Hari kedua lagi teruk.. Oleh kerana semalam kena denda di atas kesalahan yang mamat tu dan kawan-kawan dia buat, hari ni pulak dia di denda lagi supaya membawa bekalan makanan untuk perkhemahan tu sehingga ke puncak air terjun.. Rupanya denda 'lopak' semalam tak habis lagi..
Mamat ni dengan kawan-kawannya jalan belakang sekali.. Depan sekali cikgunya dan pengawas. Standard lah kawasan hutan berbukit, mula-mula pokok besar, pastu sampai di suatu tempat jadi sedang-sedang dan sampai kat tempat mamat tu berhenti, pokoknya dah jadi renek.
Hampir 5 jam perjalanan yang dimulakan dari jam 9 pagi hingga sekarang dah nak dekat pukul 2 petang..
Oleh kerana terasa sangat lapar, mamat ni pun rembat roti.
Dia rembat kat dalam bekalan di bawanya.. tiba-tiba boleh pulak datang seorang pengawas ke arah dia dan kawan-kawan.. Cepat-cepat dia sembunyikan belakang pokok dan sorok keseluruhan roti tu bersama daun-daun..
Hampa perasaannya sebab tak dapat jamah roti tu..!!
Selang 5 minit selepas tu, group mereka yang kesemuanya 25 org termasuk cikgu dan pengawas tadi pun rehat sekejap.. Pasal tempat yang mereka nak jejaki tu tak di jumpai lagi.. Pengawas membuat head count.. "Cikgu, terlebih seorang".. Cikgu tu pun marah kat anak muridnya,
"korg jangan main2 lah kat dalam hutan ni, cuba kira lagi..".. "cikgu, ada 29 orang".. kata pengawas tersebut..
Share this novel