Jam di dinding menunjukkan pukul 1.15 tengahari. Im dari tadi tidak berhenti mundar mandir di ruang tamu rumah. Sesekali dia juga ke muka pintu sambil matanya ligat memandang sekeliling. Raut wajahnya jelas kelihatan risau, takut.
"Im, tolong mak kejap." Beritahu si ibu sambil menepuk lembut bahu Im. Pandangan Im segera dihalakan ke arah ibunya. Sekeping kad isi semula DiGi dihulurkan kepada Im. Im mengangguk tanda memahami tanda arahan ibunya. Kad isi semula kredit telefon itu digoresnya. Kemudian, lincah tangannya menari menekan punad- punad telefon bimbit milik ibunya itu.
"Sekejap lagi Yah tu datanglah. Tak payah tunggu." Tiba- tiba si ibu bersuara. Wajah ibunya dipandang, namun masih tiada sekilas pun senyuman diberikan.
"Lumrah orang berniaga Im. Memang akan selalu ada untung dan rugi. Hari ni kita naik, belum tentu hari esok jugak kita akan lalui hari yang sama. Kalau hidup ritmanya sama, bosanlah hidup ni." Tambah si ibu lagi.
"Haa, tu. Yah dah datang." Sambil menunjuk ke arah muka pintu.
"Assalamualaikum..!" Sebuah salam diberikan. Masing- masing menjawab "waalaikumussalam". Setelah membuka kedua- dua kasutnya, Yah menghampiri ibu dan kakaknya untuk menyalami mereka berdua. Sebuah pandangan kosong dihalakan ke arah kakak sulungnya Im.
"Kak Im, adik minta maaf. Hari ni adik dapat jual RM5 je. Pelanggan ramai lari beli dekat kawan sekelas adik. Lepas tu, dia orang komen, apa yang kawan adik jual tu lagi sedap dan nampak menyelerakan. Adik tengok pun macam nak terliur jugak. Heheee." Beritahu Yah diakhiri dengan ketawa mengekeh- ngekeh. Im menghela nafas panjang.
"Adik pun hairan, apa mimpi dia entah tiba- tiba nak berniaga sama. Sebelum ni elok je dia jadi pelanggan tetap adik. Tup tup, dia pulak nak ikut macam adik. Rasa macam nak eee, nak sound je kat dia. Apsal sibuk sangat eh?" Yah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya. Mulutnya dimuncungkan sambil tangannya dibuat seperti dalam keadaan ingin melumat sesuatu.
"Eh! Eh! Tak baik cakap macam tu. Biarlah kawan adik tu. Dia pun nak cari rezeki jugak macam akak kan.." Im cuba meredakan keadaan. Sebuah senyuman dihulurkan kepada Yah dengan harapan semoga senyuman itu bisa meyakinkan kepada adiknya bahawa dia tidak apa- apa. Dengan kata mudah, ingin menunjukkan bahawa yang dia seorang yang kuat, tabah di hadapan adiknya. Walaupun hakikatnya Im kecewa dengan pendapatan hasil jualannya pada hari itu. Hanya cukup untuk membeli modal. Untuk gaji adiknya serta dirinya sendiri pun tidak cukup.
Si ibu, membiarkan kedua- dua anaknya berbual. Sengaja si ibu meminta diri untuk berehat di bilik sebentar. Yah masih tidak berpuas hati. Dahinya berkerut apabila memandang wajah Im yang hanya selamba apabila dia memberitahu bahawa mereka rugi besar pada hari itu. Sebaliknya, berita yang disangka duka memberi senyuman pula diwajah kakak kesayangannya itu.
"Tapi kakak, adik tak kisah kalau dia nak berniaga jugak ke apa. Yang adik kisah bila dia jual benda yang adik turut jual ni haa. Siapa yang tak angin kak.." Beritahu Yah lagi dengan nada kesal.
"Takpalah dik. Em.. Mungkin akak masak tak sedap. Memang patut pun kawan adik lagi banyak hasil jualannya dari kita. Lagipun adikkan dah pernah komen, apa yang akak masak ni rasa dia tak kekal. Kejap sedap, kejap tak, kejap tak ada rasa." Im cuba memujuk adiknya satu itu.
"Tapi kak.." Belum sempat Yah mencelah, Im terus memotong percakapan adiknya.
"Tak ada tapi- tapi. Akak tak rasa kawan adik tu yang salah kat sini. Dalam hal ni, akak yang bersalah. Sebab tak sungguh- sungguh nak jaga citarasa pelanggan. Tak apa, ambik pelajaran dik. Akak akan usaha, akak kena buat lebih lagi lepas ni. Supaya adik dapat banyak tempahan dari biasa. Ok?" Sambil menaikkan simbol ibujari ditunjukkan kepada Yah.
"Ok kak! Terima kasih sebab percaya adik. Mungkin salah adik jugak. Sebab tak perihatin pada apa yang pelanggan mintak." Masing- masing memberikan sebuah senyuman. Tiba- tiba terlintas di fikiran Im untuk menambah sedikit lagi nasihat beserta motivasi daripada apa yang mereka dapat hari itu.
Teringat kata murrabi usrahnya,
"Kita kena alert dengan semua benda sekeliling kita. Sebab kita mungkin tak tahu dengan cara tu Allah nak tunjukkan sign cinta Dia pada hambaNYA"
"Mungkin ini tarbiah dari Allah untuk aku muhasabah." Kata Im di dalam hati kecilnya.
"Haa, macam tu jugak kita dengan Allah dik. Allah dah bagi macam- macam nikmat pada kita untuk kita syukuri. Nikmat bernafas, makan, tidur dan lain- lain. Tak terkira dik semua tu. Bayangkan kalau setiap sedutan nafas kita Allah cas. Satu sedutan seringgit. Maunya kita tak sesak nak bayar.
Kaitannya dekat sini, kita selalu nak jaga hati pelanggan. Nak puaskan pelanggan. Tapi kita sendiri tak buat macam yang mereka nak. So, takda poinlah mereka nak tempah dengan kita. Nak katanya kat sini, kita ni dah dapat macam- macam nikmat, tapi kita taknak ikut cakap Allah. Sepatutnya bila Allah bagi dah macam- macam, kita kena buat lagi lebih untuk Allah. Allah tak pandang hasil. Tapi Allah pandang usaha kita untuk lebihkan Allah dalam setiap urusan.
So, bila Allah dah bagi nikmat jualan kita untung, cuba fikir. Berapa kali kita tunjuk effort kita untuk buat lebih pada Allah lepas dapat nikmat? Ke tak terfikir langsung. Jadi lepas ni, akak nak kita sama- sama buat lebih untuk Allah. Tak kira dalam keadaan susah ataupun senang ek? pinky swear?" Beritahu Im panjang lebar sehingga membuatkan mulut Yah terlopong mendengar syarahan kakaknya.
"Wahhh. Kakak. Lepas ikut usrah, ayat akak makin power la. Boleh tak kakak ulang lagi, nak up kat status fac, hashtag #kakakkuGST"
"GST?" Tanya Im kehairanan.
"Ala... GST= Geng Suka Tarbiah. Hehee." Im tersenyum lebar mendengar kata kata adiknya itu.
"Hehee. Pandailah adik ni. Petang ni akak belanja ABC, sambil buat sharing sikit." Bijak Im dalam usaha menarik adiknya ke medan tarbiah. Sengaja ABC disebut bagi membuatkan adiknya terus bersemangat mengikut kebaikan.
"Orite. Nanti adik ajak makcik tapah sekali dan bff adik si syaf dan si maya."
"Eh!" Belum sempat Im menghalang, Yah terus berlari menuju rumah makcik tapah.
"Terpaksalah korek tabung belanja mereka. Huu. Takpa Im, takpa. Demi kebaikan mereka berkorbanlah sikit. Ingat. Allah tak pandang hasil. Allah pandang usaha. Siapatahu mereka ni akan jadi pelapis medan dakwah selepas ni. Amiinn. In shaa Allah..."
Hari terang benderang seolah olah merestui rancangan tarbiah Im pada hari itu.. ~Alhamdulillah #tamat.
Share this novel