BAB 3

Drama Completed 235

“Wei, cuba kau tengok tu?” Razi menjuih bibir ke satu arah. Serentak, empat kepala menoleh.

“Kenapa? Aryan tengah baca al-Quran. Kau tak kenal al-Quran ke bro?” Manan menjawab selamba.

“Aku tahulah tu. Kau tak pelik ke? Aryan ? Al-Quran? Rasa macam…” Razi tidak menghabiskan ayatnya. Air dalam tin diteguk sambil berdiri.

“Dia nak jadi baik kut.” Fizul meneka.

“Aku pun perasan dia dah lain.” Badri terangguk-angguk.

“I don’t like this.” Falaq menyilang tangan di dada. Aryan changes for good?

Mereka berenam ialah kawan baik sejak tingkatan satu lagi. Mereka bukanlah budak jahat, cuma bukan budak baik sahaja. Merekalah pelajar yang suka tidur dalam kelas, tak siap kerja sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum dan membuli pelajar. Hidup mereka hanya untuk seronok. Bergembira.

“Assalamualaikum. Mengumpat aku ya?” Aryan menghampiri.

Falaq , Razi , Asyraf, Badri dan Fizul berbalas pandangan sesama sendiri. Aryan beri salam? Dunia hendak kiamatkah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience