Bab 82

Romance Completed 1263875

Puan Embun mengambil tempat di sudut restoran mawah yang terletak di jalan Ampang itu. Dia menerima perlawaan Syed Awaludin untuk berjumpa setelah di pujuk oleh Ammar. Ammar begitu teruja apabila kehadirannya sangat diterima oleh ayahnya.
Sedari semalam Ammar tersenyum sampai ke telinga apabila bercerita tentang kejutan yang dia berikan pada ayahnya. Apabila ayahnya mengenalinya sebelum dia berkata apa apa.
Semenjak semalam, dia kembali mensyukuri nikmat pertemuan yang Allah berikan. Dia semakin memahami kenapa Allah mengurniakan wajah yang sama untuk Syed Arman dan Ammar. Malah apabila mereka berdiri berdekatan, kelihatan sangat sama dan serupa.
“Assalamulaikum Embun, boleh Abang duduk?,” suara garau dan penuh romantic itu masih sama seperti dulu. Suara itulah yang selalu mengulit tidurnya dulu, suara itu juga yang membuah cinta pertama Puan Embun.
Syed Awaludin tidak lepas memandang bekas isterinya yang masih cantik dan terlihat sangat jelita. Wajah yang sama menghiasi rasa bersalahnya selama bertahun tahun.
“Embun dah order? Abang belum makan ni, lapar pulak rasanya. Abang baru lepas bercakap dengan Arman. Tidak di kasinya abang pergi ke hospital. Jangan ganggu dia katanya. Bertuah betul anak,” Syed Awaludin tersenyum apabila melihat mata bekas isterinya yang kelihatan sangat malu dan asyik menunduk ke bawah.
“Saya belum order, kalau Tuan Syed nak makan, silalah, saya dah makan di hotel tadi,” Puan Embun berkata perlahan sampai mencapai menu kad yang berada di atas meja itu.
Syed Awaludin kelihatan terkejut apabila mendengar panggilan bekas isterinya kepadanya. Dia masih ingat ugutan yang dia berikan apabila isterinya memanggilnya abang.
Dia masih ingat kisah itu. Allahuakbar, sebak di dadanya bertandang.
Dia memandang sayu kepada Puan Embun yang kelihatan sangat tenang, dan sangat menjaga lakunya.
“Embun teman abang makan ya, abang pesan your favorite food. Dulu ini lah tempat kita selalu makan. Abang akan datang sini sebulan sekali, pesan kat anak pemilik kedai ini, kalau nampak Embun datang sini, minta mereka call abang. Gambar Embun pun ada abang kasi dorang. Abang sangat terdesak nak jumpa Embun,” Syed Awaludin mula membuka cerita, dia tidak lagi mahu berbasi basi.
Dia melihat bekas isterinya masih tenang, dan tersenyum manis tanpa memandang wajahnya. Embun kelihatan sangat tenang.
“Nasi putih 2, tomyam putih pedas tanpa sotong, sup ayam letak serai, kerabu manga letak kacang lebih, kailan ikan masin, and telur dada. Semua lauk tu untuk 2 orang makan. Air pulak saya nak 2 air F&N hijau campur susu ais. Itu sahaja,” Syed Awaludin memesan makanan mereka sambil memandang wajah bekas isterinya yang kelihatan sangat busy dengan teleponnya.
“Uncle, ini Aunty yang Uncle cari kan? Tadi masa Aunty masuk, saya ingat nak call Unce, tapi nampak pulak Uncle pun ada, alhamdulilah, jumpa jugak Aunty, selepas bertahun Uncle cari,” anak muda itu mengambil order dan berlalu pergi selepas menyapa Puan Embun yang kelihatan tersenyum padanya.
“Thanks Tuan sebab masih ingat makanan favorite saya. Tapi saya dah lama tak makan semua itu, alhamdulilah dapat saya merasa hari ni,” Embun menghirup air putih dan masih cuba bertenang apabila melihat bekas suaminya yang berusaha untuk mengembalikan kisah mereka.
“Saya setuju nak jumpa Tuan sebab tuan beritahu ada perkara yang tuan nak discuss dengan saya. Saya rasa tidak manis kita berlama lama di sini, takut nanti timbul fitnah. Lagipun saya dah berjanji dengan Ammar untuk berjumpa dengan family Lisa, lepas tu terus nak balik ke Pahang. Saya nak offer menantu untuk berehat di rumah saya, sebab senang saya nak jaga dia,” lembut tutur kata Puan Embun, segaris dengan peribadinya.
Syed Awaludin tersenyum manis melihat Puan Embun didepan matanya, peribadinya masih sama, suara lembutnya, senyumannya, matanya yang pudar dan bibirnya yang sangat manis.
“Alhamduillah, abang masih tak percaya apabila melihat Ammar dan Embun ada depan mata abang. Semalaman abang tak boleh tidur, Allah baik sangat pada abang, walaupun abang melukakan ramai orang,” Syed Awaludin menutur kata, kali ini dengan dengan nada lebih serius.
“Abang nak Embun tahu, semua yang berlaku adalah salah abang, abang tertipu dengan pandangan mata abang. Abang melihat, tetapi abang tidak mahu bertanya, abang percaya kata orang lain. Abang minta maaf, abang sangat sangat minta maaf, kalau boleh di undur masa, perjalanan kita tidak akan jadi seperti sekarang,”
“Masa abang halau Embun dulu, Embun ada bertanya pada abang, tidakkan sedikit pun abang pernah jatuh cinta ada Embun? Pertanyaan Embun itu abang nak jawab sekarang. Abang jatuh cinta pada Embun sebelum kita bernikah lagi, tapi masa itu abang ada halangan, jadi sebab Embun respect abang as familyman, abang pendamkan. Cinta abang jelas semasa abang melihat Embun tidur di pejabat, study company financial, then Embun beritahu abang, duit hanya cukup untuk bayar gaji 3 orang staff sahaja. Then Embun kata gaji Embun boleh hold dulu, settlekan yang lain dulu. Sifat prihatin Embun tu buat abang jatuh cinta, walhal Embun tiada kena mengena dengan Syarikat. Sebab itu kita bernikah, walaupun abang tidak cakap perasaan abang pada Embun,” panjang lebar Syed Awaludin berhujah, matanya tidak lepas memandang bekas isterinya.
“Abang tak nak salahkan sesiapa di dalam takdir kita, sebab abang yang bersalah, abang abaikan Embun, abang ralit dengan duit, abang abaikan Arman, jadi Allah memberi balasan pada abang. Jadi abang nak betulkan keadaan, nak betulkan fahaman Embun pasal abang,” suara itu berubah sebak, dia mengakui salahnya.
Puan Embun mengangkat wajahnya, memandang Syed Awaludin yang ralit memandangnya.
“Saya terima semua dugaan Allah kepada saya, kepada Arman dan Ammar. Siapalah saya untuk terus menghukum Tuan. Alhamdulilah, selama saya menjadi isteri Tuan, saya tidak pernah menduakan tuan, melakukan sesuatu yang memboleh saya menjadi isteri derhaka. Jadi apabila tuan buang saya, saya cuma berdoa semoga Allah memberi cerita benar kepada tuan. Saya juga bersalah kerana merampas tuan dari isteri tuan. Wanita yang baik tidak akan menyakiti wanita lain. Jadi semua itu salah saya juga, saya mengikut kata hati saya, sampaikan salam maaf saya kepada isteri tuan. Saya datang semula cuma untuk Arman dan Ammar, mereka tidak boleh menjadi mangsa kita,” Puan Embun berhenti apabila pelayan restoran menghantar manakan mereka.
Selepas mengatur makanan di meja itu dan menjemput mereka makan, pelayan restaurant itu berlaku pergi, tidak mahu menganggu pasangan itu untuk bercerita.
“Embun tidak bersalah di dalam cerita kita. Hari ini abang akan ceritakan kenapa abang mengambil keputusan untuk mengahwini Embun, abang punya sebab yang kukuh. Cerita ini akan membuka aib abang, tetapi abang akan ceritakan untuk Embun, Abang nak Embun faham kenapa dan mengapa,” Syed Awaludin menyeduk nasi ke dalam pinggan Puan Embun, menghulurkan sudu kepada bekas isterinya yang terlihat teruja dengan makanan di hadapan matanya.
Puan Embun memandang Syed Awaludin yang ralit memastikan nasi putih dan lauk di dalam pingganya.
“Sayang nak makan dengan tangan ke?,” perkataan sayang itu terdengar jelas, membuatkan Puan Embun memandang tepat ke mata Syed Awaludin.
“Maaf, abang terkenang masa kita makan di sini dulu,” Spontan Syed Awaludin membetulkan ayatnya.
“Embun guna tangan ya? Abang pun guna tangan jugalah, jemput makan, ini semua your favorite,” Selepas mengaminkan doa, mereka memulakan makan tengahari mereka.
“Cerita ini kisah abang yang abang simpan sendiri. Jadi abang akan ceritakan satu persatu supaya Embun faham kisah abang,”
“Selepas abang pulang dari UK, abang mulakan perniagaan abang dengan modal yang abah kasi. Dalam masa itu, abah menghantar abang ke sekolah pondok untuk belajar agama di Klang. Pengasas pondok itu adalah sahabat baik kepada abah. Dalam sebulan abang di sana, abang di paksa kahwin dengan anak kedua pengasas pondok itu, untuk menutup malu sebab dia mengandung anak abang iparnya. Anak kedua itu mengugut untuk membunuh diri. Kerana kesiankan mereka, abang bersetuju untuk menjadi pak sanggup, dan abang berniat untuk mengubah nasib mereka,”
“Anak yang berada di dalam kandungan itu adalah Adam, anak yang sangat baik dan sampai sekarang dia tidak tahu abang bukan Babahnya,”
“Semasa di sana, abang sudah nampak isteri abang depression dan tidak normal, kerana manusia normal tidak akan sanggup bersama dengan abang iparnya, sehinggakan mengandung,”
“Abang berhenti belajar pondok dan bawak isteri abang ke KL, tapi abang iparnya masih menganggu dan mereka masih membuat zina bersama. Sudah penat abang cakap, sudah berbuih abang nasihat, sehingga ada ketika isteri abang ugut untuk bunuh diri sekiranya abang tidak mengizinkan dia keluar. Hidup kami tunggang langgang, sehinggalah Embun hadir dalam hidup abang,”
“Semua ugutan dan langar lari itu adalah perbuatan abang iparnya dan abang percaya dia juga yang mengupah orang untuk melanggar Arman di kuala kubu. Dia juga yang menghantar surat cerai kepada Lisa di Arau, abang percaya orang yang sama,”
Syed Awaludin berhenti bercerita, dia mengambil tisu dan menyapu air jernih yang mengalir di pipinya. Dia menjadi sebak apabila semua orang yang dia sayang menjadi mangsa isterinya.
“Abang dah menceraikan dia talak tiga, semasa abang tahu dia terlibat case Arman, tapi abang masih tinggal sebumbung sebab dia mengugut untuk memberitahu Adam tentang cerita sebenar. Kisah cerai itu adalah rahsia kami berdua, anak anak tidak ada yang tahu,”
“Kisah Arman tu abang buat report polis minta pihak polis siasat. Selepas itu Umi Adam bergaduh dengan abang iparnya, dan abang iparnya yang menolak dia ke dalam kolam mandi. Masa Mak Zah jumpa, Umi Adam dah membiru, dan inilah yang terjadi sekarang. Umi Adam sudah tidak normal dan Abang iparnya dah meninggal pada hari yang sama, kerana kemalangan sebab lari dari polis,”
“Jadi yang dalam rumah itu bukan isteri abang yang sah, dia cuma umi kepada Adam dan Teha. Mental healthnya tidak stabil, jadi abang mengambil keputusan untuk menjaganya. Bagaimana abang nak menyintai isteri sendiri sedangkan dia mengahwini abang untuk menutup aibnya sahaja dan dia tidak pernah menyintai suaminya yang sah,”
“Abang membuat keputusan untuk menjaga Adam seperti anak sendiri. Sehingga sekarang abang tak berani untuk beritahu Adam cerita yang sebenarnya. Hati uminya masih membusuk, masih ingin memusnahkan Arman, masih tidak mahu sesiapa keturunan Abang untuk hidup bahagia,”
“Abang dah settekan semua documentation, esok Umi Adam akan dipindahkan ke satu tempat di Terengganu. Abang akan tanggung semua pembiayaan, tetapi dia tidak boleh pulang lagi. Abang pun belum beritahu Sakinah dah meninggal dalam excident kereta that day. Sakinah itu adalah anak kepada abang iparnya, secara sahnya adalah adik beradik Adam. Sebab itu dia begitu rapat dengan Sakinah,”
Syed Awaludin berhenti seketika, dia memandang sayu ke arah Puan Embun yang tekun mendengar ceritanya. Tiada riak terbit daripada Puan Embun, cuma pergerakan semasa makan sangat perlahan.
Syed Awaludin tahu, bekas isterinya sangat tekun mendengar ceritanya.
“Abang tahu abang suami yang dayus, suami yang lemah. Tapi selama bertahun abang berhadapan dengan ugutan dan berusaha keras untuk menjaga nama baik abang di mata masyarakat sehinggakan ramai yang menderita,”
“Didalam sampul ini adalah finance report for Endah Holdings. Abang dah ketepikan kesemua bahagian Embun. Tiada satu sen pun abang gunakan. Abang minta maaf sebab lambat bertindak, abang juga minta maaf sebab abang menjadi dungu selama ni, duit daripada Embun yang tu memberi abang banyak nikmat dan buat abang lupa diri,”
:Abang nak Embun tahu yang duit Embun memberi banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang, duit Embun juga abang tubuhkan Yayasan Endah, abang salurkan derma tetap kepada banyak tempat, semua abang niatkan atas nama Embun, tetapi tidak sekali pun boleh buat abang tenang”
Syed Awaludin mengambil satu sampul bersaiz A3 dan menghulurkan kepada Puan Embun.
“Abang mahu Embun tahu, cinta abang pada Embun tidak pernah berkurang, perkahwinan kita adalah sebab abang sayang Embun, Embun adalah cinta pertama abang,” Kedengaran suara Syed Awaludin sebak, bibirnya bergetar, suapannya sudah lama berhenti.
Syed Awaludin mengetuk perlahan pinggan Embun yang kelihatan termenung semasa mendengarnya bercerita.
“Alhamdulilah, sekurangnya saya tahu apa yang berlaku dan faham apa yang menjadi kesusahan di pihak tuan. Saya juga minta maaf sebab selama ini saya bersangka tidak baik pada tuan. Apa yang isteri tuan lakukan pada saya juga saya sudah maafkan, saya pernah mengalami depression dan saya tahu kesannya. Untungnya saya kerana abang saya sangat membantu, jadi saya berjaya pulih,” suara manis Puan Embun akhirnya kedengaran.
Seperti dahulu juga, dia sangat tenang, dia sangat memahami, dia selalu menjadikan orang sekelilingnya nyaman.
“Saya pun minta maaf dengan tuan kerana saya semua ini terjadi, kehadiran saya sebenarnya menjadi kudis kepada permasalahan tuan. Saya nak tuan tahu, semua yang terjadi juga tidak mudah bagi saya, apatah lagi selepas saya diceraikan, saya tahu saya mengandung. Untungnya saya kerana abang saya ada dekat dengan saya, jadi susah senang saya abang saya pikul bersama, sehingga sekarang saya masih meminta izin untuk berbuat sesuatu yang saya tahu dia tidak suka,”
“Untuk berjumpa tuan juga, saya minta izinnya, sedari awal dia tidak izinkan saya muncul, tetapi apabila melihat Arman, dia tahu marahnya tidak boleh sampai ke akhir nyawa. Saya diizinkan untuk perkara yang melibatkan anak anak sahaja,”
“Tidak mudah juga untuk abang saya memaafkan tuan kerana dia melihat bagaimana adiknya jatuh, dan tempoh untuk bangun sangat lambat. Saya minta maaf juga dari pihak abang saya,”
Suara lembut dan sayu untuk menyusuk ke telinga Syed Awaludin. Dia tahu dan dia berharap dia mendapat kemaafan daripada bekas abang iparnya.
“Alhamdulilah, Embun berada di depan mata abang pun, abang dah sangat bersyukur, penuh nikmat syukur. Abang Embun juga yang menyedarkan abang terkena sihir dulu, dia membantu abang secara kasarnya, jadi abang tahu dia juga ingin menyelamatkan abang. Cuma cara abang tu yang buat dia marah,”
“Embun, abang tahu Embun bahasakan tuan kerana itu adalah perintah abang pada Embun dulu yang abang haramkan Embun panggil abang dengan panggilan abang, kalau Embun gagal, akan jatuh talak 3, kan? Bodohnya abang masa tu, sangat bodoh,” Syed Awaludin tahu bekas isterinya masih teringat dengan perkara yang berlaku bertahun dulu.
Dia tahu, sedikit sebanyak nada merajuk atau terasa hati masih lekat di hatinya.
“Abang minta maaf pasal tu, abang nak Embun berhenti bahasakan abang sebagai tuan, tukarlah lain, tapi jangan tuan,” Syed Awaludin melihat Embun mengambil tisu basah dan mula mengelap tangannya.
Dia melihat Embun membersihkan tangan menggunakan tisu basah kerana dia tahu tentang kebiasaannya Embun yang tidak selesa dengan makanan yang melekat di tangan selepas makan.
Dia melihat Embun masih tenang, masih tersenyum, masih santai seolah olah kisah mereka dulu tidak memberi kesan langsung kepada dirinya.
“Tuan, saya kena gerak dah ni, saya dah janji dengan Ammar sejam sahaja, nanti dia cari. Saya akan usahakan untuk jumpa Arman hari ni, tengok apa kisah dia dengan Lisa. Apa apa nanti tuan boleh contact Ammar ya,” Puan Embun mengambil tas tangannya dan mula bangun dari kerusi di sudut restoran mewah itu.
“Terimakasih sebab sudi jumpa Abang, Embun ambil finance report ni, abang akan transfer semua duit tu ke account Embun dalam masa terdekat. Duit Embun tu bukan sahaja modal yang Embun kasi dulu, tapi dah termasuk semua keuntungan selama bertahun tahun. Nanti abang deal dengan Ammar untuk transfer ya,” Syed Awaludin menghulurkan sampul itu dan matanya tidak melepaskan pandangan kepada Embun.
“Saya tidak boleh ambik duit tu, sebab saya memang kasi kat Tuan without agreement pun dulu. Kalau tuan nak kasi balik, saya kena discuss dengan Abang saya dulu. For now, saya tak boleh ambik lagi,” Puan Embun mempamerkan wajah yang paling manis dan beransur pergi, dia tidak lagi menoleh.
………………………………………………………………………………………..
Syed Arman berteleku di tikar sejadah selepas menunaikan solat zohor, dia juga sudah menunaikan sujud syukur kerana Allah begitu menyayangi nya.
Isterinya juga sedang tidur dan tidurnya yang sangat lama, dia berkira kira untuk mengejutkan isterinya untuk makan tengahari dan makan ubat.
“Abang, kenapa abang nak solat tak ajak Sofea?,” suara manja itu mencerna telinganya. Dia tersenyum puas, jiwa Sofea masih segar, jadi mudah baginya untuk menguruskan isterinya.
“Sayang kan tak sihat, nanti abang teman sayang solat, manja abang sakit lagi tak? Kepala sakit tak? Atau sayang rasa sakit kat mana mana, beritahu abang, nanti abang panggil doctor,” suara suami mithali itu bersuara, dia gembira untuk berbakti kepada isterinya.
Syed Arman menghampiri Nurlisa, dia mengucup bibir isterinya dan menarik selimut untuk membangunkan isterinya. Nurlisa mengeliat manja, dia seperti tidak puas dengan kucupan suaminya.
“Abangggg, sofea nak kiss lagi, kenapa abang kiss sekejap sangat. Bibir Sofea busyuk ya, sebab Sofea baru bangun,” nada merajuk seperti 6 tahun dulu muncul. Dia memuncungkan bibirkan sebagai bukti rajukannya.
Syed Arman kelihatan sangat tenang. Dia perlu berhati hati dengan setiap langkahnya kerana jiwa Sofea pasti meronta untuk Kembali.
“Jangan lah goda abang, nanti kesian kat abang tahan geram kat sayang. Kita kat hospital ni, canne abang nak buat appointment kat atas katil hospital, nanti bunyi sampai luar,” Syed Arman kembali mengucup bibir seksi itu lama, sangat lama, sehingga isterinya tercungap cungap.
Gelaran “appointment” itu adalah signal kepada Nurlisa semasa mereka berada bersama sama di banglo Arau. Syed Arman akan mengunakan perkataan appointment apabila dia memerlukan Nurlisa berada di dalam biliknya untuk dia melepaskan nafkah batinnya.
Semasa kucupan itu berlaku, dia menyedari Nurlisa menolaknya kuat, sehingga badannya tergerak ke belakang.
“I belum bodoh lagi nak biarkan you membuli i, jangan nak ambik kesempatan ya, please jangan ambik kesempatan. Elok elok I boleh fikir baik pasal you, jangan buat I bertambah meluat. Perempuan lain u boleh raba, not me,” kasar suara itu menjengah telinga, dia juga sudah mengagak apabila perkataan appointment yang digunakan dan suasana hospital tidak akan membuat jiwa Sofea meletak lama.
“Sayang kan isterinya abang, mana mungkin abang buli sayang, please jangan marah marah, sayang tengah sakit,” Syed Arman kembali mendekati isterinya dan cuba mencapai tangan isterinya.
Seperti biasa, Nurlisa menarik tangannya dan merengus kasar.
“I allowed you jaga I, sebab I tak nak semua orang susah hati pasal you, not me. I tahu semua orang sedang simpati dengan you, and not me. Sebab you baru ingat balik, you yang tak kenal I and so on..jadi you boleh jaga I, lepas I keluar dari hospital, kita ke Mahkamah Syariah, kita cerai, duit nafkah yang you kasi tu, ambik balik, I tak nak,” kali ini suara itu mendatar dan peluang untuk memujuk masih ada.
“Ok ok, sayang sihat dulu, tapi abang nak sayang tahu, abang tak kan ceraikan sayang. Sebab sayang masih sah isteri abang, takde sebab abang nak cerai sayang,” Dia mencapai tangan isterinya dan membangun isterinya dari pembaringan.
“Sayang pergi toilet dulu, ambik wuduk, lepas solat, sayang lunch, makan ubat, nanti ada sessi cerita. Abang akan ceritakan cerita abang, sayang akan ceritakan cerita sayang. Kita habiskan cerita ini hari ni, lepas tu kita decide layak tak sayang nak minta cerai. Adil kan?,” Syed Arman mengangkat isterinya ke bilik air dan menunggu isterinya membuang air kecil.
Nurlisa tidak banyak membantah, dia membiarkan Syed Arman mengurusinya, tanpa dia sedar, jiwa Nurlisanya sudah semakin lembut.
“Sekejap abang ambik sabun, guna sabun untuk membersih tempat emas abang tu, itu abang punya, sayang cuma tolong jagakan sahaja, ingat tak dulu sayang setuju untuk jagakan,” Syed Arman cuba untuk mengembalikan cerita bahagia mereka.
Nurlisa merengus geram apabila Syed Arman berkali kali meningatka dia kepada kisah lama mereka, tetapi dia tidak menafikan dia bahagia apabila didekati lembut oleh suaminya.
Nurlisa mengambil sabun itu dan mula mencuci dan membersihkan. Syed Arman mengangatnya dan meletaknya di kerusi di bilik air itu.
“sayang ambik wuduk, selepas ini sayang kena jalan perlahan ke katil, abang tak boleh angkat, nanti wuduk batal. Atau sayang nak tayammun jer?,” suara macho suaminya menyinggah manis ketelinganya.
“No need, I nak ambil wudhuk, sebelum tu I nak gosok gigi dulu,” suara Nurlisa kedengaran lebih lembut, walaupun masih tegas yang bersisa.
Syed Arman menyambut suara itu dengan senyuman yang tidak lekang.
“Macam itu lah isteri abang, selalu sayangkan suaminya, selalu mengoda suaminya,” Syed Arman menghulurkan berus gigi dan Nurlisa menghabiskan cucian gigi selepas 5 minit.
“Sebelum sayang ambik wuduk, pandang abang dulu, abang nak tengok muka sayang ada kotor apa apa tak? Tadi atas mata macam ada something, sayang pejam kejap, abang nak ambik kotoran tu…,” Nurlisa hanya menurut dan dia terkejut apabila bibir suaminya mendarat dengan romantic ke bibirnya.
Kali ini pertemuan bibir itu menyegarkan, tautan itu memberi impact yang berbeza.
Syed Arman tidak merasa tolakan daripada isterinya, dia menikmati ciuman itu dengan nafsu yang menggila.
Merasa suasana yang berbeza, Nurlisa menolak muka Syed Arman dengan kasar.
“Suka ambik kesempatan,” dia mengerling tajam ke arah suaminya.
“Siapa suruh seksi, gosok gigi pun seksi,” Syed Arman membantu Nurlisa untuk mengambil wuduk dan menolong Nurlisa untuk dekat dengan Allah SWT.
Selepas selesai urusan solat dan makan, dia akan mula bercerita tentang dirinya, dia tidak punya diari, tetapi cerita yang ingat sampai bila bila.
Dia akan mula bertanya tentang anak mereka, dia juga tidak sabar untuk bertemu buah cinta mereka, ulitan cinta mereka.
Dia juga tidak sabar untuk memeluk isterinya, berdamai dengan takdir mereka.
BERSAMBUNG

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-06 18:10:39 

terima kasih update...next episod ya....

Nor Azlina
2021-06-03 21:38:11 

tq update teruskan update lagiii....

Yazni Ernie
2021-06-02 22:53:01 

nite dear. tqvm. miss u i x puas baca la. shortly sangat


NovelPlus Premium

The best ads free experience