Rate

2

Other Series 2470

Aku bertopang dagu sambil mendongak , menatap bulan separah yang hampir penuh, terlihat begitu samar tanpa kehadiran bintang.

Tiada yang menarik di sini , kamarku yang terletak tepat menghadap hutan di belakang rumah membuat suasana kamar sunyi sepi , hanya kedengaran bunyi serangga dan haiwan tertentu seperti cengkerik dan katak memanggil hujan .

Ku jatuhkan pandanganku ke dasar tanah , di bawah sinaran bulan yang terhad itu , dapatku lihat seseorang yang sedang berdiri di bawah sana , memandang lurus ke arahku . Aku berkedip sekali dan seseorang tadi menghilang bagaikan angin , membawa pergi rasa ingin tahuku .

Aku tidak puas hati , ku edarkan bolamataku jauh ke hadapan , Tiada sesiapan pun di sana cuma pemandangan gelap-gelita yang tertangkap oleh mataku membuatku berasa seperti orang buta .

Aku menghela nafas , mungkin hanya perasaanku sahaja .

Aku berjalan masuk ke dalam kamar , tiba-tiba terdengar suara lolongan haiwan malam , menyalurkan perasaan takut kepadaku , bulu tengkukku meremang , merasakan ada seseorang yang sedang memperhatikan aku dari arah belakang . Aku memekik dalam hati sambil mempercepatkan langkahku dan segera mengunci pintu beranda lalu menabirkan cermin lut sinar itu .

Kamarku tiada bezanya dengan ruang tamu di tingkat bawah , pencahayaan terbatas dan redup .

Aku mendudukkan diri di atas katil bercadar putih , nafasku memburu kerana kelajuan detakan jantung yang melaju.

Aku mengernyit kening . Ini baru sehari , tapi dia sudah merasai perasaan ini , takut dan berasa sedang di perhatikan oleh seseorang.

Aku kembali mengedarkan pandanganku , mencari sesuatu yang ganjil namun semuanya seperti biasa , tiada bayangan sesiapa pun di sana.

Aku menghembus nafas panjang, karbon dioksida meluncur bersama perasaan takutku tadi .

Mungkin aku boleh mula tidur sekarang .

Aku meraih segelas air dan meminum air dari gelas itu hingga separuh , lalu membalut diriku dengan selimut hangat berwarna putih .

"selamat malam."
Bisikku dalam kesendirian , ayat penenang bahawa semua akan berjalan dengan baik dan lancar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience