Rate

MATA

Horror & Thriller Series 587

(Di stesen bas)

"Gila betul kemalangan tadi! Macammana kereta tu boleh terpusing macam tu, Raf? Lepas tu bahagian depan tu rosak teruk macam langgar gajah. Pelik betul."

Dua pelajar sekolah menengah sedang asyik membincangkan mengenai kemalangan yang berlaku sebentar tadi. Kejadian itu berlaku 300 meter di hadapan mereka ketika mereka sedang menunggu bas untuk ke sekolah.

"Entahlah Loq. Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak atau mengelak haiwan yang melintas depan mereka. Tapi kalau tengok dari keadaan kereta, kemungkinan besar mereka terlanggar tiang lampu sebelum tergolek tadi. Sebab kita hanya tengok scene golek-golek je sebelum terhenti. Kau rasa macammana?" Jawab kawannya yang memakai cermin mata. Wajahnya mengambarkan situasi yang berlaku.

"Aku rasa kau dah melalut jauh. Takkan dah langgar tiang masih boleh berpusing-pusing. Mengarutlah. Eh! Bas dah sampai. Jom!"

Mereka bergegas menaiki bas secepat mungkin. Ketika Raf atau Mohd Ashraf melihat ke arah tempat kemalangan, sesuatu menganggu penglihatannya. Beberapa kali dia membuka cermin mata dan mengosok mata kirinya.


Satu lembaga muncul tidak jauh dari kereta yang remuk dan menghilang. Wajah lembaga yang berupa manusia biasa tetapi berlumuran darah membuatkan hatinya gementar.

(Di Balai Bomba)

Kelihatan Fiqri sedang termenung sambil menolak sayur kangkung di dalam pinggan ketika selesai makan tengahari. Wajahnya yang berkerut menambahkan lagi kedut yang sememangnya ada di wajahnya.

"Hoi! Jauh termenung. Sayur tu makanlah Fiq. Jangan buang. Tak elok membazir. Makan sayur ni Bagus sebab dapat membuatkan badan kau jadi 'tough' macam aku." Salah seorang kawan bombanya duduk di hadapan Fiq sambil menatang tray makanan. Fiqri hanya menjeling.

"Aku dah memang 'tough'. Tak payah nak makan sayur ni semua. Berbanding badan kau dengan aku, aku lagi okay."


Setepek diberi oleh Fiqri terkena batang hidung kawannya.

"Ala... kau ni Fiq. Sensitif pula hari ni. Aku bergurau jelah. Yang kau ni dari tadi muka berkerut macam cencurut ni kenapa? Ada masalah ke? Aku boleh tolong kalau kau cerita kat aku." Balas si botak sambil menyuap nasi kedalam mulut. Lama Fiqri terdiam sebelum menjawab.

"Aku masih fikir pasal kemalangan pagi tadi. Aku tak pasti adakah makhluk yang aku lihat dalam longkang tu betul manusia atau mainan mata aku je? Aku pasti sangat aku nampak budak tu terbaring dalam tu, Hairi. Serius!"

Meja ditepuk Agak kuat sehingga menarik perhatian beberapa ahli bomba lain yang sedang menjamu selera.

"Jaga adab ketika makan Fiq. Jangan emosional sangat. Nanti orang fikir buruk pasal kau. Aku pun tak tahu nak komen apa pasal kemalangan tadi. Tapi yang dapat aku simpulkan disini, kemalangan tu bukan kemalangan biasa. Sebab selama aku berkerja 7 tahun ni, ini pertama kali aku tengok kemalangan yang macam tu. Kereta yang remuk teruk dengan dua mangsa yang berada dalam kereta. Tak ada kereta lain yang terbabit. Nak kata langgar tiang eletrik, aku siasat tadi tak ada kesan kat mana-mana tiang pun. Nak kata pokok, pun tak ada." Hairi menyambung makan.

"Itu yang aku pelik. Tak ada kesan lain yang boleh kita sabitkan bersama dengan kereta tu. Jalan clear, tak ada kesan tayar kereta lain dan tak ada saksi yang tampil untuk bagi keterangan. Mereka kata mereka tengok kereta tu dah tersadai kat situ baru mereka datang. Penduduk kat situ kata tak nampak apa-apa yang pelik. Tapi kesian kan... Seorang mangsa meninggal dunia dan seorang lagi parah dan masih koma di hospital. Tak tahu siapa mereka ni. Identiti masih belum dikenal pasti." Cerita Fiqri serius.

"Tak apalah. Kita serahkan pada orang atasan untuk siasat benda ni. Kita tak boleh masuk campur sangat perkara-perkara yang diluar kuasa kita. Hei Fiq! Jadi ke kau join seminar yang pihak kita anjurkan tu? Kau sebagai wakil kita wajib ada dalam seminar tu." Hairi menghabiskan sisa makanannya. Dihirup air milo ais disebelah kiri sehingga habis.

"Kenalah pergi. Dah nama aku yang kena panggil. Tak pergi nanti mengamuk sir misai kita. Dia kalau jerit boleh dengar satu Balai, tau! Jangan cari pasal." Fiqri mula menunjukkan perangai membawangnya. Satu tepukan di bahu memeranjatkannya. Haris senyum-senyum kambing.

"Apa yang awak cakap tadi, Fiqri? Saya tak berapa dengar." Fiqri menoleh kebelakang perlahan-lahan. Bahu ditekan kuat.

"Sir... tak nampak Sir tadi. Nak makan?" Fiqri tersengih-sengih.


*********************

(Pukul 2 petang)


Ashraf masih keluh kesah di tempat duduknya. Guru yang mengajar masih menyambung pembelajaran yang tertangguh. Semua mata pelajar fokus kepada guru dihadapan. Namun Ashraf masih resah. Anak matanya melilau kesana sini. Cermin mata yang diletakkan di atas meja dipakainya semula selepas dilap peluh yang menitis.

"Raf... Raf... Kau okay tak?" Bisik Haris yang berada di belakangnya. Ashraf menggeleng kepala.


Selepas setengah jam menahan keresahan, akhirnya Ashraf mengangkat tangan meminta ke tandas. Sebaik sampai dikawasan tandas, Ashraf berjalan lurus sampai ke surau sekolah. Dia membuka kasut dan berlari naik ke surau yang terbuka pintunya.

"Kenapalah kau ikut aku? Apa salah aku sampai kau ikut aku hari ni? Pergilah jauh-jauh. Aku taknak kawan dengan kau!" Jerit Ashraf seorang diri di dalam surau. Matanya tertumpu pada tiang surau di hadapan pintu.


Bayangan seorang remaja yang berlumuran darah dapat dilihat oleh Ashraf sejak dia tiba di sekolah pagi tadi hingga sekarang. Bayangan itu semakin lama semakin dekat. Jarak mereka hanya 100 meter antara satu sama lain.


Walaupun Ashraf sudah biasa dengan keadaan seperti ini, kali ini bayangan yang muncul lebih nyata dari sebelumnya yang samar-samar menakutkan Ashraf. Air hangat mengalir dari hidungnya. Ashraf menyentuh secepatnya.

"Ni yang aku tak suka ni! Keluar darah pula! Kau nak apa? Pergilah!" Jerit Ashraf lagi selepas mengelap darah dari hidung dengan lengan baju.


Ashraf mendekatkan diri ke bahagian terletaknya al-quran dan Yassin. Dia cuba menenangkan diri dengan membaca dan menghafal al-quran. Dia berharap bayangan itu akan hilang dengan bantuan dari-nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience