Senja sudah melabuhkan sayapnya. Masing-masing sudah bergerak pulang ke rumah.
“Kau hebatlah. Sebab kau, semua orang solat tadi.” Aryan berkata tiba-tiba. Dia dan Manan jiran selang dua buah rumah. Mereka pulang berjalan kaki bersama.
Manan tergelak. “Kalau ikutkan, kau lagi hebat.” Manan menyepak daun kering di atas jalan. “Hmm.. kenapa kau berhenti solat? Selalunya kan.. maksud aku tahun-tahun sebelumnya kan kita solat di rumah lepas habis main?”
Aryan memandang ke hadapan. “Aku tak nak lewatkan solat. Kita disuruh solat awal waktu kan? Lagipun, aku takut terbabas waktu solat.” Senyum.
“Aryan , kau dah lain tahun ni. Macam mana kau boleh buat perubahan? Kau tak takut kalau aku, Falaq , Fizul, Badri dan Razi sisihkan kau? ”
Aryan mengerutkan kening. “Korang pernah terfikir nak sisihkan aku ke?”
Manan sengih. “Frankly speaking, pernah. Well, kitorang bukannya budak baik. So, mestilah kitorang rasa tak senang dengan perubahan kau.” Dia jujur.
“Oh…” Aryan menunduk memandang kakinya. “Aku takut juga kalau korang sisihkan aku. Tapi aku mujahadah. Aku fikir, lebih baik aku disisihkan oleh kawan-kawan kalau dengan itu aku disayangi Allah. Aku tak sanggup bercerai dengan Allah kalau dengan itu aku boleh masuk dengan kawan-kawan.”
“Mesti sukar nak mujahadah.” Komen Asyraf.
“Yup. Mujahadah itu memang pahit. Sebab syurga itu manis. Aku kena jihad melawan diri aku sendiri. Lawan ngantuk supaya aku tak tidur dalam kelas. Lawan rasa nak berbual-bual kosong dan gantikan dengan baca al-Quran. Dan yang paling sukar, nak solat bila sedang kemuncak game. Dunia ni, Manan hakikatnya ialah medan jihad. Kita kena melawan hawa nafsu kita setiap masa sehingga hujung nyawa.” Terang Aryan panjang lebar.
Manan diam. Kata-kata Aryan diserap ke dalam mindanya.
“Syurga itu dipagari dengan kesukaran manakala neraka dipagari dengan keseronokan. Pernah dengar kata-kata pay now, play later. Dunia ni ibarat tempat ‘membayar’. Seolah-olah bayarlah di sini, dan berseronoklah di ‘sana’. Tak ada yang percuma. Nak syurga pun ada bayarannya. Mujahadatunnafs. Memang sukar nak mujahadah, sebab itu syurga balasannya.” Aryan tersenyum.
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempatnya.” Aryan membacakan maksud potongan ayat daripada surah an-nazi’at.
Mereka selama ini memang hidup dengan bergembira. Bagi mereka, zaman remaja untuk bergembira. Masa inilah untuk berhibur. Dan apabila sudah berada di atas katil kesenangan, bukan senang nak bangkit buat turning point 180 darjah. Jiwa dah rasa seronok. Ketika itu, memang sukar nak berlawan dengan kehendak diri sendiri.
“Jujur ya, Aryan . Kau sakit apa sebenarnya?” Tiba-tiba Manan tergerak untuk bertanya.
“Sakit?” Aryan menjongketkan kening. “Aku nampak macam orang sakit ke?”
“Taklah. Cuma kau lately banyak termenung.” Mereka semakin hampir dengan rumah mereka.
“Oh, itu. Aku sedang berperang dengan diri aku sebenarnya. Jadi aku banyak berfikir. Kadangkala aku rasa goyah. Rasa macam nak kembali kepada life dahulu.” Aryan berhenti. Lagi dua tapak mereka tiba di hadapan rumah Aryan .
“Yang kau makan pil ubat sorok-sorok tu apa pula?” Manan tidak puas hati.
“Bila?” Aryan cuba mengingat-ingat. Bila masa pula aku makan ubat?
“Yang waktu kita praktis bola sampai malam tu. Hari Khamis.” Manan ingat betul waktu itu.
Aryan tergelak. “Itu kurmalah. Aku puasa sebenarnya hari tu tapi aku tak nak korang tahu. Aku berbukalah diam-diam.”
Manan turut tergelak. Kurma? Haha. Rasa kelakar pula bila teringat anggapan mereka berlima terhadap Aryan .
“Oklah, dah maghrib ni. Aku masuk dulu.” Mereka berjabat tangan. Aryan masuk ke rumah. Manan pula meneruskan langkahnya.
“Asyraf, kau bila lagi? Sampai bila nak angkat bendera putih dengan nafsu kau?” Manan berbicara dengan dirinya sendiri.
Mujahadah. Arghhh sukarnya!!!
Share this novel