Setelah pagi....
Setelah pagi cikgu membenarkan semua ahli pengakap keluar ke kedai di seberang sana untuk membeli barang keperluan menggunakan duit yang diberikan oleh ibubapa. Kumpulan a menuju ke kedai serbaneka dan membeli sarapan. Secara tiba-tiba ada sekumpulan pembuli masuk ke dalam kedai itu dan membuli ahli kumpulan a kecuali Ira kerana ira itu pendek ahli kumpulannya yang lain tinggi jadi Geng Q.A.Z. menyuruh Ira duduk di bahagian tengah-tengah bulatan dan mereka membuat bulatan. Semua ahli kumpulan a cedera parah kecuali Zairah yang teruk dibuli sehingga habis riwayat hidupnya di situ. Ira yang tidak cedera itu terus melarikan diri untuk memberitahu cikgu kejadian yang berlaku sebentar tadi tetapi Ira tersesat di dalam hutan. Hari semakin gelap tetapi Ira tetap duduk di hutan itu dia tahu dia tersesat tapi dia mahu menghilangkan rasa steresnya itu dia tidur di hutan itu.Ju perasan yang kawan baiknya itu tidak balik lagi. Ju cepat-cepat memberitahu cikgu yang kawan baiknya itu tidak balik lagi. "Cikgu. kumpulan a tak balik lagi lah cikgu." Ngadu Ju. "Mari ikut cikgu ke bilik CCTV" Ajak cikgu tetapi Ju pelik kerana masa bila cikgu pasang CCTV dan dalam hutan pun ada CCTV tetapi Ju mengabaikan rasa ingin tahunya itu dan rasa risau itu kembali dan cikgu menunjukkan setiap CCTV yang dipasang. Ju terkejut melihat kawan baik nya itu sedang tidur di dalam hutan dan kemudian ada seorang lagi bersama Ira jaraknya hanya 2 meter sahaja. Dia duduk dan menutup dua belah telinganya kemudian menjerit sekuat hati tetapi peliknya Ira tidak bangun dari tidurnya itu. Ju pun mengajak cikgu untuk pergi mencari Ira.
ENJOY YOUR DAY
Share this novel