Bab 85

Romance Completed 1445138

Bab 85
Syed Arman tidak putus putus mengangkat tangan mensyukuri nikmat Allah yang berlabuh di dalam kehidupannya.
Dia melihat jam di tangannya, menunjukkan pukul 4.30am pagi.
Ini lah hari pertama yang dia tidur dengan jiwa yang tenang, dia tidak lagi risau tentang mimpinya, tentang Nurlisa yang dia cintai, tentang uminya, tentang ibunya yang menghilang, semuanya sangat sempurna.
Dia melihat isterinya ketiduran dengan denguran halus, lena seperti bidadari. Betapa dia sangat menyintai isterinya, dia terasa seperti jiwanya sudah penuh dengan bunga bunga cinta mereka.
Beberapa minggu yang lepas, dia menangisi Nurlisa yang menghilang, seorang yang dia dambakan di dalam hidupnya. Hari ini Nurlisa itu adalah isterinya, wanita yang selama ini membawanya ke penuh damai.
Dia memeriksa teleponnya, sedari tadi dia ketiduran semasa mengulit isterinya tidur. Ingin sekali dia mengaulinya isterinya, tetapi dia tahu hospital bukan tempat yang selesa.
Kemanjaan isterinya sememangnya boleh mengoncang jiwa lelakinya, apatah lagi isterinya berterusan mengodanya.
Dia tersenyum apabila melihat text daripada ibunya, ibu yang akan sentiasa berkorban untuknya.
“Eyad, ibu rindu ni, esok video call ibu ya, lepas tu ibu nak jemput menantu berpantang kat rumah ibu. Ibu teringin nak jaga menantu ibu. Lepas tu Uncle Lee nak jumpa Eyad. Mana tahu pantang rumah ibu boleh kasi ibu cucu. Ibu teringin nak cucu dari Ejad. Boleh kan?,”
Syed Arman tersenyum bahagia, pasti ibunya akan terkejut apabila melihat Syed Eiman Naeem nanti, pasti ibunya terpaling bahagia.
Dia turun dari katil itu, dia mahu menunaikan sujud syukur dan solat taubat. Terlalu banyak perkara yang dia perlu mengucap terimakasih kepada Allah yang Maha Mengatur, kerana akhiran dia adalah bahagia.
Sedari tadi kepalanya sudah tidak lagi pening. Sakit itu seolah olah pergi dan tenggelam di dalam bahagianya.
“Abang, Sofea nak peluk,” belum pun sempat dia sampai ke bilik air, suara mengoda itu menerjah ke telinganya.
Suara yang boleh memusnahkan kesemuanya pantangnya, suaranya yang membolehkan dia bersatu dengan nafsu cinta yang menggila.
“Sorrya abang kejutkan sayang, abang nak ke toilet, later abang peluk, sayang tidur dulu. Abang nak solat sekejap,” Syed Arman menghilang di dalam bilik air yang tidak sampai 2 meter dari katil itu.
“Abang, Sofea nak peluk,” Syed Arman mendengar suara itu dari bilik air, manja dan mengoda.
‘Ya Allah, tolong aku Ya Allah, aku sudah tidak dapat menahan diri lagi. Kau kuatkan jiwa aku Ya Allah,
Doa itu mengema di dalam otaknya, di dalam gegendang telinganya.
Syed Arman meneruskan niatkannya. Dia mengambil wuduk dan keluar dari bilik air untuk menunaikan solat sunatnya.
Dia melihat isterinya kembali tidur, dengan dadanya yang terbuka luas.
Sekali lagi dia tidak keruan, cepat cepat dia memandang ke arah lain, dia perlu kuat untuk menghabiskan solatnya, dia tidak mahu nafsunya Kembali teransang seperti tadi.
Pagi yang damai untuk memberi suasana yang sangat tenang, dia menadah tangan memohon Allah mengampunkan dosa uminya, dia tidak lagi mahu berdendam, dia sudah maafkan kesemua dosa uminya. Walaupun tiada sekali pun perkara baik yang berlaku di dalam hidupnya semasa bersama uminya, tidak sesekali tidak akan berdendam dengan wanita itu.
Wanita yang melahirkan abangnya, Syed Adam. Abangnya yang sanggup berkorban untuk dirinya, abang yang selalu memastikan dia terlindung daripada uminya, abang yang tidak jemu untuk berbaik sangka denganya.
Begitu lama dia berteleku di sejadahnya, terkejut apabila mendengar isterinya Kembali memanggil Namanya.
“Abang, sofea dahaga, nak air,”
Syed Arman bingkas bangun mendengar suara manja isterinya. Dia melihat mata isteriya memandangnya dengan penuh cinta. Bibir seksi itu tersenyum penuh bahagia.
“Lepas minum sayang bangun terus ya, abang mandikan, then boleh solat Jemaah,” Syed Arman menyuapkan cawan ke bibir isterinya dengan penuh cermat.
“Sayang manja abang, minum perlahan, nanti tumpah, gelojoh itu amalan syaitan, kenapa dahaga sangat ni sayang?,” Syed Arman mengeleng kepala apabila isterinya begitu haus.
“Sofea mimpi Sharifah Sakinah, dia kejar Sofea, Sofea lari sampai terjatuh, sebab itulah haus sangat,” Sofea berkata perlahan dengan suara yang kelat.
“by the way, apa khabar tunang abang tu?,” Nurlisa memandang wajah suaminya yang berkerut apabila nama Sharifah Sakinah di sebut.
“Mesti abang cinta sangat kat dia kan? Sebab dia kan cantik, tinggi, seksi, abang kan suka perempuan seksi?,” Kali ini suara Nurlisa kedengaran keras.
“Sofea tak hilang ingatan pun, Sofea ingat semua yang berlaku, setiap kali ingat, jiwa Sofea sakit, terluka sangat,” Nurlisa kembali menarik selimutnya untuk menyambung tidurnya. Dia melihat suaminya terkedu apabila melihat aksinya, kerana tangan suaminya di tepis.
“Sayang, abang tunggu masa nak explain kat sayang apa yang berlaku. Sebab jiwa sayang sensitive lagi, abang tak nak sayang salah faham nanti,” Syed Arman meletakkan perlahan cawan di meja tepi dan mula melabuhkan punggung di katil itu.
“Sayang kena dengar dulu cerita abang, semalam sayang manja sangat, abang tak sempat nak cerita. Ok, kita ada sejam lagi nak subuh, abang cerita ya,” Syed Arman membaringkan diri dan memeluk isterinya kemas.
“Kadang kadang Sofea menyesal maafkan abang, Sofea minta maaf sebab Sofea kata begini. 6 tahun penderitaan Sofea, hanya 2 hari Sofea dah maafkan abang. Senang kan Sofea? Sofea pernah marahkan diri sendiri sebab bodoh kerana menyintai abang,”
“Sepatutnya Sofea boleh cari bahagia sendiri, ada anak dengan suami baru. Sofea pernah fikir semua itu, tapi kaklong dengan Dr Malik keep ingatkan Sofea, jangan paksa diri untuk mencari bahagia. Follow the flow, Allah pasti guide jalan untuk kita bahagia,”
“Sofea juga pernah berfikir untuk menerima pinangan Eusoff selepas abang berkahwin dengan Sharifah Sakinah, kerana Eusoff menyintai Sofea, pasti dia akan menjaga Sofea dengan baik,”
Nurlisa berkata perlahan, dia melonggarkan pelukan suaminya. Dia tidak mendengar balasan daripada suaminya. Dia tahu suaminya sedang terluka dengan kata katanya.
“Abang tidak berada di dalam kasut Sofea, abang tidak akan faham derita Sofea, tidak mungkin abang akan faham. Tak mengapalah, Allah pasti menjanjikan pahala yang banyak untuk Sofea,”
“Semalam Eusoff hantar whatapp, dia mengandaikan sekiranya dia yang bertemu Sofea dulu, pasti kesakitan Sofea tidak seperti sekarang. Aturan Allah itu pasti ada sebab, hanya DIA yang tahu takdir Sofea,”
Syed Arman masih mendiamkan diri, mendengar setiap bait ayat daripada isterinya. Dia tidak mahu membalas setiap amarah isterinya.
“Sofea minta maaf kalau kata kata Sofea menyakitkan hati abang. Sofea cuma nak abang tahu, sekiranya Sofea mati semasa melahirkan Eimanm kita pasti tak jumpa, dan abang akan berkahwin dengan Sharifah Sakinah, isteri abang yang cantik, study oversea and hebat pulak tu,” hati Nurlisa masih sakit dengan apa yang berlaku.
Syed Arman memeluk isterinya dan Nurlisa mendengar esakan suaminya. Dia tahu kata katanya membuatkan suaminya terluka.
“Dulu, Sofea dah takde airmata nak menangis. Sampaikan badan Sofea lembik sebab rindu kat abang. Pernah masa kat pantai mersing, Sofea nampak abang tengah mandi kat tengah laut. Dengan perut memboyot, Sofea lari ke laut, sebab nak mandi dengan abang. Nasib baik bibik yang jaga Sofea sedar Sofea hilang,”
“Sakit sangat abang, Allah sahaja yang tahu. Sofea membawa kandungan cuma ingin melahirkan, sebab Sofea tak nak Eiman mati sebab Sofea. Setiap hari Sofea fikir, takkan abang tak cari Sofea, Abang kata Abang cintakan Sofea, tapi abang tinggalkan Sofea, hantar orang untuk ceraikan Sofea. Sofea cuma 18 tahun masa tu, abang cuba bayangkan kesan pada jiwa Sofea. Abang bayangkan, walaupun tidak mungkin abang dapat rasa derita Sofea, tapi Sofea nak abang bayangkan,”
Tangisan Syed Arman semakin mendayu, tangannya tidak melepaskan isterinya. Dia tidak akan menyampuk percakapan isterinya, biarlah dia meluahkan.
Dia perlu dengar semua ini, supaya derita ini berlalu pergi.
“Sofea bangkit sebab Dr Malik dan Eiman. Sofea menyesal sebab membodohkan diri selama itu, tetapi personaliti kedua Sofea muncul. Sofea tak nak jiwa Sofea itu, Sofea biasanya diri dengan nama Nurlisa. Nurlisa yang kuat, Nurlisa yang kental, sehingga tamat degree dan berkerja,”
“Lama jiwa Sofea tak muncul, lama sangat, ada sekali jer masa Sofea deman, Sofea pergi class, nampak abang kat uni, Sofea kejar, nasib baik tak kena langgar dengan kereta. Itu rasanya yang terakhir jiwa Sofea muncul sebelum jumpa abang,”
“Abang muncul depan mata, Sofea hampir putus nyawa tengok abang, bayangkan selama 5 tahun, abang menghilang, tiba tiba muncul, selepas tu tak ingat Sofea. Dengan bau yang sama, suara sama, mata sama, semua sama, tiada yang berubah. Abang bayangkan sakit Sofea masa tu,”
Syed Arman mengemaskan pelukan isterinya, dia masih teresak esak apabila mendengar suara isterinya yang tenang, sangat tenang sehingga dia sendiri dengan ketenagan itu.
“Selama hampir satu tahun Sofea mengadap abang, tapia bang tak kenal Sofea. Banyak kali jiwa Sofea muncul depan abang, peluk abang, kiss abang, Sofea tahu sebab dada Sofea bernafas kencang sebelum jiwa Sofea muncul,”
“Seperti biasa, Sofea auto bodoh apabila dengan abang. Biarkan abang kotak katikkan Sofea, biar Sharifah Sakinah tampar Sofea, biar abang masuk rumah Sofea, the real bodoh kan? Terangan bodoh, tapi kebodohan itu takde ubat. Serah diri kat abang, senang jer abang kiss, macam Sofea ni perempuan murah sangat. Eh tak lak, memang murah pun,” suara itu masih tenang, sangat tenang.
Syed Arman masih membisu, pelukannya masih jitu.
“Abang bayangkan perasaan Sofea apabila tengok tangan abang masuk dalam panties Sharifah Sakinah, tangan abang dah pegang dah, Sofea yang bodoh ni nampak jelas tangan abang merayap kat situ. Ya Allah, sakitnya bila ingat, sakit sangat,” kali ni suara Nurlisa berubah lebih perlahan, sangat perlahan.
