31.Ogos.2020(Hari Kem Pengakap)
"Semua ahli pengakap adakah kamu semua sudah bersedia?" Soal cikgu dengan suara yang tegas.
"SEDIA!" Dengan bersemangatnya semua ahli pengakap menjerit sehingga burung yang sedang hinggap di atas dahan pokok tadi , kini jauh bertebangan dari hutan itu.
"Bagus inilah yang cikgu mahukan SEMANGAT! Berikan tepukan untuk diri sendiri." Gembiranya cikgu mendengar anak-anak murid dia bersemangat pada hari itu.Mereka pun menepuk tangan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk kawan-kawan yang lain juga.
"Sekarang cikgu mahu memberi tahu cara untuk memulakan kem. Kamu perlu undi diri sendiri." Kata cikgu tetapi semua ahli pengakap tidak faham apa yang cikgu katakan. Macam mana ye mahu undi diri sendiri hmmm.???? "Ye cikgu faham. Kamu semua tidak tahu bagaimana mahu undi diri sendiri. Biasanya kamu semua undi orang lainkan kali ni undi diri sendiri. Jangan risau cikgu akan terangkan macam mana mahu undi diri sendiri." Ujar cikgu mahu menenangkan anak-anak muridnya. "Yang pertama cikgu akan keluarkan dua kotak yang berlainan warna iaitu putih dan hitam. Kotak yang berwarna putih adalah kotak nama semua ahli pengakap dan kotak hitam pula kotak nama kumpulan iaitu a,b dan c. Yang kedua cikgu akan menggoncang kotak yang berwarna putih dan ambil salah satu kertas. Jika di dalam kertas tertulisnya nama kamu maka cikgu akan memanggil kamu dan kemudian giliran kamu pula menggoncangkan kotak yang berwarna hitam dan ambil salah satu kertas. Jika kamu dapat huruf a maka kamu adalah kumulan a dan orang yang sama huruf dengan kamu adalah sepasukan dengan kamu. Faham?" Terang cikgu. Pehh.. Panjang gila cara dia tapi takpe asalkan seronok dengan kem perkemahan.
ENJOY YOUR DAY.
Share this novel