Bab 17

Romance Completed 1280357

Bab 17
Selepas solat Zuhur, Nurlisa memandu keretanya ke Masjid besar itu. Hari ini ada talk dari penceramah terkenal. Sedari dulu, semasa dia hampir hilang diri, abangnya selalu save video penceramah terkenal, tentang Allah, tentang motivasi untuk adiknya. Video itu banyak menbantu mereka yang lemah akal, lemah dalam menerima takdir Allah, lemah dalam meletak nasib diri di tempat yang betul. Sampaikan suatu ketika, setiap perkataan daripada penceramah terkenal itu dapat di hafal satu persatu satu. Lisa tersenyum sendiri. Dia mula rindu pada abangnya, kakak iparnya dan Eiman yang sangat bijak itu.
Lisa berkira kira untuk menyelesaikan semua keperluannya hari ini, selepas talk session selesai. Selepas solat Asar, Lisa harus membeli semua keperluannya, dia harus memenuhkan peti sejuknya, membeli wangian bilik air dan juga beberapa barang penting untuk kepejabat esoknya. Lisa juga ingin menambah koleksi baju kurungnya untuk kepejabat. Dia sudah meminta kaklongnya menghantar ukuran badannya untuk dia hantar kepada tailor baru berhampiran dengan kondonya. Selepas ini senanglah untuk dia membeli kain pasang dan dijahit mengikut citarasanya. Lisa lebih selesa dengan tempah sendiri daripada membeli baju yang sudah siap.
Lisa mempunyai beberapa mesyuarat penting minggu depan sebelum mereka mengadakan Makan Malam untuk mengutip dana Yayasan Endah. Semua sudah di uruskan oleh teamnya, tetapi ada beberapa sentuhan yang perlu kelulusan daripada Lisa.
Lisa sampai di masjidnya besar itu tepat pukul 3 petang. Jadual penceramah itu akan bermula pukul 3.15 petang. Sepanjang perjalanan ke Masjid besar itu, Lisa di temani oleh Haiqal dengan video call. Seronok mendengar cerita Haiqal semasa di sekolah dan semasa belajar di Mesir. Seseorang jejaka yang sangat prihatin, sopan, pandai mengambil hati dan yang penting tidak kasar dan sangat tahu menghargai Lisa.
Sangat berbeza dengan dia itu. Apabila terlintas nama “dia” itu, jantungnya mengepam laju, seolah olah kalau di toreh pun, darah tidak akan keluar.
Usai mengerjakan solat Zuhur selepas ceramah selesai, Lisa memandu ke supermarket yang berdekatan. Walaupuan Lisa berseorangan, dia sudah biasa kerana semasa tempuh mencari harga diri dulu, Lisa tidak pernah mahu berkawan dengan orang lain. Cuma semasa menyelesaikan tugasan assisgnmentnya, Lisa terpaksa bersama sama dengan kumpulannya. Bukan tidak ada yang cuba untuk tackle hatinya, tetapi Lisa siang siang sudah menolak. Kaca yang pecah di hatinya, bukan senang untuk dicantum semula.
Sangat susah…
Tidak senang….
Selesai membeli barangan dapur dan baju kurungnya di butik terkenal itu, Lisa memandu ke mall yang terkenal itu. Hajat di hati untuk membeli perfume YSL untuk di simpan. Walaupun hatinya cuba untuk di tutup dengan bau perfume, bunga lily, Lisa sangat rindu dengan perfume itu. Perfume itulah yang memberi seribu kenangan untuk dirinya, mana mungkin dia lupakan walaupun badan dan jiwa menolak keras. Hatinya tidak juga mahu berkerjasama dengan badan dan jiwanya.
Lisa melangkah kaki dengan debar ke perfume shop itu. Lisa masih ingat bentuk dan rupa perfume itu, kerana itu lah satu satunya perfure yang “dia” guna. Dulu dia juga memaksa Lisa memakai perfume itu. Semasa peristiwa itu berlaku, perfume itu juga yang memulakan, perfume itu yang merasmikan “malam” itu.
Lisa di sapa mesra itu salesgirl di situ.
“Selamat datang Cik, boleh saya bantu,” sapa Salesgirl itu mesra. Lisa memandang sekeliling. Mata Lisa tertancap kepada perfume YSL for men itu.
“Saya mencari YSL perfume, Y Men EDP yang 100ml”, Cik boleh ambikkan, saya tunggu kat counter cashier,” ujar Lisa sambil tersenyum manis. Tak perlu buang masa yang banyak kerana apa yang dia hajatkan sudah dapat.
“Ok Cik, sebentar ya,” mesra sangat suara gadis perfume itu. Lisa menganguk mesra. Kalau beli yang 100ml, mungkin boleh bertahan selama setahun. Lisa berkira kira untuk menyembur dia katilnya, supaya tidurnya lena.
Kalaulah Abang dan kakak iparnya tahu, mesti Lisa di marah teruk kerana Lisa susah sangat untuk move on. Lisa akur tentang kebimbangan keluarga kecilnya, tetapi Lisa juga tidak boleh buat apa apa, Lisa sudah cuba, sudah banyak kali, tetapi begitu susah untuk melangkah dari semua ini.
Lisa berfikir tidak mengapa kalau hanya mengenang, bukan mengejar. Dua perkataan itu jauh berbeza. Lisa sudah lama berkira untuk menoktahkan semuanya. Lisa juga harus ada masa depan, punya suami dan anak, punya rumah sendiri, punya bahagia sendiri, bukan bahagia dengan kenangan hitam itu.
Sesampai di counter cashier, ada pasangan sedang menyelesaikan pembeliannya. Kelihatan di gadis memeluk tangan pasangannya. Daripada belakang, Lisa meelihat mereka sungguh sungguh mesra. Sama tinggi, pasti mereka baru berkahwin atau kekasih yang keluar bersama sama, bershopping bersama sama.
“Sure ke tak nak perfume lain, abang nak belanja ni?,” tanya si lelaki itu, suaranya cukup jelas di telinga Lisa. Sekali lagi Lisa terpampan. Suara kasar itu, seperti suara itu. Lisa menundukkan wajahnya. Dadanya berdebar kencang. Tangan mulusnya mengosok dadanya.
Tolonglah wahai hati, jangan cuba memberi aku masalah, berlambak suara orang yang sama di dunia ini, bukan hanya dia…Lisa berkata di dalam hatinya.
“Nak singgah kat shop lain tak? Abang temankan, kalau tak kita terus ke florist lah. Tiba tiba abang rasa lapar pulak,” suara itu kedengaran lagi. Ye…memang suara sama yang melekat di dalam hatinya. Lisa terkesima lagi. Peluh halusnya keluar.
“Tak nak lah abang, nanti nanti lah,” si gadis itu membalas dengan nada manja. Dalam masa yang sama, kelihatan sales girl itu meletakkan perfume Lisa di atas meja counter itu. Si gadis itu memandang ke belakang sambil tersenyum pada Lisa. Cantiknya, detik Lisa di dalam hatinya. Selepas mereka mengambil paper beg dan resit, si gadis itu menarik lengan si jejaka itu mesra. Lisa tidak dapat melihat wajah jejaka itu kerana dia terus beredar ke depan. Lisa mengeluh perlahan.
Selepas mereka beredar, cashier itu memprocess pembelian Lisa sambil memasukkan perfume ke dalam paper bag.
Kedengaran mereka bercakap sesama sendiri dengan suara yang sangat perlahan tapi dapat di dengar oleh Lisa
“ Itu bukan owner Delina Sarung ke? Handsome sangat pakwe dia, cam mat salleh, lengkap sungguh ciptaan Allah,’ kata salah seorang sales girl itu
Lisa memasang telinga sambil mengambil cash di dalam walletnya.
“Tu lah, orang cantik dengan orang handsome lah, mesti orang have have itu,” sessi membawang mereka tidak lagi tamat.
Lisa tersenyum sambil mengambil perfume dan resitnya. Ombakan dadanya sudah beransur pulih. Selepas beberapa kali kejadian seperti Lisa, Lisa berfikir untuk mendidik hatinya untuk lebih bersedia sekiranya berhadapan dengan kejadian seperti tadi.
Sekiranya suatu masa nanti, Lisa benaran berjumpa atau bertembung dengan “dia”, Lisa harus bersedia. Seperti yang di janjikan di hadapan abangnya, Lisa harus lebih professional. Lisa harus tahu mengawal emosi dan dirinya. Lisa harus lebih santai. Lisa ingat pesanan abangnya
‘Abang melepaskan adik kerja di Kuala Lumpur dengan harapan adik dapat keluar dari kisah sedih adik. Adik tidak bersalah, adik harus melangkah kehadapan, adik harus bersedia untuk berjumpa dengan orang baru, berkahwin, punya anak, punya keluarga sendiri. Adik kena kuat, abang tak anak adik lemah lagi’ pesanan abangnya masih terkiang kiang di telinganya.
Lisa tersenyum sendiri..
“bagaimana lah aku nak happy kalau pejam mata pun aku masih nampak muka dia” omel Lisa sendiri
Selepas keluar dari perfume shop itu, Lisa berjalan ke florist untuk membeli bunga lily. Lisa berhajat untuk membeli bunga lily untuk bilik boss barunya, biliknya dan kondonya. Cukuplah bunga itu untuk seminggu. Kalau di letak air, boleh lah tahan seminggu seperti kakak iparnya buat di rumah mereka di Johor.
Selepas memilih bunga lily di florist itu, Lisa membawa ke counter bayaran. Sebenarnya Lisa mengambil semua bunga lily putih itu, tidak tinggal barang satu kuntum pun. Lisa tersenyum lagi apabila mengingatkan kegilaan dia kepada bunga lily itu. Bunga yang membawa dia ke dunia yang penuh khayalan itu. Bunga yang memberi tenaga cinta pada dia ketika itu. Bunga yang pertama dia dapat daripada orang lain sekali dari keluarganya.
Semasa Lisa membayar, telinga Lisa menangkap perbualan perkerja di kedai bunga itu dengan seorang lelaki. Kedengaran lelaki itu mencari bunga yang sama dengan Lisa, tapi Lisa tidak mendengar suara lelaki itu.
“Maaf encik, bunga Lily putih dah habis. Cik kat counter tu dah borong semua. Tinggal yang warna lain jer, kalau Encik nak, saya bungkuskan,” ujar gadis bunga itu.
“Ok kalau gitu, rasanya di luar mall ni ada lagi satu kedai bunga, Encik boleh tanyakan kat sana,” tambah gadis itu lagi. Kali ini juga tidak mendengar suara lelaki itu.
“Bisu agaknya” Lisa mengagak di dalam hatinya. Semasa meninggalkan cashier counter itu, telepon bimbit Lisa berbunyi dah tertera nama Haiqal. Lisa tersenyum excited apabila melihat telepon itu.
“Abanggggg…Lisa kena call abang balik sebab kat tangan Lisa penuh dengan barang. Sampai kereta nanti Lisa call balik,” Lisa memutuskan talian selepas mendengar Haiqal mengiakan kata kata Lisa.
Selepas melepasi lelaki tadi, Lisa berhenti apabila mendengar suara lelaki itu mengomel dan suara itu sekali lagi membuat jantung Lisa hampir jatuh. Suara itu lagi, berapa ramai lah orang di dunia ini yang mempunyai suara yang sama dengan dia. Lisa takut untuk memandang ke arah lelaki itu. Lisa takut dengan bayangannya sendiri.
“Kenapa nak kena borong semua bunga, lain kali bukak kedai bunga sendiri, menyusahkan orang jer,” Lisa tahu suara itu memang tujukan untuk dirinya kerena dia membeli semua lily putih itu.
Tetapi…
Lisa mengambil keputusan untuk berjalan terus. Lisa harus memberi ruang kepada hatinya untuk bernafas. Walaupun Lisa yakin “dia” tiada di Malaysia, tapi Lisa takut dengan bayangannya sendiri.
Lisa masih teringat dengan kata kata terakhir dari pengutus utusan 5 tahun lepas.
“Dia tak mungkin akan kembali ke Malaysia selepas ini, jadi aku harap kamu sedar diri, tinggalkan rumah ini, esok aku nak kamu hilang dari mata aku,” tergiang giang lagi suara itu. Lisa juga masih ingat dengan jelas rupa mengutus utusan itu. Walaupun nota terakhir yang di tinggal tidak sama dengan kata kata dari pengutus utusan itu, Lisa akur kerana dia sudah berjanji, dia akan bertanggungjawab dengan dirinya sendiri.
Bersambung
Aku tidak punya cincin utk kau seperti orang lain untuk acara batal air sembahyang, tapi kau boleh anggap bunga lily ini sebagai ganti - dia

Share this novel

Zaidi Zack
2021-10-13 20:26:55 

Brp kali smbhyg zohor?


NovelPlus Premium

The best ads free experience