“Ada ketika Sofea bangga dengan diri sendiri, sebab berjaya jaga maruah Sofea, tidak pernah sekali Sofea biarkan lelaki lain menyentuh Sofea, masa bergurau pun Sofea tidak benarkan, kerana apa? Kerana tubuh Sofea adalah hak milik abang. Sofea masih ingat apa itu dosa, apa itu pahala. Sofea adalah isteri bodoh yang setia menanti suaminya datang, tapi suaminya berzina dengan perempuan lain, depan mata dia,”
“Ada ketika juga Sofea pujuk diri sebab abang tak ingat, jadi mungkin abang confius, tapi berzina tak perlu ada ingatan atau tidak, itu adalah dosa besar. Tapi abang buat jugak, biarkan Sharifah Sakinah peluk abang, pegang dada abang, kiss pipi abang. Semua itu adalah jelas, abang izinkan, jadi perkara itu berlaku,”
“Maaf, Sofea melangkui batas isteri, sebab mimpi tadi Sofea sakitkan hati abang. Sofea masih lagi berbaik dengan syaitan yang berusaha robohkan ikatan cinta kita, ikatan suami isteri kita. Sofea tewas dengan hasutan syaitan. Allahuakbar, maafkan Sofea,”
Nurlisa mencapai tangan suaminya dan mencium perlahan. Dia memeluk suami yang sedari tadi tewas dengan airmata.
“Sofea cintakan abang, sedari dulu sehingga hujung nyawa. Tapi Sofea masih terluka, jadi Sofea harap abang faham dengan Sofea. Tidak mudah rasanya untuk sembuhkan luka, tapi Sofea akan berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik,”
“Sofea nak clearkan kat sini, perkahwinan abang dengan Sharifah Sakinah tidak boleh berlaku kerana Sofea tidak akan izinkan. Abang perlu lepaskan Sofea kalau abang nak continue kasih sayang abang kat Sharifah Sakinah,” suara itu kembali tenang.
Dia perlu berterus terang, supaya suaminya tahu apa di dalam isi hatinya. Dia tidak mahu menjaga hati sesiapa lagi.
Syed Arman sekali lagi memeluk dan mencium lehernya dengan penuh kasih sayang.
“Abang minta maaf, besarkan dugaan sayang, sakitnya penderitaan sayang. Abang minta maaf, sampai bila bila pun maaf abang tak mungkin dapat sembuhkan luka sayang, abang nak sayang jangan tinggalkan abang. Jangan pernah putus asa dengan abang,”
“Abang minta maaf pasal khilaf dengan dengan Sakinah. Abang yang bersalah kerana tidak tegas, terlalu mengikut perancangan abang, walhal abang gagal mempamerkan figura lelaki yang baik untuk sayang,”
“Tak mungkin abang akan mengahwini Sakinah, kerana Allah menjemput arwah beberapa hari yang lepas, sebab kemalangan jalan raya. Kalau arwah masih hidup pun, tak mungkin abang akan berkahwin dengan dia, tak mungkin abang akan lepaskan sayang. Hati dan jiwa abang penuh dengan cinta sayang, nak letak orang lain dah takde ruang. Only sayang seorang dalam hati abang,” Syed Arman mengangkat wajah isterinya dan mencium bibir seksi isterinya perlahan, dengan penuh cinta.
Nurlisa tidak menikmati ciuman itu apabila mendengar berita Sharifah Sakinah sudah tiada. Dia menepis suaminya perlahan dan menegakkan badannya.
“Wait wait, apa abang cakap tadi, tunang abang kemalangan? Bila? How?,” Nurlisa memandang suaminya dengan wajah yang penuh kedutan.
“Ini info yang abang dapat sahaja , sebab Teha yang update abang. Selepas dia pukul sayang that day, mungkin dia takut then lari ke Johor, sebab dia ada ibu saudara kat Johor. Mungkin bawa laju sangat, then dia langgar tembok, meninggal kat hospital Seremban,”
“None of us yang melawat dia, Teha kata Ibu saudara dia yang uruskan semua. Umi pun tak pergi, umi kata dengan Teha, dia nak lupakan hal Sakinah, abang pun tak sure kenapa,” Syed Arman kembali mencapai tangan isterinya dan membawa ke bibirnya.
“Sayang, manja intan payung abang, dengar baik baik apa yang abang nak cakap dengan sayang, dengar dengan penuh kasih sayang kepada Allah,” Syed Arman memgemaskan pelukan mereka apabila melihat isterinya masih kehairanan dengan berita yang dibawanya.
“Abang nak kita berdua maafkan Sakinah, sebab dia dah pergi. Abang faham apa yang sayang alami, abang juga menjadi mangsa ilmu hitam dia, sebab itu sayang tengok abang jadi pak turut, tetapi Allah meletakkan dia sebagai penyebab untuk kembalikan ingatan abang. Kalau abang tak nampak sayang berdarah that day, sampai sekarang sayang mungkin tiada dalam ingatan abang,”
Syed Arman berhenti dan menghempus nafasnya perlahan, dia perlu menyakinkan isterinya tentang niatnya.
“Mungkin sebab abang bahagia sangat dapat ingat sayang, jadi kesakitaan abang dulu tu, abang boleh lupakan, semua mereka yang buat abang derita, abang mengambil keputusan untuk maafkan, fikiran abang penuh dengan sayang, abang bersyukur dengan Allah sebab abang kembali ingat sayang. Allah sahaja yang tahu bahagianya abang. Abang cuma nak bahagia dengan sayang, nak jumpa anak teruna abang, abang nak ajak Eiman main bola, swimming sama sama dan banyak lagi abang nak buat dengan Eiman dan bakal anak anak kita. Abang juga nak bahagiakan umi, bahagiakan Ammar and Babah juga,”
“Sayang faham kan apa maksud abang, membawa dendam di dalam hati adalah berat, menjadikan hati kita kelam, tidak membawa bahagia pada kita. Jadi jom kita lepaskan kesemua dendam kita kepada sesiapa sahaja yang pernah menyakitkan kita, sesiapa pun orang kita, kita maaf dan lupakan. Abang nak mulakan Kembali dengan sayang, dengan putih bersih seperti dulu, masa sayang nasihatkan abang supaya always positive, sayang jangan lupa kisah dulu, sebab sayang abang bersemangat balik untuk teruskan hidup,” Syed Arman melihat jam di tangannya, sudah hampir 6.30am, bermakna mereka perlu bergerak untuk solat subuh.
Dia mencuit dahi isterinya dan mencium bibir seksi itu dengan penuh cinta, dengan jiwa yang mengila.
Nurlisa Cuma mendiamkan diri, masakan dia lupa tentang permulaan kisah mereka. Dia ketika itu menasihatkan suaminya untuk lebih bersabar, jangan ikutkan dendam, jangan terlalu memikirkan sakit hati. Dia juga ingin suaminya melupakan dendam kepada mereka yang menyakitkan hati mereka.
Tetapi kini dia yang sudah lama tenggelam di dalam jiwa yang kelam, hati yang kusut dan fikiran yang penuh kehitaman. Dia menarik nafas perlahan, betapa dia membenarkan syaitan menguasai dirinya, betapa dia membiarkan syaitan bertapak di dalam hatinya.
“Abang, terimakasih sebab abang menyedarkan Sofea tentang rahmat Allah, tentang dendam, apa yang abang cakap tadi betul, sudi ke abang maafkan Sofea sebab permah berdendam dengan abang? Maafkan Sofea abang, Sofea juga nak lupakan kesemua kisah kelam Sofea. Sofea nak jadi Sofea yang dulu, yang putih bersih hatinya,” Nurlisa membalas pelukan suaminya, dia menangis di hujung subuh yang hening itu.
****************************************
Nurlisa menunggu suaminya pulang dari appointment dengan Doktor peribadinya. Mengikut kata nurse, result untuk MRI sudah keluar dari semalam, tapi suaminya menanguhkan untuk berjumpa doctor.
Melihat suaminya yang begitu tenang, Nurlisa sangat mengkhawatirkan suaminya. Dia takut suaminya menyimpan deritannya sendiri, dia tidak lagi sanggup untuk berjauhan dengan suaminya.
Deringan nyaring dari telepon itu mengejutkan dirinya. Dia pantas mencapai teleponnya dan melihat nama kaklong tertera di paparan skrin telepon itu.
“Waalaikummusalam kaklong, adik sihat, alhamdulilah,”
“Yer kaklong, hopefully today boleh discharge. Sepatutnya kejap lagi doctor datang. Nanti adik nak minta keluar dah, Adik nak jumpa kaklong dengan abang long,”
“Abang Arman pergi jumpa doctor dia, today his appointment pasal MRI that day. Adik risau sangat, kot apa apa kat dia, kaklong doakan ya, Abang Arman sihat,”

“Laaaa, habis tu bila Eiman boleh datang KL? Atau adik balik JB la kaklong, boleh bawak abang Arman sekali jumpa mommy and Daddy,”
“Baiklah, kaklong balik selepas jumpa adiklah, tunggu adik discharge dulu sebelum kaklong balik JB. Nanti adik follow kaklong kat JB,”
“Adik ok, adik buat keputusan untuk maafkan abang arman, adik tak nak dendam lagi dengan sesiapa pun. Adik nak tenang,”
Nurlisa memutuskan talian selepas selesai bercakap dengan kakak iparnya. Kakak ipar yang sudah seperti kakaknya sendiri.
Menurut kaklongnya , dia perlu pulang ke JB kerana abang long perlu menguruskan urusan syarikat. Mereka akan kembali ke KL selepas selesai urusan mereka, mungkin selepas 3 hari.
Nurlisa masih ingat tentang perbualannya bersama suaminya pagi tadi selepas solat subuh. Suaminya menceritakan kisahnya, selepas mereka bersama sama bersetuju untuk memadamkan kesemua dendam mereka.
“Abang berpisah dengan sayang sebab abang perlu pulang ke England sebab umi call abang kata Nenda sakit, Nenda cuma nak abang yang jaga dia. Abang cuba call Nenda, tak dapat pulak, call rumah pun tak dapat, call semua orang tak dapat. Abang ingat mereka ada kat hospital. Jadi abang terus ke KLIA from Penang. Terus ke London. Sampai kat sana, Nenda takde kat rumah pun. Menurut jiran sebelah rumah, Nenda dengan Atok ke Mekah buat umrah,”
“Dari situ abang tahu something wrong dengan umi, dia tipu abang untuk balik dari Arau, abang seperti dapat agak dia tahu pasal sayang,”
“Semasa abang kat London, Umi share beberapa gambar sayang tengah bercakap dengan lelaki lain kat rumah Arau, sayang senyum dan nampak sayang bahagia sangat. Abang marah sangat masa tu, abang jadi histeria sebab tengok gambar sayang. Abang jadi keliru dan abang decided nak stay lama kat London, abang tunggu Nenda balik dari Mekah,”
“Sebab hsiteria dengan gambar yang Umi kasi, abang mengupah PI untuk cari tahu pasal sayang. Selepas beberapa hari, PI cakap sayang ok sahaja, tiada lelaki pun dalam rumah tu, semua itu fitnah,”
“Selepas tahu pasal tu, abang terus balik ke Malaysia, terus balik ke PJ, abang terus tanya umi kenapa dia buat abang gini. Kenapa dia perlu kacau abang apabila abang happy dengan kehidupan abang,”
“Umi kata dia akan berbuat apa sahaaja untuk musnahkan kehidupan abang, kalaupun perlu tamatkan riwayat sayang. Abang terus balik ke Arau, sampai sana sayang dah takde, menurut kata Pak Leman, sayang dah pergi beberapa hari lepas,”
“Pak Leman kata dia juga cari sayang , tapi tak jumpa. Dia dah putus jejak sayang. Abang menangis kat luar rumah, menyesal kerana terlalu percaya dengan gambar yang umi kirim,”
“Gelang yang abang kasi sayang itu adalah gelang yang abang beli untuk sayang kat London. Gelang tu yang abang pegang selama ni,”
“Selepas beberapa hari abang kat Arau, Umi called kata dia jumpa sayang kat Fraser Hill. Dia record suara sayang bercakap, sama seperti suara sayang, sebijik suara sayang. Abang pulang ke PJ dulu, ambik baju abang dan terus ke Fraser Hill untuk jumpa sayang, sampai kat sana, cari sayang kat hotel yang umi kasi, tapi tak jumpa dan sayang tak pernah pun datang ke hotel tu,”
“Lepas tahu abang kena tipu, abang call umi, tapi tak dapat. Masa balik dari Fraser Hill, sampai kat Kuala Kubu itu, ada lori pintas kereta abang. Abang mengelak dari lori tu dan jatuh ke gaung. Tapi cara lori tu pintas kereta abang seperti sengaja,”
“Itulah permulaan ingatan abang hilang. Selepas beberapa hari, baru orang jumpa abang. Abang koma lama, masa abang sedar, abang dah tak ingat apa apa, itulah permulaan hidup kelam abang,”
“Selepas abang sedar, umi dah tak sihat, jadi dalam ingatan abang, abang ingat umi tu ibu kandung abang, itu yang mak zah cakap, tetapi selepas beberapa lama, abang dapat rasa sesuatu, abang dapat rasa umi itu bukan ibu kandung abang,”
“Selepas beberapa bulan, abang pulang ke London, tiada seorang dalam keluarga abang yang tahu pasal sayang, sebab itulah apabila abang tanya, tiada yang tahu. Sampaikan abang balik Malaysia, abang masuk modelling, tujuan abang adalah untuk gambar masuk magazine, masuk FP and sesiapa yang kenal abang akan contact abang. Tapi takde sesiapa pun yang kenal abang, jadi mimpi abang itu tinggal misteri,”
“Setiap malam abang mimpi pasal sayang, tapi abang tak kenal sayang, abang mimpi sayang berdarah kat kepala, masa sayang kat Arau dulu, itu yang asyik masuk dalam mimpi abang. Masa jumpa sayang pertama kali, abang rasa denyutan jantung abang kencang, abang dapat rasa magnet yang kuat, sangat kuat,”
“Selepas Sakinah datang dalam hidup abang, abang ketakutan sebab Sakinah nampak sangat dia bencikan sayang, sampaikan abang perlu buat perjanjian dengan Sakinah untuk tidak menggangu sayang, dengan syarat abang akan kahwin dengan dia. Tapi Sakinah cemburu sangat, sampaikan sayang terluka dengan perbuatan dia. Kisah ilmu hitam dia, kisah dia guna gunakan abang, itu semua abang simpan dan cuba elak dengan solat dan zikir,”
“Banyak lagi yang abang nak cerita, tapi ini lah asas cerita abang. Cinta abang kuat dengan sayang, sebab itu mimpi itu datang, menghantui abang, setiap malam,”
Nurlisa terkejut apabila pipinya di cuit lembut oleh suaminya, terlihat wajah ceria suaminya.
“Jauh sayang termenung, abang dah lama balik, sayang tak sedar pun,” Syed Arman melihat mata bundar isterinya seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Sofea ingat apa yang abang cerita kat abang pagi tadi, kisah abang selepas abang keluar dari rumah Arau. Kesian abang sebab abang hidup dengan tidak ingat apa apa pun,”
“Nanti balik kondo, kita hadiahkan Yassin untuk Sharifah Sakinah ya abang, Sofea pun banyak juga berdosa dengan arwah. Semoga arwah tenang di dalam sana,”
Syed Arman memeluk isterinya, membawa ke dada bidangnya.
“Sayang manja abang memang berhati mulia, dengar cakap abang, abang bangga dengan sayang,” Syed Arman memagut bibir isterinya dengan rakus, dia merasa balasan romantik dari isterinya memberikan dia jiwa cinta yang kuat.
Ketukan dari pintu memberhentikan adegan romantic mereka. Terdengar suara nurse yang memberitahu kedatangan Doktor yang bertugas.
“Assalamualaikum Puan Nurlisa, maaf sayang menganggu, hari ni Puan dah boleh discharge ya, saya dah tengok report puan, semua ok, luka pun dah baik, tangan puan juga bertambah baik, tetapi puan kena datang ke hospital selepas 3 hari, untuk buka balutan kepala Puan,”
Doktor yang bertugas menghampiri katil Nurlisa dengan penuh sopan sambil menyalami Syed Arman.
“Thanks Doktor, alhamdulilah,” Syed Arman membalas sapaan Doktor itu.
BERSAMBUNG
Nota Kaki,
Ramai yang tanya, bagaimana yang kasi donation thru coins kat penulis.

Disebabkan novel ini hampir melabuhkan tirai, bolehlah pembaca sekelian kalau mahu donate untuk Gundik Halal (GH).
Pembaca boleh click kat “give your support” and click “top up”. Coin yang paling murah adalah RM3.90 untuk 580 coins, 2500 coins untuk RM19.90.
Boleh lah donate, not for GH, but for novel yang anda baca online. Dengan itu boleh support penulis yang memberi jiwa kepada sesuatu novel yang kalian baca.
Dan nak jumput kalian untuk follow my ig : ciksyiddd ya, sebab selepas ni ada new novel akan menyusul.
Salam sayang dari saya
Cik Syid – Penulis GH

Share this novel

Acik
2021-07-06 09:05:16 

best...bahagiaaa

Norhashila Awang
2021-07-05 23:33:07 

best sangat

Hawani Hashim66
2021-07-05 15:02:49 

tqvm Cik Syid..update teruskan berkarya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience