Rate

demi CINTA

Short Story Series 2995

"Ghazwul Fikri atau nama femesnya GF." Ringkas kakak muwajjih memberitahu tajuk besar daurah untuk kali ini. Beberapa anak kumpulan usrah yang digabungkan menjadi sebuah kumpulan cinta dengan mata yang terkebil- kebil memandang ke depan. Salah seorang anak usrah ParaPencariCinta (PPC), yakni Ima lincah tangannya menulis tajuk besar daurah mereka.

"Ima? Pernah dengar pasal GF?" Tiba- tiba nama Ima dipanggil kakak muwajjih tersebut. Panik seketika sehingga menyebabkan penutup pen tercampak ke tepi. Dalam diam, sang murrabi PPC tersenyum melihat telatah anak usrah kesayangannya. Perlahan Ima menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kelat.

"Yang lain tahu?" Tanya kakak muwajjih lagi. Masing- masing jujur menggelengkan kepala. Ima menghela nafas lega apabila mengetahui bukan dirinya sahaja yang belum mengetahui tentang GF. Ima berpendapat mungkin anak kumpulan usrah yang lain juga masih baru dalam tarbiah. Sama seperti dirinya yang kini sudah hampir 6 bulan berada dalam tarbiah. Namun Ima sedia maklum, bukan tempoh masa yang menjadi ukuran sebaliknya apa yang dihadam serta dicerna dalam tarbiah itu yang harus ditanya. Sebanyak mana tarbiah itu mampu dipraktikkan dalam hidup kita?

Begitu tertil kakak muwajjih membicarakan tentang GF. Menurut kakak muwajjih, GF adalah Perang Pemikiran yang digunakan terhadap umat Islam pada kini. Motif utama GF tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjauhkan umat Islam dari Al Quran. Al Quran merupakan sebuah kitab suci yang diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Namun Al Quran jika tidak diamalkan, samalah seperti buku biasa yang seusai dibaca diletakkan kembali ke rak buku. Dibiarkan berdebu tanpa disentuh sehingga tiada beza dengan manuskrip lama.

Perbezaan GF dan PF (Perang Fizikal)
1) GF
~ Tiada pertumpahan darah
~ Kos senjata tidak diperlukan
~ Cepat dan mudah sampai
~ Sasaran lebih luas (melalui bacaan, media, makanan)
~ Mangsa tidak sedar diperangi

2) PF
~ Nyawa ramai terkorban
~ Kos yang tinggi diperlukan
~ Sasaran terhad

Sambil mendengar muwajjih didepan, pen di tangan Ima masih lincah menari di atas buku catatan. Highlight milik kak Sabriah yakni usrahmates PPC dipinjam bagi mewarnakan topik- topik kecil yang dicatatnya. Sesekali tengkuk Ima memanjang ke sebelah memandang nota seorang lagi usrahmatesnya yakni IU. ajuga merupakan ahli PPC. Memeriksa jikalau ada poin poin yang tertinggal.

Daurah berlangsung selama 1jam 30 minit. Tempoh masa yang penuh dengan ilmu- ilmu baru. Ima tersenyum sendiri namun tetap kelat. Sungguh tajuk daurah kali ini benar benar memberi "heartshots" pada dirinya. GF tanpa disedari telah mengelilingi dirinya.

Contoh mudah, lihat sahaja pada telefon pintar miliknya. Senarai aplikasi pada telefon dipandang, ditenung. Sang Murrabi yang melihat anak usrahnya seperti dilanda kebingungan segera merapatinya.

"Kakak, perlu ke sy buang apps dalam fon saya ni? Ada bla.. bla.. bla..." Tanya Ima dengan wajah polosnya. Kak Sabriah dan IU turut menghalakan pandangan ke arah murrabi kesayangan mereka apabila mendengar pertanyaan cepumas daripada Ima. Sang Murrabi tersenyum sambil menghulurkan segelas air teh susu kepada Ima. "Jzkk" Ucap Ima ringkas.

"Kalau Ima rasa apps tu menjauhkan, melalaikan Ima dari Allah, wajib untuk Ima buang. Tapi kalau semuanya masih terkawal, its ok untuk Ima tetap install apps tu. TAPI... ALLAH is tetap number 1.

"Tapi kak..." Belum sempat Ima menghabiskan ayatnya sang Murrabi terus mencelah,

"Memang kita akan rasa berat untuk tinggalkan benda yang kita dah terbiasa buat selama ni. Tapi jika benda tu menjadikan tahap iman kita semakin turun, tak salah untuk kita berkorban kerana Allah. Kata nak cinta Allah kan... nampak remeh, tapi benda yang kita pandang remeh jika buat kerana Allah, benda tu lah yang Allah pandang besar disisi Dia." Panjang lebar sang Murrabi menjelaskan kepada anak usrahnya itu.

Ima, Kak Sabriah dan IU, mengangguk faham. Penjelasan daripada Murrabinya itu benar- benar membuatkan jiwanya tersentuh. Lagi- lagi bila soal cinta Allah yang menjadi sumber inspirasi untuk terus berada dalam medan tarbiah.

"Kerana CINTA, aku kena berkorban. Walaupun sikit. Takpalah Ima. Allah pandang usaha. Trust your LOVES~" Monolog Ima sendirian sambil perlahan- lahan menghirup air teh susu yang masih panas.

Alhamdulillah~~~~ [TAMAT]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience