Rate

BAB 3

Romance Series 2129

Wajah Farihin yang muram tanpa suara itu mengundang tanda tanya di hati Azli. Sejak tadi, hanya dia saja yang rancak berbual. Sedangkan Farihin diam tidak berkata apa . Teh tarik di depannya jugak tidak luak langsung. Hingar-bingar suasana Restoran Abu Corner, Seksyen 13, Shah Alam, sekan-akan tidak di hiraukan. Farihin seperti hanyut dalam dunianya sediri.Seperti sedang memikirkan satu masalah besar.
"Oi, kau fikir apa? Fikir pasal program wireless baru tu ke?" tegur Azli,menarik kembali Farihin keluar dari alam khayalan.Cuba menduga apatag lagi bila teringatkan arahan pihak atasan yang mahu mereka, para jurutera rangkaian merangka program tanpa wayar baru yang lebih hebat dan maju bagi menyaingi pasaran tanpa wayar sedia ada.
"Dah habis waktu kat luar ofis ni, aku tak fikirkan pasal kerja lagi dah," tekan Farihin sambil membetulkan duduk.Kemudian,barulah dia mahu menghirup teh tariknya.
" Habis tu serius benar muka kau? Macam fikir masalah negara je," Tokok Azli lagi bersama senyuman mengusik.
"Aku dok pikiaq masalah rumah tangga ni." Farihin mengerutkan dahi bagi menunjukkan betapa seriusnya masalah yang sedang dihadapi.
"Wow! Farihin Ezli ada masalah rumah tangga! Sejak bila pulaj kau berumah tangga ni? Status duda kau ke mana?"Azli tambah seronok menyakat.
"Hisy.... hang ni! Melalut pulakk dah.Aku tengah dok ada masalah ni.Mama aku nak balik kampung." Akhirnya, Farihin berterus terang agar Azli berhenti mengusiknya.
"Mak kau nak balik kampung pun jadi masalah besar pda kau ke?" soal Azli pura-pura tidak memahami situasi yang dialami Farihin.
"Memanglah akan jadi masalah kat aku.Dua minggu lagi Hafizi dah nak masuk sekolah. Siapa nak uruskan Fizi kalau mama aku balik kampung?Tak terkejar aku nanti. aku tak nak anak aku terabai macam dulu lagi." Farihin meluahkan masalahanya kepada Azli yang sudah tahu rencah hidupnya sejak dulu lagi.
"Kau pening kepala fikir masalah kecik macam tu kenapa? Engkau ni pun satulah.Umur dah 28,kang aku cakap kau lembap kau marah pulak.Apa susah? Kawin jelah lagi. Selesai masalah!" Azlu tersenyum bangga memberikan cadangan sebagai penyelesaian yang bijak.
Farihin menjeling tajam. Itulah cadangan yang paling tidak digemarinya. Kawin...lagi-lagi kawin.Dah tak ada agenda lain ke dalam hidup selain kawin? Apa.....kesempurnaan hidup hanya boleh diukur jika seseorang itu berkawin? Ah, dulu hidupnya tetap tidak sempurna walaupun sudah berkawin ketika itu. Huru-Hara macam hidup di dalam neraka. Ada isteri, tetapi tetap terseksa jiwa dan raga dengan menguruskan sendiri kebajikan anak.
"Nastasya dah lana menagih cinta kau. Kau kawin jelah dengan dia.Kalau betul dia cintakan kau,dia mesti sangguo jaga Hafizi."
Di mata Azli, terbayang keletah Natasya,pembantu jurutera yang tidak pernah jemu memburu cinta Farihin, duda muda anak seorang itu. Status duda disandang oleh Farihin tidak pernah menguggat minat perempuan yang cuba mendampinginya kerana FArihin adalah lelaki yang punya rupa menarik dan berkerjaya tetap dengan kewangan yang stabil.
"Azli,hang dak kenai aku lama kan? Hang pun tau kisah aku lagumana.Aku tak akan kawin lagi selagi belum berjumoa dengan perempuan yang sayang anak aku macam anak sendiqi dan paling penting, betul-betul cintakan aku. Dan,aku tak pernah terpikiaq langsung nak kawin dengan Natasya.Dia bukan pilihan aku!" ujar Farihin dengan wajah seriusnya.
"Huh,rugilah orang hensem macam kau ni kalau menolak tak nak kawin lagi. Kalau akulah, itu aku jadikan aset untuk pikat mana-mana perempuan yang aku berkenan," bangkang Azli sungguh-sungguh.Prinsip Farihin itu kendengaran agaj konservatif untuk seorang lelaki moden sepertinya.
"Tak ada maknanya rupa hang kata hensem ni.Rupa hensem bukan jaminan untuk hidup bahagia.Hang tengok apa jadi kat aku yang hang kata hensen ni,bergelar duda jugak! Kena tinggai dekn bini jugak!" tegas Farihin mengingatkan Azli pada nasib yang menimpa dirinya.
"Siapa suruh kau gatal kawin cepat?" Azlu menyelar dalam nada menyindir.
Sudahnya Farihin tersandar di kerusi.Kalah berdebat dengab Azli. Ya, memang dulu gatai kawin muda. Asyik mabuk bercinta sampai tak ingat dunia.Seawal usia 21 tahun dia sudah bergelar suami orang.Dan seawal usia 22 tahun, dia sudah bergelar duda anak seorang.Semuanya kerana terlalu menurut perasaan.Cinta suci lah kononnya...
"Macam nilah.....kau cari jelah orang gaji.Aku pun tahu kau takkan senang-senang kawin lagi.Saje nak usik bagi kau tertekan sikit,"gurau Azli.Dia akhirnya tidak mahu lagi menakan Farihin.Dia cukup tahu jerih payah Farihin bergelar duda. Maka, Farihin tidak akan berkawin lagi semudah memetik jari.
"Habis tuu..... hang ingat aku akan senang-senang dapat oqang gaji dalam masa yang singkat ni ka? Hei....kalau orang gaji mesti warga asing. Tak relalah aku duduk sebumbung dengan depa!" dia tidak mahu ada oqang asing mahupun warga asing di dalam rumahnya.
"Kau buatlah iklan. Tampal kat Bus stop ke,kat tiang lampu kat kawasan rumah kau tu ke.. Manalah tau kot-kot ada makcik-makcik kat situ yang nak jadi orang gaji kau?" Azli mengusulkan idea.
"Lecehlah!" keluh Farihin,kurang bersetuju dengan idea Azli. Berkerut-kerut keningnya sambil menggigit ibu jari kanan sambil memandang Azli dengan pandangan mencerun. Seolah-olah berat benar kerja mengiklankan itu.
"Eiiiii.....Kau ni kan, memang anak maklah! Kalau susah sangat,biar aku tolong iklankan. Kau suruh ajelah mama kau buat sesi temu duga nanti. Biar mama kau sendiri pilih orangnya." Azli menawarkan bantuan,secara tidak langsung memberi cadangan bernas untuk Farihin.
Farihin tersengih. Memang sengaja dia berdalih dan mengeluh kesag kerana dia tahu Azlu tidak akan teragak-agak membantunya.
"Terima Kasih,Kawan.Hang memang sahabat sejati aku!" Farihin menepuk-nepuk bahu Azli.
Azli pura-pura mencemik sambil menggeleng-geleng."FARIHIN....I dengar you tengah cari orang gaji, ya?" Natasya bertanya dalam suara teramat lembut.Duduknya bertenggek di hujung meja Farihin.Memandang tanpa jemu wajah Farihin.Dia paling suka menjamukan matanya dengab ketampanan Farihin.
"Hmmmm.....Mama aku nak balik kampung,," jelas Farihin acuh tak acuh tanpa memandang wajah Natasya,sebaliknya terus menumpukan perhatian pada skrin komputer.
"Itulah..nmm I ajak kawin, you tak nak!" getus Natasya dalam nada merajuk pula.Mengharapkan Farihin memujuk walaupun sedar harapannya amat tipis.
Farihin menggaru-garu hujung keningnya.Pasal kawin lagi?" "Alah....rimaslah cakap pasal kawin!"
"You ni teruk tau! Langsung tak ada perasaan. Sampai bila you nak keras hati macam ni?" Sela Natasya,kurang senang dengan sikap sambil lewa Farihin. Namun dengan Farihin,dia cuba merapati lelaki itu Dia mahu Farihin jatuh dalam genggamannya.Itu nekadnya.
"Suka hatilah kau nak cakap apa pun." Farihin berterusan dengan sikap acuh tidak acuhnya.
Natasya merengus geram.Habis akal dibuatnya bila bercakap dengan Farihin.Ada saja jawapan lelaki itu yang pastinya sinis dan kadangkala boleh menyakit hati. "You tak kesian ke kat anak You tu,membesar tanpa kasih sayang seorang ibu?"
Kali ini Farihin mula berasa semakin rimas.Dia benci kalau orang lain mengungkit soal Hafizi tiada kasih sayang ibu.Mereja cuma boleh bercakap sesuka hati tetapi tidak tahu apa yang dilaluinya selama ini.Dan rasanya,Natasya lebih berusaha memburu cintanya tetapi tidak pernah pula menampakan usaha mahu memenangi hati Hafizi.Markah untuk diri Natasya kosong di situ sekali gus tersingkir terus daripada menjadi pilihan.
"I betul-betul sayangkan you, Farihin. I cintakan you." Natasya mengaku tanpa rasa malu. Pengakuan yang entag kali ke berapa. Sudah tidak terhitung lagi.
Sepertu biasa, hati Farihin tidak tersentuh walau sedikit pun dengan ungkapan keramat itu. Sebaliknya,berasa muak.Dia sudah tidak percaya pada kata janji manis perempuan yang hanya indah di bibir,tapi belum tentu ikhlas di hati.
"Natasya,aku tengah buat kerja ni. Boleh tak kalau kau tinggalkan aku sendirian?" Kali ini Farihin melepaskan pandangan pada wajah cantik bersalut mekap milik Natasya.
Renungab mata Farihin yang tajam itu membuatkan jantung Natasya berdegup kencang. Itulah yang dinantikannya.Suka saat Farihin memandangnya. Farihin kelihatan 'garang' bila merenung tanpa suara begitu. Tetapi,itulah daya tarikan Farihin Ezli Bin Fauzi. He is an arrogant yet engaging young man with an infectious grin and classically tall,fair and handsome looks.Natasya terus terbuai dalam perasaan sendiri memuji fizikal Farihin.
"Natasya?" Farihin memanggil sambil memetik jari di depan muka Natasya bila melihat gadis itu seperti terpaku memandangnya.
Barulah Natasya tersenyumm tersipu-sipu. Tidak pula mahu berkata apa-apa. Sebaliknya, menjeling manja seveleum berlalu meninggalkan Farihin yabg terpinga kehairanan.
"Gila!" getus Farihin spontan.
Kalaulah Natasya mendengar,pasti hilang senyumannya.

Share this novel

Aliahkamal
2021-06-11 16:17:39 

update plase


NovelPlus Premium

The best ads free experience