu."
"Siapa pula?"
"Ezad, anak uncle Manan dengan aunty Zarina."
"Ibu kan dia dah kahwin. Takkan Elya nak kena bermadu dengan isteri dia."
"Sebenarnya isteri dia dah meninggal."
"Bila dia meninggal?"
"Dia meninggal masa Elya accident hari tu. Elya koma dia pun meninggal."
"Sebab apa?"
"Accident. Kebetulan kereta kamu berlanggar dgn dia."
"Apa?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience