Rate

Bab 2

Romance Series 2129

Balik Kampung?! Farihin Ezli tersentap.Terhenti tangannya daripada terus menyuap nasi.Tidak percaya mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut mamanya, Fatimah. Terasa bagai kata emaknya itu seperti kuasa ghaib yang menjerut leher. Mulalah Farihin mengelabah.Habislah kalau mama balik kampung! Siapa nak jaga Fizi? Kenapa tiba-tiba pulak mama nak balik kampung? satu persatu soalan yang menerjah mindanya.
"Mama....jangan main-main,ma!"Farihin mula tidak tenang duduk.Berkerut-keruk mukanya memandang Fatimah. Tidak tertelan nasi dibuatnya.Tumpul slera pada lauk kegemarannya yang terhidanf di atas meja.
"Main-main apanya?Ma memang nak balik kampung.Tak tahanlah ma nak duduk sini lama-lama,"kata Fatimah selamba.
"Alah...takkan duit yang Farihin bagi tiap-tiap bilan tu tak cukup ma?"Farihin cuba mengungkit.sekarang ini, apa jua isu akan dijadikan umpan untuk menghalang niat mamanya itu.
"Hisy...bertuah punya anak! Kamu ingat ma ni orang gaji kamu ke?Itulah ,ma suruh kawin lain kamu tak nak.Ma dan rindu sangat kat rumah dikampung.Cukuplahh Lima tahub mak duduk sini jaga kamu dan Fizi.Ma nak balikk!" jerkaj Fatimah .Bukan mahu marah tapi sengaja menggertak anak lelaki bongsunya itu.
"Ma!" Farihin terjerit kecil.Seleranya mati terus .Sampai hati ma! Dia segera mencuci tangan.Beberapa helau tisu ditarik kasar sebagai
tanda protes.Kemudian,meneguk air suam. Selepas
itu,memandang wajah Fatimah dalam-dalam.Dicemikkan sedikit riak wajah agar dapat memancing simpati mamanya."Ma janganlah risaukan sangat kat rumah kat kampung tu. Kak Fatihah kan ada..... boleh tengok-tengokkan rumah tu? Sebelah rumah je,takkan kakak tak boleh toling?"Dia cuba memujuk.Teringat pada satu-satunya kakak yang dia ada,tinggal di kampung mereka di Kedah.
"Kak Tehah kamu tu ada tanggungjawab lain.Dia pun kena jaga keluarga sendiri. Takkan nak harapkan dia semata-mata? Ma ni teringin jugak nak bela ayam itik macam orang lain kat kampung tu." Fatimah berdalih dengan alasan yang sangat tipikal tetapi berbaur lawak.
"Alah......ayam itik yang ma fikirkan? Ma tak sayang Fizi ke?" Farihin memancing menggunakan Hafizi.Anaknya yabg sedang dibicarakan oleh mereka dua beranak.Masih rancak menyuap nasi ke mulut.Masakan Tok yang sedao selalu saja membuatkan Fizi lupa diri dan tidak pedulikan pada apa yang berlaku di sekelilingnya.
"Sayang....."balas Fatimah ringkas.
"Habis tu? Ma.... lagi dua minggu Fizi dah nak masuk darjah satu. Manalah Fizi larat nk buat semuanya seorang diri? Kalau ma balik,siapa nak uruskan Fizi? Ma pun tau Farihin takkan hantar Fizi pergi nurseri,"rayu Farihin terus-terusan,meminta simpati.
Fatimah mengeluh. Bujan dia tidak tahu akan hakikat bahawa cucu lelakinya itu akan memasuki sekolah rendah tidak lama lagi.Tapi,dia sendiri tadak tahu mengapa sejak kebelakangan ini hatinya sering terpanggil untuk menetao kembali di kampung.Ingin selalu menjenguk pusara arwah suaminya,Fauzi.
"Ma tak sayangkan Farihin ke?" Gagal menggunakan Hafizi ,Farihin memancing menggunakan diri sendiri pula.
"Ini bukan soal ma tak sayang kamu,Farihin. Ma sayang kamu dan Fizi sepanjang masa. Kamu kawin ajalah Farihin.Natasya kan dah lama jadi kawan kamu? Nak tunggu apa lagi? Dah tiba masa kamu kawin dan bagi Fizi seorang ibu." Fatimah pula memujuk.Teringatkan kawan perempuan Farihin yang bernama Natasya.Hanya sekali saja mereka bertemu. Tetapu Fatimah tahu,Natasya sering menghubungi Farihin tambahan pula mereka satu tempat kerja.
"Ma, Natasya tu kawan Farihin je.Bukan special pun dia dalam hidup Farihin," kata Farihin dengan wajah serius.Sebetulnya,dia memang hanya menggangap Natasya sebagai Kawan.Tidak pernah lebih daripada itu.Tetapi,Natasya pula perasan lebih!
"Tok nak suruh abah kawin dengan Auntie Tasya ke? Fizi tak sukalah Auntie Tasya tu!" sampuk Fizi tiba-tiba sambil memuncungkan bibirnya.
Fatimah menggeleng-geleng.Cucunya itu sudah pandai memilih bulu. Samalah macam perangai Farihin!
"Hah....ma tengok, Fizi tak suka Farihin kawin dengan Natasya ," tokok Farihin bersama riak kemenangan bila Hafizi memberi sokongan.
"Mama tak kira! Ma bagi pilihan, sama ada kamu kawin atau kamu cari je orang gaji. Ma nak balik kampung. Kalau payah sangat,biarlag saja Fizi ikut ma balik dan sekolah di kampung." Fatimah bertegas.
"Mama!" Farihin terjerit lag, tetapi tidak mampu meneruskan kata. Sudah kehabisan idea untuk menghalang niat mamanya.
Tapi kali ini, dia benar-benar mahu Farihin kembali berdikari menguruskan rumah tangga.Tidak lagi mengharapkan bantuanya. Kalau dulu Farihin mampu menghadapi sendiri semua masalah, kenapa sekarang tidak? Cuma satu doanya,agar pintu hati Farihin kembali terbuka untuk menerima seorang perempuan sebagai suri hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience