Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku melihat keliling tempat aku terbaring agak pelik.Kerana aku melihat ada berapa buah katil di tepiku. Aku juga melihat Haziq dan mak ada di sisi katil. Aku memadang pada mak dan Haziq agak kehairanan.
"Zara dekat mana ni?" tanyaku agak pelik.
"Sayang ada dekat wad hospital sekarang ni" jawab Haziq.
"Tadi Zara pingsan masa nak masuk dalam rumah. Sebab tu mak minta Haziq bawa Zara pergi hospital," kata mak sambil memadang padaku yang terbaring.
Aku melihat ada jarum di belakang tapak tanganku.Jarum tersebut bersambung dengan wayar air ubat yang tergantung di tepiku.
"Zara sakit apa ni?" tanyaku agak risau.
Yalah aku muda lagi kot,janganlah aku ada penyakit yang merbahaya. Belum puas lagi aku nak berdating dengan suamiku ni. Dah la pagi tadi aku ikut mak aku tak minta izin dulu dekat Haziq suami aku ni.
"Jangan risau la,sayang tak sakit apa pun", kata Haziq sambil tersenyum padaku.
" Kalau tak sakit kenapa ada jarum dekat tangan sayang ni?Kenapa kena masuk air dekat jarum tu?",kataku agak risau,hati aku jangan nak kata memang rasa takut sebab sebelum ni aku tak pernah masuk hospital.
"Zara nak tahu Zara sakit apakan. Suami Zara ni yang buat Zara sakit sebenarnya", kata mak sambil memadang pada Haziq.
Aku lihat Haziq suamiku seperti salah tingkah bila mak mengatakan dialah penyebab aku sakit. Hati aku semakin risau bila mendengar apa yang mak katakan.
"Abang buat apa dekat Zara sampai Zara dapat penyakit ni?" tanyaku sambil mataku mula berkaca-kaca.
"Zara jangan risau abang akan jaga dan ikut apa saja yang Zara nak selama 9 bulan," kata Haziq padaku.
"Apa! Zara cuma boleh hidup selama 9 bulan je. Zara tak mahu mati muda" kataku sambil air mataku mula bertangkung membasahi pipi.
"Sayang tak akan mati. Sayang dan abang yang akan jaga anak kita yang ada dalam perut sayang ni", kata Haziq sambil tangannya mula mengusap perutku yang masih rata.
Aku agak terkejut bila mendengar kata-kata suamiku itu. Aku tak sangka akan mengadung secepat ini. Apa lagi ini adalah anak aku bersama suami pujaan hatiku.
" Betul ke sayang mengandung ni?"tanyaku agak kurang percaya.
"Betul la kamu tu dah mengandung.Mmmh,mak baru nak bagi cadangan untuk kamu sambung berlajar. Tapi nampaknya tak boleh la,sebab kamu pula dah mengandung. Sekurangnya tak lama lagi dapat la mak timang cucu," kata mak sambil memelai rambutku.
"Maaf dah kecewakan mak" kataku serba salah.
"Tak pa, mak tak kisah. Okay la mak nak balik dulu...Haziq kau jaga la Zara ni baik-baik", kata mak.
"Saya janji akan jaga Zara sebaik mungkin," kata Haziq pada mak.
Hati aku rasa berbunga-bunga bila mendengar kata-kata Haziq pada mak. Aku dan Haziq menyalami tangan mak sebelum mak keluar meninggalkan wad untuk pulang.
"Sayang nak makan apa? Abang akan pergi beli untuk sayang. Mak kata sayang belum makan lagi dari tengahari tadi",tanya Haziq sambil tangannya mengengam tapak tanganku.
" Sayang nak makan nasi ayam je la,"jawabku.
"Okay, sekarang juga abang akan pergi beli nasi ayam untuk sayang", kata Haziq sambil melepas gengaman tangannya pada tapak tanganku.
" Abang jangan pergi lama sangat. Sayang dan anak dalam perut ni dah lapar nasi ayam ni",kataku.
"Yalah,abang tak akan pergi lama. Nasib baik la sayang minta nasi ayam je. Tak minta yang pelik-pelik," kata Haziq sambil kakinya mula melangkah keluar dari wad.
Lebih kurang setengah jam juga la Haziq keluar mencari nasi ayam untukku. Rasa lega bila melihat Haziq akhirnya datang kembali bersama sebungkus nasi ayam di tangannya.
"Nah,ni dia nasi ayam sayang...Makan la," kata Haziq sambil tangannya mula membuka bungkusan nasi ayam tersebut untuk aku makan.
"Abang tak nak makan sekali dengan sayang?" tanyaku.
"Abang dah kenyang dapat tengok sayang makan", kata Haziq sambil tersenyum padaku.
"Abang makan la sama-sama dengan sayang. Kalau tak sayang tak nak makan la," kataku cuba membuat Haziq makan bersama.
"Yalah,abang akan makan dengan sayang"kat Haziq mengalah denganku.
Tanganku mengambil sedikit nasi dan ayam laluku suapkan di mulut Haziq suamiku.
"Kenapa pula sayang yang suapkan abang ni. Sepatutnya abang yang suapkan sayang makan,sebab sayang yang tak berapa sihat" kata Haziq sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya.
Kemudian Haziq mengambil sudu di tanganku lalu ia menyuapkan nasi ayam tersebut ke dalam mulutku pula.Aku terasa sedikit malu dan gembira kerana di suapkan oleh suami pujaan hatiku ini.
"Abang tadi masa abang pergi beli nasi ayam untuk sayang,doktor ada datang. Doktor bagitahu sayang dah boleh balik esok" kataku memberi tahu tentang apa yang di katakan oleh doktor yang merawatku.
"Bagus la kalau esok sayang dah boleh keluar.Sayang nak balik rumah siapa esok. Rumah mak Zara atau rumah abang?" soal Haziq.
"Tentu la sayang nak balik rumah abang...Abang sayang teringin la nak balik kampung" kataku.
Aku sebenarnya rindu pada ahli keluargaku. Aku juga merasa rindu pada 2 orang sahabat baikku. Dan yang paling aku rindu adalah bengkel Pak Ngah.
Macam mana la agaknya keadaan bengkel Pak Ngah sekarang ni. Banyak kenangan aku di bengkel Pak Ngah ni. Di bengkel Pak Ngah ni la aku kenal Haziq, sekarang ni sudah menjadi suamiku. Di bengkel Pak Ngah jugalah aku meluahkan perasaanku pada Haziq.
"Tengok la bila abang ada masa nanti kita balik kampung. Abang pun dah lama tak pergi jumpa Wan dan Mak Su,"kata Haziq.
"Nanti bila balik kampung biar la kita tinggal lama sikit dekat rumah Wan,"kataku memberi cadangan.
"Tapi tak boleh la terlalu lama sangat. Kerja abang dekat sini tak dak sapa nak uruskan,"kata Haziq sambil tangannya mula memicit hidungku yang tidak mancung ni.
"Abang ni suka picit hidung sayang,sakit la. Kalau hidung sayang ni boleh mancung sebab kena picit tak pa la juga,"kataku sambil tangan menepis tangan Haziq.
"Abang geram dengan sayang ni, rasa nak cubit-cubit je,"kata Haziq sambil mengukir senyuman padaku.
Aku menjadi malu bila mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Haziq.
"Abang ni ada-ada je la"kataku agak malu-malu.
------------
Hari ini aku dah boleh keluar dari hospital. Haziq suamiku yang uruskan pengeluaranku dari hospital. Jururawat juga menasihatkan ku supaya segera membuat buku pink untuk ibu mengandung di klinik kesihatan.
Mak ada menelefonku katanya nanti petang dia akan datang melawatku di rumah Haziq bersama Nadirah kakak tiriku. Mak juga telah memberitahu pada Nadirah tentang aku dan Haziq adalah suami isteri.
Tentang Ikwan pula aku tak pasti keadaan dia sekarang ni. Haziq beritahu padaku nanti bila ada masa ia akan pergi berjumpa dengan keluarga Ikwan untuk berbincang tentang masalah Ikwan.
Aku dan Haziq sampai di rumah mak mentuaku dalam pukul 12.00 tengahari. Kelihatan mak mentuaku dan bibik menungguku di kazebo. Bila Haziq memarkir keretanya aku pun membuka pintu keteta lalu keluar. Lalu mak mentuaku dan bibik menghampiri diriku.
"Macam mana keadaan Zara sekarang ni? Ikwan tak cederakan Zara kan, Kandungan Zara pula macam mana okay tak?" tanya mak mentuaku mungkin agak risau dengan keadaanku.
"Zara okay je mak...Kandungan Zara pun sihat je," jawabku.
"Syukurlah,mak risau sangat bila dapat tahu Zara kena tahan dalam wad. Mak nak pergi melawat Zara pun tak boleh,nasib baik la Zara dah boleh balik hari ni," kata mak mentuaku sambil berjalan beriringan denganku untuk masuk ke dalam rumah.
Bersambung...
Share this novel
asal tetibe ngandung niii?!!!