Rate

Ini Bukan Duniaku

Fantasy Series 384

Tiap-tiap hari, aku berlagak berani sebaik sahaja aku melangkah masuk ke kelas. Aku tak pernah merasakan kehangatan persahabatan dari mereka. Malahan hanya umpat keji yang aku terima. Walaupun beberapa minggu yang lepas aku mengharapkan satu anugerah akan berlaku kerana kehadiran Iskandar, namun sejak semalam... Semua harapan aku dah hancur berkecai. Tapi aku takleh lari camtu je! Kalau nak banding dengan mama yang tengah terlantar kat hospital... Masalah aku ni kecik je! Lagipun biasalah remaja... setakat patah hati 2-3 kali pun... takde hal! Semuanya akan okey.

Sebaik sahaja Rina menolak pintu yang telah sedikit terbuka, 'BURR' sebaldi air basuhan ikan yang hanyir jatuh tepat di kepalanya. Mereka semua gelakkan Rina dengan sekuat hati. " Taniah Rina! Kau dah dapat Anugerah Marin Tahunan! Demi merapatkan hubungan kau dengan Petera Iskandar, aku dah suruh orang gaji rumah aku simpan air basuhan ikan khas untuk kau! Haha... Pastu aku suruh diorang hantar ke sekolah. Habis busuk kereta keluarga aku!" Kata Jimei dengan angkuh.

Pagi tadi aku dah tolong lima orang nenek melintas jalan pastu tolakkan dua kereta sorong... Pastu aku tolong hantarkan budak sesat jalan ke balai polis. Akhirnya aku gi sekolah gak. Tak faham betul... Akulah ikan yang paling malang dalam seluruh lautan Pasifik... Aku dah baca buku 'Menari Dengan Manusia', 'Haiwan Daratan' dan jugak 'Siapa Sentuh Ekorku?'. 'Kesakitan Duyung' pun aku dah baca. Tapi kantoi jugak dengan manusia! Lagipun... " Jangannak mengada ponteng sekolah! Kau mesti hadapi situasi ni macam anak jantan! Takdir semua duyung dalam tangan kau, tahu tak? Kau mesti selesaikan masaalah ni!" Kata-kata kakak Airis berlega-lega dikepalanya. " Takdir semua duyung... Ceh" Iskandar kata bersendirian.

Tiba-tiba ada sesuatu yang berlari di sebelah Iskandar. Iskandar menarik bahunya sambil berkata " Ah... Busuknya" kelihatan Rina sedang berlari, Iskandar memandang ke arah kelas, semua orang sedang menggelakkan Rina. " Oh... Awak ke Iskandar? Maaflah, saya ada hal lain... boleh tak saya minta diri dahulu..." kata Rina. Tiba-tiba Iskandar menarik Rina masuk semula ke kelas. "Cepat minta maaf." Iskandar kata kepada Jimei. "Apa?!" Jimei terkejud " Is...kandar" kata Rina dengan suara perlahan seperti terharu. "Ah... Kalau Iskandar dah cakap macam tu... Saya akan minta maaf! Maaflah,Rina!" Jimei kata dengan sombongnya. "Takapa." Rina menjawab. "Maksud aku... Cepat minta maaf kat ikan-ikan tu!" kata Iskandar. Jimei terkejud beruk mendengarnya. Iskandar,kau ni memang sengaja nak kenakan aku ke? Tapi wajahnya serius betul... Aku tak senang hati... Kata Jimei di dalam hati. "..." "Aku..." "Aku faham... Minta maaf, ikan-ikan... Iskandar tersenyum, dia menyarungkan Rina jeket sekolahnya dan membawa Rina keluar. Kelas menjadi sunyi sepi selepas kejadia tadi, mereka seperti masih terkejud.

Di Kawasan Sekolah Dato Amar Diraja, di atas pokok...
Kelihatannya Abang Akio sudah memerhatikan kejadian tadi dari atas pokok berdekatan tingkap bilik darjah Iskandar. Dia menelefon kakaknya Airis "Helo..." Akio cuba hendak memulakan perbualan "Helo! Kan saya dah cakap jangan telefon saya waktu berkerja! Saya tak berminat nak beli produk LV dan saya tak berminat nak sertai pekej percutian ke Hong Kong!" kata Airis dengan geram kerana mengingat itu adalah penjual barangan " Kakak, sayalah ni...~_~b" kata Akio dengan ??pelik " Oh. Akio ke? Budak tu dah kat sekolah ke?" tanya Airis " "Hadui... Dia memang dah masuk ke kelas. Tapi sekelip mata dia dah keluar dengan sorang awek..." kata Akio Apa?! Merepek betul! Kita kena hidup dengan manusia lama lagi,tahu tak? Tak guna punya adik! pergi tengok dia sekarang jugak! Ada masalah sikit je, ponteng kelas! Kalau dia berani ponteng, akak akan patahkan siripnya!" kata Airis dengan marah bercampuh terkejud "Jangan bimbang kak... Iskandar takde apa-apa..." Kata Akio cuba menenangkan kakaknya.

Di stor sukan sekolah
"Kenapa awak tak balik rumah je? Kalau orang nampak, macam mana?" Tanya Iskandar "Hal kecil je. Tak perlu balik rumah untuk perkara remeh macamni! Cikgu suruh saya bersihkan stor ni. Sebab tu saya boleh simpan pakaian sekolah spare saya kat sini! Iskandar, kalau awak pon boleh simpan barang rahsia awak kat sini gak.~ ~" Kata Rina yang sedang tukar baju dekat dalam stor. "Awak selalu ke kena camni?" Tanya Iskandar " Taklah. Ni kali pertama. " kata Rina sambil membuka pintu stor. "Maaflah, awak dah tunggu lama ke?" Tanya Rina sambil tersenyum. "Awak ni... Kenapa masih boleh tersenyum" Tanya Iskandar dengan hairan. "Sebab... Saya dapat luangkan masa dengan awak. Saya memang dah takde harapan dengan orang lain kat sekolah ni. Ini bukan dunia saya." jawab Rina.

Ini juga bukan dunia aku. Memang tiada sesiapa boleh faham perasaan kaum duyung. Di sekolah ini... dipenuhi oleh manusia. Walaupun mereka bersikap mesra dengan aku... atau menyukai aku. Aku masih rasa bahaya untuk rapat dengan mereka. Tapi... kenapa aku masih nak tinggal di sini? Dah banyak kalai aku tanya soalan tu pada diri sendir. Kata Iskandar dalam hati. "Ini bukan dunia saya sebab saya sentiasa cakap kat diri sendiri apa yang saya buat sekarang ini ialah usaha saya untuk menjadi lebih gigih dan tabah! Bila tiba saatnya saya dah cukup tabah, saya akan pergi menerokai haluan saya sendiri." kata Rina dengat bersemangat. "Haluan... sendiri?" Tanya Iskandar pelik. " Yalah! Dunia saya di masa hadapan! Di sana akan ada langit cerah, laut membiru, gula kapas dan pastinya banyak ikan yang cantik-cantik!" terang Rina "Ikan?" Tanya Iskandar lagi "Dulu ayah pernah bawak saya pergi menyelam. Masa tu ada banyak ikan berwarna-warni mengelilingi saya... Rasa macam mereka ingin berkawan dengan saya... Bahagia betul! " "Tapi, saya lagi bahagia bila awak bersama saya..." kata rina menggedik seketika "Dunia awak camna pulak?" tanya Rina "Saya?" Iskanda pelik "Saya... Ah... Saya dah lama keluar kelas ni. Baik saya balik sekarang!" Kata Iskandar seperti hendak mengelak daripada menjawap soalan itu "Iskandar, tunggu." kata Rina.
Duniaku hanya akan bahagia jika tiada manusia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience