Rate

KEMALANGAN MAUT

Horror & Thriller Series 587

(Di sebuah jalan raya)

"Semua ke tepi! Bagi laluan! Jangan halang kami bertugas!" Dua anggota polis sedang menjaga keadaan yang kelam kabut di tepi jalan raya. Siren bomba kedengaran nyaring.

Anggota bomba juga telah sampai untuk memberi bantuan. Sebuah kereta yang remuk teruk di bahagian depan terbalik di tepi jalan. Dua orang mangsa berusaha dikeluarkan dari dalam kereta. Ambulans juga akhirnya sampai di tempat kejadian. Dua orang nurse lelaki memeriksa keadaan mangsa yang parah. Salah seorang dari mereka sudah kehilangan nyawa. Mereka cuba menyelamatkan seorang lagi.

"Kita bergerak sekarang! Cepat!"

Ambulans bergegas pergi sambil diiringi oleh anggota polis. Bomba masih di tempat kejadian untuk memeriksa keadaan kereta yang remuk jika ada sebarang masalah lain.

Ketika salah seorang ahli bomba yang memakai lencana nama 'Mohd Fiqri' sedang leka memeriksa keadaan tepi jalan raya, dia terpandang sesuatu di tepi longkang yang agak dalam.

"Ya Allah! Ada mangsa lagi! Team! sini!" Fiqri memanggil ahli pasukannya. Disaat rakannya sampai, tiba-tiba sahaja angin kuat menerpa ke wajah Fiqri.

"Mana? Takkanlah kita boleh terlepas pandang mangsa lain. Sedangkan ramai yang tolong tadi. Kau jangan buat hal Fiq."

"Betullah! Tadi ada orang dalam longkang ni. Cuba kau tengok! Ada... " Semua mata memandang ke dalam longkang dan sekilas merenung wajah Fiqri.

"Apa?"

"Mana ada siapa-siapa! Kau ni kan! Dah! Jom balik Balai. Tak payah layan imaginasi Fiqri ni." Ajak ketua Bomba.


Anak-anak buah yang lain mengikut belakang ketua mereka dengan keluhan berat meninggalkan Fiqri yang menggaru belakang kepala.

"Betul ke apa yang aku tengok tadi? Aku rasa aku memang tengok ada seorang remaja lelaki dalam longkang ni. Takkan mainan mata je. Atau hanya mainan syaitan?" Kata Fiqri perlahan.


Kesemua ahli bomba meninggalkan tempat kejadian. Kes ini telah diambil alih oleh pihak polis dan kereta yang remuk juga akan dikendalikan oleh yang berkenaan. Orang ramai juga beransur pergi. Kejadian yang teruk itu memeranjatkan pengguna jalan raya yang lain. Kereta yang elok meluncur di atas jalan secara tiba-tiba melanggar sesuatu yang tidak dapat dilihat dan terbalik untuk beberapa kali sebelum berhenti di tepi longkang. Yang menjadi persoalan, benda apakah yang dilanggar oleh mereka sehingga berlakunya kemalangan ini?

Kelibat seseorang yang sedang berdiri di tepi jalan yang kelihatan ghaib di mata manusia lain sedang memerhatikan kereta yang rosak teruk itu. Semakin lama semakin mendekat dan akhirnya hilang apabila ianya memegang bonet kereta.

(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience