LUM 21 | DON'T TOUCH MY GIRL

Romance Series 652754

Guru disiplin hanya menatap serius pada ketiga-tiga pelajar perempuan itu Silih berganti. Tak lain tak bukan hanya mereka saja yang selalu berbuat masalah di sekolah itu.

   "Kamu bertiga ni memang tak boleh ke tak buat masalah? Kamu tahu tak apa yang kamu bertiga lakukan terhadap kayla"

   "Kami bergurau je cikgu.." Balas  Jasmine sedikit takut . Manakala Karmila hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan Jasmine.

Sedangkan Sandra hanya beriak seperti biasa saja. Baginya apa yang dikatakan oleh Cikgu disiplin itu seperti tiada apa apa. Sebab dia sudah pasti tidak akan ada siapa siapa cikgu yang berani mahu menghukum apalagi membuangnya dari sekolah itu. Sebab kedua orang tuanya pun merupakan penyumbang terbesar di sekolah itu.

    "Dah habis cakap kan?, so kami nak keluar! " Ujar Sandra malas sebelum membawa Karmila dan jasmine turut keluar dari bilik disiplin itu.

   "Sandra!, Karmila!, Jasmine! .. Siapa yang benarkan kamu keluar! " Jerit cikgu disiplin itu. Bila dimana melihat ketiga-tiga pelajar itu sudah pun keluar dari bilik itu.

Manakala mereka hanya membiarkan saja dan terus melangkah keluar dari ruangan itu. Sebelum mereka bertiga terserempak dengan cikgu Ikmal yang kebetulan memasuki bilik itu.

   "Eh! Kamu semua nak pergi mana? " panggil Cikgu Ikmal. Tapi hanya diendahkan saja oleh mereka. Sebelum  cikgu Ikmal memasuki bilik itu untuk menemui cikgu disiplin tadi.

    "Cikgu kenapa? " Soal Cikgu Ikmal sebaik saja memasuki bilik itu dan melihat cikgu zul membiarkan saja ke-tiga pelajar itu pergi begitu saja.

    "Saya tak boleh nak uruskan mereka lagi. Cikgu sendiri tahu kan perangai degil mereka tu. Apa yang kita nak cakap pun mereka tak peduli" Balas Cikgu zul sedikit upaya untuk menjelaskannya

 * * * 

      "Kayla, kau okey tak?! " Soal Amna sedikit risau sebaik saja memasuki bilik rawatan itu.

Kayla hanya mengangguk kepala dengan pertanyaan amna.

    "Ardi apa dah jadi dengan kayla? Ada kecederaan serius ke? " Tanya Amna pulak beralih kepada Ardi pula yang masih berada disitu.

   "Kau jangan risau, sandra tak sempat buat apa apa dekat kayla. Nasib baik kami sempat halang mereka" Balas Ardi

   "Mereka dimana sekarang? Aku nak jumpa"

   "Tak perlu, mereka dah dibawa ke bilik disiplin. Jadi biarkan cikgu yang uruskan dia, kau tak payah masuk campur" Ujar Ardi.

   "Tapi mereka dah melampau kau tahu tak! Dah beribu kali dah mereka dibawa ketempat tu, tapi tak pernah serik. Tetap mengulangi perangai yang sama" Herdik Amna tidak berpuas hati.

   "Kau jangan risau, cikgu ikmal dah uruskan dia" Ujar Ardi lagi.

    "Amna, aku tak apa apa. Kau jangan lah risau" Sampuk Kayla pula.

   "Tapi kayla, mereka hampir cederakan you. Takkan nak biarkan macam tu je. Mereka dah melampau!" Bantahnya.

   "Dah kau tak payah nak cari masalah, kita pastikan saja yang sandra tak buat macam tu lagi pada kayla. Lagipun kau takkan boleh buat apa apa pada mereka" Celah Ardi, manakala Amna hanya diamkan diri memandang ke arah kayla sebelum mengangguk perlahan.
       
* * *

    "Elbiena, Cepatlah masuk. Jalan jem ke? " ujar datin Elina. Sebelum mempersilakan anak nya itu untuk masuk.

Manakala Elbiena hanya mengangguk dan terus melangkah masuk kedalam, sebelum berpelukan dengan ibunya itu.
     
   "Ni ada apa mama nak el datang sini? " tanya Elbiena sebaik saja melabuhkan punggungnya di sofa, seraya memandang televisyen yang dinyalakan. 

Belum sempat Datin Elina membalas pertanyaan anaknya itu.  Datang lah seorang wanita menyapa Elbiena yang duduk di sofa tidak sedar akan kedatangannya itu.

   "Hello miss el, how are you? " tegur wanita itu seraya memeluk bahunya dari belakang sofa.

Manakala Elbiena yang sedikit terkejut mula menoleh kepadanya melihat empunya suara itu yang tiba-tiba saja memeluknya.

   "Hedina? Argh!, Bila kau balik Malaysia?" terkejut Elbiena sebelum berdiri dari duduknya dan terus saja saling berpelukan dengan sepupunya itu.

   "Auch! I know you miss me, tapi jangan lah peluk i kuat sangat. I baru je balik semalam dengan my son. By the way how are you? Okey? Where you husband? Tak ikut sekali ke? " ujarnya sebelum mengambil langkah ke sofa untuk melabuhkan punggung nya dan duduk bersebelahan dengan wanita itu.

   "Dia busy, and you? Husband kau tak ikut kau balik juga ke? " balas Elbiena dan kembali bertanya.

    "Hurm, actually I dah cerai, sebab tu i bawa my son balik sini. Sebab i taknak dia buat apa apa kat i and anak i. " balasnya sedikit perlahan. Sebelum Elbiena membawanya ke dalam pelukkannya.

Sebenarnya hedina tidak lah terlalu bersedih kerana berpisah dengan suaminya. Yang membuatkan nya sedih kerana ia sudah salah memilih teman hidupnya.

    "Auntie ell? " Teka seorang gadis yang baru tiba disitu. Sebelum Elbiena bersamaan dengan ibunya memandang ke arahnya.

    "Hey! elena? Ingat kat auntie ell lagi ke? " ujar Elbiena sebelum berdiri menghampiri gadis itu.

   "Of course la, elena miss so much kat auntie tau.." balas Elena sebelum berpelukan dengan wanita itu.

   "So now, how Old are you? Dah besar dah eh,  last auntie jumpa Elena kecil lagi. "  ujar Elbiena meneliti anak saudara nya itu. Yang sudah kelihatan seperti orang dewasa dengan cara pemakaian nya lagi.

   "Elena dah Twenty eight dah auntie.  By the way, auntie tak bawa anak auntie sekali ke? " soal Elena bila dimana hanya melihat wanita itu sendirian saja.

Lama Elbiena terdiam diri, sambil menoleh ke arah hedina yang turut terdiam dengan apa yang dikatakan anaknya itu.  Kerana hedina juga merupakan orang yang mengetahui tentang hubungan suami isteri itu. Disebabkan Elbiena sering saja mengadu pada dia.

   "Elena, tinggalkan mama dengan auntie kejap boleh? " arah Hedina terus pada anaknya itu.

Sebelum Elena hanya mengangguk perlahan seraya memandang kedua wanita itu dan terus berlalu pergi dari situ. Dia pun malas nak ambil tahu berkaitan semuanya.

   "Kenapa kau masih nak bertahan dengan suami kau? Dah bertahun-tahun Elbiena, tapi dia langsung tak terima kau lagi sebagai isteri dia."  ujar Hedina terus sebaik saja Elena sudah berlalu pergi dari situ.

    "Aku cintakan dia, sampai mati pun aku takkan tinggalkan dia, dan takkan sanggup hidup tanpa dia. Kau sendiri tahu kan aku dah lama menaruh perasaan terhadap dia. " balas Elbiena.

   "Tapi dia tak pernah anggap kau sebagai isteri dia, kau masih berpikir yang dia akan berubah hati untuk kau Elbiena? Wake up! Dah bertahun kau jadi isteri dia, tapi dia tak pernah sukakan kau"   bidas Hedina, cuba menafikan apa yang dikatakan sepupunya itu.

   "Aku pasti yang dia akan cintakan aku, manusia boleh berubah dina  Kalau sekarang dia tak terima aku, aku pasti dia akan terima aku suatu hari nanti. " ujarnya seraya tersenyum

   "Even kau tak ada anak dengan dia? Kau still tunggu cinta dia untuk kau? " soal Hedina lagi.

Manakala Elbiena hanya mengangguk mengiyakan. Dia pun tidak terlalu memikirkan hal yang lainnya, yang terpenting baginya. Lelaki itu akan tetap menjadi suaminya sampai bila bila.

* * *

  "Kayla, kau tumpang balik dengan aku sekali eh, nanti mak aku dah sampai kita naik. Dia dah on the way tu" pinta Amna pada sahabat nya itu.

"Takpela, nanti akan ada orang jemput aku." balas Kayla

   "Oh driver kau datang jemput eh? "

Kayla hanya mengangguk mengiyakan. Walaupun sebenarnya dia tidak pasti. Sebab uncle serigala tu pun tak kata apa apa padanya.

   "Ah tu, mak aku dah sampai dah," ujar Amna seraya menunjukkan kereta berwarna hijau milik emaknya.  Sebelum kedua mereka berdiri dari tempat mereka duduki.

   "Kayla, kau sure ke nak tunggu driver kau? Apa kata kau tumpang je balik dengan mak aku, kau tunjuk lah mana rumah baru kau tu" pinta amna lagi sekali pada gadis itu sebaik membuka pintu kereta.

   "Takpe amna, kejap lagi sampai lah tu" tolak Kayla sebelum ibu kepada amna membuka cermin kereta dan memandang nya.

   "Kayla, kamu tak balik lagi? Masuklah. Biar aunty yang hantarkan balik" ujar Puan aminah pula.

  "It's okay aunty, nanti uncle saya datang jemput " balas Kayla. Seraya mengukirkan senyuman nipis pada wanita itu.

   "Okeylah takpe, aunty gerak dulu ye. Kamu hati hati ye kayla" pesan puan Aminah sebelum menutupi cermin kereta itu semula.

   "Kayla aku gerak dulu tau, ni kau hati hati eh. Kalau ada orang bagi gula gula jangan ambik tau" pesan Amna sambil terkekeh pelan.

Manakala Kayla hanya mengangguk seraya tersengih sendiri, sebelum melambaikan tangannya dengan kepergian kereta yang dinaiki sahabatnya itu.

Hampir setengah jam Kayla menunggu datangnya kereta untuk menjemput nya, tapi langsung tiada tanda kelibat kereta datang untuk menjemput nya.

   "Uncle tu tak ambik aku ke? " gumam Kayla sendiri,sedikit susah hati bila dimana hanya dia sendirian saja di bus stop berdepan dengan sekolah itu. Kesemua pelajar sudah pun balik tinggal dirinya saja.

Sebelum tiba-tiba saja satu kereta berwarna merah berhenti ditepi jalan berdepan dengan tempatnya duduk, dan keluarlah seorang lelaki kurus keding meluru ke arahnya dengan senyuman dibibirnya dan tak lari dari menatapnya atas bawah.

   "Hello pretty girl, tunggu siapa? Tertinggal bas sekolah ke? Nak abang hantarkan balik? " tegur lelaki tak dikenali itu, sambil mengigit bibirnya sendiri memandang gadis itu.

Sedangkan Kayla hanya menggeleng kepala terus sambil memandang persekitaran nya haraplah ada orang yang lalu di tempat itu. Dahlah dia mula tidak selesa dengan tatapan lelaki itu yang seperti berniat tidak baik padanya.

  "Jangan takut, abang bukan orang jahat. Nanti kalau pretty girl ikut abang. Kita singgah mana mana tempat, nanti abang belanja okey. "

Sekali lagi kayla menggeleng kepala menolak ajakan lelaki itu. Dia sudah mula tidak senang duduk. Dahlah uncle serigala itu tidak datang menjemputnya, kalau dia tahu macam ni lebih baik dia balik saja bersama dengan amna tadi.

   "Marilah ikut abang, biar abang yang hantarkan. Jom masuk kereta sekarang" paksa lelaki itu lagi, dan mula berani memaut lengan nya dipaksa untuk berdiri dari duduknya.

   "Lepas! Saya taknak! " jerkah Dea sambil melepaskan pegangan lelaki itu.

   "Dah jom, ikut abang okey pretty girl" katanya dan mula menarik paksa gadis itu untuk memasuki kereta nya. Tapi sempat Kayla mengigit tangan lelaki itu dan berhasil terlepas sebelum Kayla berlari dari situ. Dan sekali lagi dapat ditahan lelaki itu.

   "Arghh! Lepaskan saya.. Tolong!! " jerit Kayla sambil meronta-ronta dari dalam pelukkan lelaki itu. Tapi lelaki itu malah menekup mulutnya untuk tidak bersuara lagi.

Sebelum tiba-tiba saja satu pengawal datang di hadapan mereka. Dengan pantas lelaki itu melepaskan tangannya dari menekup mulut gadis itu.

   "Hey! Ada apa ni? " tanya pengawal itu, sambil memandang mereka silih berganti.

  "Pak! Tolong pak.." teriak Kayla pada pengawal itu meminta pertolongan darinya.

   "Kamu nak buat apa dekat dia ha? Lepaskan dia! " arah pengawal yang sedikit berusia itu pada lelaki yang menahan gadis itu.

  "Lebih baik kamu jangan masuk campur kalau taknak dapat masalah. " ujar lelaki itu pula, tetap bersikeras untuk menahan gadis itu.

  "Saya kata lagi sekali! Lepaskan dia! Kalau tak saya akan hubungi pihak berkuasa untuk menahan anda! " arah pengawal itu lagi sedikit tegas. Tapi langsung tak diendahkan lelaki asing itu.

  "Pak tolong saya pak! " rayu Kayla lagi. Seluruh tubuhnya sudah mengigil ketakutan pada lelaki itu.

   "Pretty girl keep quiet okey.. I taknak cedera kan you, so please stop minta tolong" ujar lelaki itu pada gadis itu.

Sebelum pegangannya dilepaskan. Dan lelaki itu terus saja pergi ke arah pengawal itu dan mengerjakannya bila dimana pengawal itu mula menyerang buatkan kayla sudah membolak mata terkejut melihat pengawal itu mati matian dibelasah olehnya.

Kayla sudah tidak tahu harus berbuat apa, nak berteriak pun tidak ada orang sekarang untuk membantunya dan menghentikan lelaki itu dari memukul pengawal tua itu. Sebelum lelaki itu berhenti dari memukul pengawal itu sedari pengawal itu pun sudah tidak sedarkan diri, dan lelaki itu kembali menghampiri nya dan terus mencengkam lengannya.

  "Kalau taknak jadi apa apa, masuk dalam kereta sekarang! " arah lelaki itu. Memaksa Kayla untuk masuk kedalam kereta nya. Kayla hanya diam dan menurut saja arahan lelaki itu. Dengan Seluruh tubuhnya yang sudah mengeletar ketakutan.

Belum sempat Kayla memasuki kereta itu. Tiba-tiba saja terdengar satu suara mencegahnya. Buatkan Kayla dan lelaki itu terus memandang pada empunya suara itu.

   " Don't touch her! " arah lelaki itu dengan aura dinginnya berhadapan dengan lelaki asing itu. Yang masih saja memegang kayla tanpa dilepaskan nya.

  "Siapa lagi yang berani nak halang aku ni. Kau nak cari mati juga ke macam orang tua tu" ujar Lelaki itu sambil memandang pada lelak yang baru datang itu sebelum memandang nya atas bawah.

   "Lepaskan dia, atau kau yang akan mati"  arah Arfaaz sinis sambil mengerling ke arah Kayla yang hanya diamkan diri memandang pada nya.

Tapi lelaki itu langsung tidak mengendahkan arahan nya. Dan terus  bersikeras memaksa Kayla masuk kedalam kereta nya.

  "Uncle, tolong Kayla.. " jerit Kayla meminta pertolongan lelaki itu, bila dimana dia sudah melihat jelas wajah lelaki itu.

   "Dah! Cepat masuk! " paksa lelaki itu lagi. Sambil menolak nolak tubuh gadis itu untuk masuk kedalam keretanya.

Sebelum tiba-tiba saja bahunya ditahan dari belakang dan sebaik saja lelaki itu mahu menepiskan tangannya. Arfaaz terlebih dahulu menahannya dan melayangkan tumbukan di wajahnya buatkan lelaki itu meringis kesakitan. Sebelum tiba-tiba saja kolar bajunya ditarik hingga jatuh tersungkur ke belakang.

   "I say don't touch that girl!  " bentak Arfaaz sambil menatap tajam pada lelaki itu sebelum Arfaaz menarik Kayla kedalam dakapannya. Dan memberi isyarat pada Arxie untuk datang ke arah mereka.

  "Hey! Kau nak apa ha! Budak itu milik aku, aku yang dapatkan dia dulu! " jerkah lelaki itu terus dengan wajahnya yang berlebam bekas tumbukan lelaki itu sebelum ia mula berdiri dari duduknya perlahan dan menatap tidak puas hati pada lelaki itu.

Sebelum tiba-tiba saja arxie datang menghampiri mereka dengan raut wajah serius  lelaki itu memandang pada lelaki asing itu.

   "Ada apa tuan? " tanya arxie terus. Sambil mengerling ke arah seorang lelaki yang menahan sakitnya itu dan kembali memandang pada Arfaaz bersama kayla.

   "Aku nak kau uruskan dia, pastikan aku tak tengok muka dia lagi" arah Arfaaz dingin sebelum membawa Kayla pergi dari situ.

Dan lelaki yang tadinya sudah melihat kepergian mereka. Mula mengambil langkah untuk melarikan diri sebelum  sempat lelaki itu pergi. Arxie sudah terlebih dahulu menahannya.

  "Kau nak pergi mana ah? Nak lari? Ha, ha.. Buang masa kau. Lebih baik kau ikut aku" ujar Arxie sinis sebelum mengunci pergerakan lelaki itu. Membuatkan lelaki tadi sudah mula panik dengan wajahnya yang sudah seperti ketakutan.
  

   "Terima kasih uncle" ucap Kayla pada uncle serigala nya itu sebaik saja mereka sudah memasuki kereta. Sebelum Arfaaz menoleh ke arah nya.

  "Kau tak apa apa? Lelaki tu ada buat apa apa lagi ke dekat kau masa aku tak datang?" soal Arfaaz terus sambil menatapi wajah gadis gadis itu.

Kayla hanya menggeleng kepala dengan pertanyaan uncle serigala itu. Walaupun sebenarnya hari ini banyak yang sudah terjadi padanya buatkan nya begitu merasa takut sekarang. Tapi disebabkan dia berada dekat dengan uncle serigala itu buatkan nya terpaksa menahan dirinya dari menunjukkan masalah nya.

  "Aku tahu, ni bukan pertama kali kau kena culik, tapi kalau ada apa apa jadi dekat kau. Jangan cuba sorokkan dengan aku, sebab nanti aku akan tahu juga even kau tak cakap" ujar Arfaaz datar. Sebelum menghidupkan kereta nya. Dan meluncur meninggalkan perkarangan sekolah itu.

Manakala Kayla hanya menundukkan wajahnya diamkan diri. Tak berani lagi dia mahu bersuara, sebab lihat dari raut wajah lelaki itu pun sangatlah tegang.

  "Tak nak cakap lagi? " tegur Arfaaz sebaik saja mereka dari tadi hanya diamkan diri.

Kayla hanya menggeleng kepala nya, dan memandang lelaki itu sekejap sebelum kembali menundukkan pandangan nya.

   " I am  sorry, sebab lambat jemput kau" ucap Arfaaz terus sambil mengerling pada gadis itu yang masih saja menundukkan kepalanya.

   "Tak apa" balas Kayla sepatah tanpa mengangkat wajahnya.

  "Aku ada hal, jadi aku terpaksa lambat untuk pickup kau. Lagipun Darell ada emergency. Wife dia melahirkan, so aku terpaksa minta Arxie untuk ikut aku" jelas Arfaaz pada gadis itu, sesekali Arfaaz mengerling pada gadis itu.

   " it's okay, maaf dah susahkan uncle " tutur kayla perlahan.

   " tak perlu minta maaf, kau sekarang tanggungjawab aku, jadi  takkan ada sesiapa yang berani untuk sakitkan kau lagi" ujar Arfaaz sambil menoleh sekilas pada gadis itu. Dan kembali fokus untuk memandu.

Sedangkan Kayla hanya mengukir senyuman nipis. Dan cuba mencuri curi pandang uncle serigala nya itu. Kalau bukan disebabkan lelaki itu melindungi nya, pasti dia akan diculik oleh lelaki asing tadi.

* * *
  "Auntie nak balik dah ke? " tegur Elena yang baru saja menuruni tangga dan menghampiri mereka.

  "Haah, dah lewat ni. Nanti suami auntie cari pula" balas Elbiena pada anak saudara nya itu.

  "Ohh, Kalau esok elena nak datang rumah auntie boleh? " katanya begitu teruja mengharapkan wanita itu mengiyakan nya.

   "Sure, no problem dear. Kalau elena nak datang kat rumah auntie boleh je. Nanti auntie bagi alamat, so esok Elena boleh datang okey. " balas Elbiena diikuti senyuman nya. Buatkan Elena mula tersenyum lebar. Dan memeluk tubuh mak saudara nya itu.

   "Okey!, nanti esok elena datang. By the way take care. Elena nak pergi tempat lain dulu" ujar Elena sebelum meminta diri pergi dari situ.

 
  "Takpela aku balik dulu, nanti kalau ada masa kau datang lah rumah aku. " ujar Elbiena sebelum  berpelukan dengan sepupunya itu. Dan berpindah arah pula pada ibunya datin Elina.

   "Okey, don't worry. I will visit you nanti. Tapi bukan esok, sebab aku ada benda nak kena buat dulu" balas Hedina. Pada sepupunya itu.

  "Okeylah, El balik dulu mama, dina. " ujarnya pula pada mereka sebelum mengambil langkah menuju ke arah kereta nya.

  "You take care ye. Ada apa apa just call mama" pesan Datin Elina sebelum melambaikan tangannya pada anaknya itu.

* * *

Sebaik Saja Kayla mengikuti Uncle serigala nya itu masuk kedalam satu bangunan. Kayla mula mengejar langkah lelaki itu sebelum bertanyakan sesuatu.

  "Kita nak buat apa datang sini? " soal Kayla pelik, bila dimana lelaki itu membawa nya ke tempat itu semula

    "Kenapa tak boleh ke? Or you don't like this place?" soal Arfaaz pula kembali. Buatkan Kayla kembali terdiam dengan balasan uncle serigala itu
  
  "Tempat ni bosan lah" desis hati Kayla sendiri. Sebelum mengikuti saja uncle serigala itu. Nak cakap lagi tak pasal-pasal ia kena marah. Lebih baik diam daripada lelaki itu mengamuk padanya.

Sebaik saja mereka berdua masuk kedalam satu tempat, uncle serigala itu terus saja bergerak laju meninggalkan nya. Buatkan Kayla terus saja mempercepatkan langkahnya untuk mengejar langkah lelaki itu. Sebelum tiba-tiba saja kakinya tersandung, buatkan nya hampir saja jatuh tersungkur ke lantai. Untung sempat disambut oleh seorang lelaki yang berada di situ.

   "Are you okey? " tanya Zyan pada gadis itu. Sebelum Kayla menepiskan tangan lelaki itu dari memegang nya lama. Dan hanya mengangguk mengiyakan saja.

   "Tak sangka jumpa Kayla lagi, remember me?" ujar lelaki itu lagi. Seraya mengukirkan senyuman pada gadis itu.  Sebelum tiba-tiba mereka didatangi beberapa staf lelaki disitu.

   "Zyan, dia tak apa apa ke? " tanya salah seorang staf lelaki itu.

  "Tak apa, aku sempat sambut dia tadi" jawab Zyan seraya tersenyum sendiri.

Manakala Kayla hanya diamkan diri menundukkan pandangan nya. Dengan senyuman tawar diukirkan dibibirnya. Entah nak pergi kemana dia sekarang. Dahlah dia sudah disekeliling beberapa lelaki disitu. Dengan uncle serigala itu pergi begitu saja meninggalkan nya.

  "Kayla, you sure tak apa apa? " tanya Zyan lagi, menyedarkan lamunan gadis itu. Sebelum Kayla mendongak memandang lelaki itu dan hanya tersenyum menandakan dia baik baik saja.

  "Sorry, saya pergi dulu" ujar Kayla sebelum meminta diri untuk beredar dari situ. Belum sempat ia mahu pergi. Pergelangan tangannya terus saja dipegang, buatkan Kayla kembali membalikkan badan nya melihat orang yang menahannya itu.

   " boleh saya, -" ujarnya, dan belum sempat ia menghabiskan ucapannya. Tiba-tiba saja Arfaaz datang menuju menghampiri dengan suara dingin nya menyampuk ucapannya.

  "Don't touch her, and Kayla, masuk office aku sekarang! " arahnya, buatkan Zyan terus saja melepaskan pegangannya. Manakala Kayla terus saja berlari tergesa-gesa untuk pergi menuju ke bilik pejabat lelaki itu.

Dan yang lainnya, terus saja kembali ke tempat duduk masing-masing bila melihat tatapan tajam lelaki itu. Sebelum Arfaaz pergi dari situ untuk menyusuli Kayla yang sudah berlalu pergi itu. Tahu la dia apa nak buat pada gadis itu.

Manakala Zyan hanya menundukkan kepalanya, tanpa bertatapan dengan lelaki itu yang sudah pun berlalu pergi dari situ. Nasib baiklah lelaki itu tidak terlalu memarahinya tadi. Kalau tak habis lah dia.

   "Zyan kau okey ke?"  tanya Arxie terus sebaik memasuki pantry diikuti Darwish.

  "Aku dengar kau dah buat tuan Az marah? Kau biar betul? " soal Darwish pula.

   "Aku okey jela, tuan Az pun tak cakap apa apa lagi. Tak payah tahu lah" balas Zyan malas.

  "Kau mesti usik Kayla kan?, eh kau ni nak cari nahas ke ha? " ujar Darwish pada lelaki itu.

   "Nahas apa pula kau ni, aku tak buat apa apa pun. Aku tadi nak tolong kayla hampir terjatuh je, salah ke? " jawab Zyan. Cuba untuk mengubah pikiran kedua lelaki itu padanya.

  "Tak kisahlah apapun, asal jangan kacau Kayla. Aku dah cakap awal awal dekat kau kan, jangan cuba nak berpikir untuk dekat dengan Kayla. " ujar Darwish lagi

  "Aku tak buat apalah gile, takkan aku nak biarkan Kayla terjatuh? Lagipun Kayla hanya di bawah jagaan tuan disebabkan permintaan tuan harith, jadi tak apa pun yang nak dipedulikan. Sebab tuan pun dah ada isteri, and semestinya tuan anggap Kayla like her daughter kan? " ujar Zyan panjang lebar.

Entah kenapa dia seperti merasa sesuatu bila berdepan dengan gadis itu. Walaupun Zyan merupakan lelaki yang suka bermain perempuan. Tetapi bila dengan gadis itu buatkan perasaan nya merasa lain. Adakah ini dikatakan cinta? Atau semata ingin mencari pemangsa baginya?.

   "Kayla tu so beautiful, and mustahil bila lelaki tengok dia lelaki tu tak suka. Termasuklah aku sendiri" ujar Zyan lagi seraya tersenyum sendiri.

Buatkan Darwish berserta Arxie hanya memandang sesama sendiri sebelum berbalik menghadap lelaki yang diangau cinta itu.

  "Kau jangan nak tunjuk hidung belang kau kat sini Zyan, Kayla tu bukan macam perempuan lain yang kau permainkan. Kalau jadi apa apa dekat Kayla siap kau dikerjakan."  ujar Darwish dengan raut wajah bengisnya.

"Tak Salah pun kan? Lagipun mustahil aku nak permainkan Kayla. I like her, and fall in love with her. Jadi kau tak perlu risau pasal tu" balas Zyan Selamba. Buatkan Darwish terus saja menarik kolar bajunya. Dengan wajah amarah lelaki itu

  "Jangan pernah dekati Kayla! I don't believe you!!" herdik Darwish sambil menatap tajam pada lelaki itu, manakala Zyan hanya beriak seperti biasa saja seraya tersenyum sinis mendengar amaran lelaki itu.

  "Darwish! Stop! Jangan nak buat perangai kat sini" halang Arxie, sebelum melepaskan tangan Darwish dari menarik baju Zyan bila dimana kedua mereka hampir saja bergaduh disitu. Dua lelaki ni tak gaduh memang tak sah.

   "Kau tak boleh nak arahkan aku!.. Jadi  It's up to me" ujar Zyan sinis.

Belum sempat Darwish mahu melayangkan tumbukan pada lelaki itu, Zyan terlebih dahulu beredar dari situ. Manakala Arxie terus saja menghalang Darwish dari mengejar kepergian Zyan.

   "Asal dengan kau ni!" soal Arxie pada lelaki itu. Sebelum Darwish menepis tangannya.

  "Diam ah! " bentaknya, sebelum Darwish berlalu pergi dari situ.

Manakala Arxie hanya memandang kepergian mereka seraya menarik nafas dalam. Pasal satu perempuan saja boleh buat mereka bergaduh.

Share this novel

lovelysu
2023-03-29 14:55:35 

asal jadi Him sis bukan her


NovelPlus Premium

The best ads free experience