Rate

bggy

Fantasy Series 384

LUAHAN CINTA 'TERBIJAK" DALAM SEJARAH DUNIA
"Is... Iskandar"
Tiba-tiba riuh rendah orang berkumpul di sekeliling Rina dan Iskandar. Apa yang mereka buat?

Apabila mereka melihat Rina seperti hendak mengatakan sesuatu kepada Iskandar mereka semua tiba-tiba berkumpul dan berbisik-bisik berkenaan mereka berdua.Tiba-tiba Rina menarik nafas dalam seperti hendak berbicara sesuatu kepada Iskandar. "Saya... Saya..." Kedengaran Rina sedang cuba untuk mengatakan sesuatu. "Awak...." Semua orang memerhatikan Rina dengan pelbagai riaksi. "SAYA SUKA AWAK" semua orang terperanjat dengan suara Rina yang terlalu kuat. Rupa-rupanya Rina sedang cuba meluahkan perasaannya kepada seseorang. Rina mengambil nafas lega kerana telah meluahkan perasaan yang telah lama dipendamnya. Tiba-tiba kelihatan Iskandar seperti gelisah dan menggigil.

Sebernanya, semasa kami mula-mula berpindah ke sini... Abang Akio dah terangkan maksud 'luahan cinta' kat kitaorang. Tapi sekarang aku rasa macam tak wajar pulak... dahlah aku baru beberapa minggu je pindah ke sekolah ni... Is kata dalam hatinya. Pada wakatu yang sama semua wanita merungut kerana mereka juga suka pada Is "Tak malu betul! Berani dia buat luahan cinta!" dan ada juga seperti "Ah! Berani betul minah ni!" Semua kaum wanita mula marah. Tiba-tiba ada yang menyindir Rina "Eh... sedarlah sikit asal usul kau tu dulu! Layak ke?" "Kau ingat bila kau dah mendaftar masuk ke sekolahni, kau dah boleh jadi ratu ke?" "Tapi sikap kepala batu kau ni memang sesuai dengan status kampung kau!" "Hahahahah!" Bertubi-tubi sindiran yang diberi mereka. Melihat keadaan mereka yang sedang mengejek itu Rina rasa seperti mau menghalau mereka dari situ,tetapi tidak dapat dilakukan.

Tiba-tiba kedengaran Iskandar ber suara "Ke... kenapa?" tiba-tiba Iskandar menyoal tentang perasaan Rina. Rina menjawab dengan tenang "Sebab, sebabnya... Mata awak sangat cantik. Macam lautan dalam... Lagipon bau awak macam bau laut... Macam bau ikan!" jawab Rina dengan riang. Tiba-tiba Iskandar terjatuhkan bukunya. Rina menjadi terkejud. Rina berkata lagi dengan cepat kerana takut salah faham "Tapi... bukan bau hanyir tau! Bau awak... macam satu bau yang elegan dan indah. Bukan macam ikan di daratan!" " Lagipun... Hah?!" Apabila Rina hendah bercakap seperti ada buih yang meletup di matanya. Iskandar tidak membalas kata-kata Rina malah terus melarikan diri.

Selepas Iskandar melarikan diri, mereka semua menggelakkan Rina dengan sekuat hati. Tiba-tiba Jimie dan kawannya itu menyindir dirinya lagi " Kalau dah anak nelayan tu... Semua nak babitkan pasal ikan jugak!" " Inilah luahan cinta paling 'bijak' yang aku pernah dengar setakat ni! Putera Iskandar dah murka, tahu?" tergelak- gelak mereka selepas menyindir Rina. Mereka kata lagi. " Esok kompem kau cium kasut aku! Hahahahahah!" Kata mereka sambil pergi dari situ.

Kenapalah aku ni... Aku sedar akuni anak nelayan... tapi aku tetap nak belajar kat sekolah elit ni. Aku sedar aku ni macam penceroboh yang tak tahu apa-apa... Aku main terjah je tampa berfikir panjang. Sejak hari pertama aku dah jadi sasaran diorang. Tapi aku tak pernah menyangka di saat paling penting dalam hidup aku... Ada seseorang yang telah mengenakan aku. Masa tu, rasa macam ada belon pecah tepat dihadapan ku. Siapa aku sebenarnya... Asal usul aku... Aku tak boleh abaikan hakikat bahawa aku ni miskin. Tapi... Aku memang tak bohong. Aku memang sukakan dia... Sebab dia bagaikan seekor ikan yang jinak.

Di Kedai Dobi Akio
"Iskandar... mana dia ni? lepas balik sekolah je terus hilang! Ah. Budak ni memang malas menolong kat kedai!" Kedengaran suara abang Akio sedang mencari Iskandar. Tiba-tiba abang Akio meminta maaf kepada pelanggannya. " Is... Iskandar... Iskandar!! " Kelihatannya abang Akio sedang memanggil Iskandar dengan gediknya. Kerana itu membuatkan Iskandar meluat dan muncul tiba-tiba apabila abangnya panggil. Biasanya, budak ni memang licik... Tak kira kat mana pun mesti... Tapi hari ni serangan "Tendangan Hikmat Khas Salji Meremang" pun tak berkesan... TAP TAP TAP TAP TAP kedengaran tapak kaki abang akio sedang berlari. "Jumpa pun!" rupa-rupanya abang Akio sedang mencari Iskandar yang sedang menyorok di dalam almari. "Hei! Kanapa awak nyorok kat sini?" Abang akio marah Iskandar yang sedang menyorok di almari. "Awak tu dah besar, pandailah sikit jaga emosi! Tahu tak berapa banyak tenaga boleh hilang kalau awak keluarkan buih sesuka hati?" marahnya. Tiba-tiba Iskandar menjawab dengan tidak bermaya " Dah kantoi... Abang, harini ada sorang pompuan luahkan cintanya pada saya. DIA DAH TAHU SAYA NI SEEKOR IKAN!" jawab iskan dar dengan mengejudkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience