BAB 3

Horror & Thriller Completed 6334

KISAH 1
Pelepah Kiri merupakan tempat perkhemahantapi tak di iktiraf.. Pelepah Kanan di iktiraf, tapi tak mencabar.. Kepada yang mahukan cabaran, mereka akan ke Pelepah Kiri tak kiralah bersama cikgu atau hanya berkhemah dengan kawan je.

Kisahnya bermula, apabila sekumpulan budak-budak dari kawasan Kota Tinggi ni bercamping anjuran sekolahnya.

Hari pertama berkhemah pun dah kena, mamat ni menceritakan bahawa ada empat ekor benda menyerupai muka dia dan tiga rakannya yang lain pada malam tu!

Tapi dia tak perasan pun kehadiran 'benda' tu.. Empat ekor 'benda' tu berlari-lari di kawasan khemah, sehingga terlanggar lopak dan terkena cikgunya..

Sebenarnya mamat ni sedang main daun terup dengan tiga lagi kawannya.. Cikgu yg terkena lopak tu tadi pun mengejar empat ekor 'benda' ni sehingga lah 'benda' ni hilang di kawasan gelap..

Setibanya cikgu tu kat kawasan khemah, terkejut beruk kerana mamat ni dengan kawan-kawannya dah ada kat depan unggun api bermain daun terup..

Cikgu ni pun memarahi mamat ni dengan kawan-kawannya pasal berlari-lari sehingga ada lopak mengenai muka cikgunya itu. Mamat ni dengan kawan dia pun menafikanlah penglibatan mereka dalam ssituasi tadi.
Akibat tak nak mengaku, cikgunya mencari kesalahan lain iaitu kesalahan bermain daun terup!

Cikgu tu suruh mamat ni ngan kawan-kawananya berendam di dalam air sungai!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience