26

Fantasy Completed 1477

tahun baru dimana Angel masuk umur ke 20 tahun..

Angel akan melawat Aaric setiap 3 hari.. Angel tidak berjumpa dengan yang lain kerana belum bersedia...

Angel juga mulai mencintai Hain..
tak apa..lagipun Angel cinta pada lelaki terpilih nya..bakal HUSBAND tau..harap mereka kahwin,nak tahu juga nama manja Hain..hahahaha

'wahai author jangan mengharap sangat, nanti merana'(Angel)

ish,sibuk saja,nanti saya kahwinkan dengan Zeos baru tahu

'aarrr,jangan kahwin kan saya dengan Zeos,saya cintakan Hain,nak kahwin Hain,please author 'rayu Angel

hah,macam tu lah,nanti saya kahwin kan dengan Hain ok

'yeah,sayang author 'kata Angel

~~~~~~~~~

"ayahanda, sekarang macam mana..Zeos dah nak bertindak,dia dah bertindak dekat negara EARTH..kita tak tahu negara mana seterusnya yang jadi mangsa" kata Ace

"kita akan menjadi negara terakhir diserang..lepas ni dia akan serang negara Sky,kemudian Sea dan akhirnya Glow.." kata Ayahanda..

"apa strategi yang kita ada??"tanya Aaric

" kita akan kumpulkan orang kuat dari semua negeri,jika tumpas kita terpaksa turun padang kalau tumpas juga,ayahanda guna kuasa akhir dan masa tu semua akan aman"(Maharaja )

semua tercenggang melihat Maharaja, kerana tahu jika kuasa akhir Maharaja di guna,ayahanda mereka akan mati seperti Angel,si malaikat dunia..

semua melenguh,kerana teringat Angel...

setelah 3 bulan...Negara Earth telah di tawan namun tidak membunuh orang di sana,,kini sasaran mereka kepada Negara Sky...
bulan sudah pada bulan April...Zeos berhenti selama sebulan daripada menyerang

hari lahir Angel dan kembar nya pada bulan Mei,,
semakin hari semakin dekat dengan tarikh kelahiran Angel dan kembarnya...
dan harinya telah tiba..tiada satu yang gembira..
Aaric berkurung di bilik harapannya ialah untuk berjumpa Dearnya..

Aaron dan Angely merasa sangat bodoh kerana cemburu pada Aaric masa dulu,kalau tidak pasti mereka meraihkan hari lahir bersama..

hari itu semua orang mendalami kematian Angel.. semua di istana sangat rapat dengan Angel walaupun pekerja bawahan..Angel tidak pernah marah tanpa sebab yang sahih..jika ada silap pasti di tegur dulu..

harapan Aaric tercapai bila mana kakak nya menjumpai nya..mereka bertemu di tempat sama,tapi Aaric tidak kisah asalkan dapat bertemu kakaknya..sepanjang hari itu Aaric bersama Angel...

selepas bertemu Aaric, Angel didatangi Hain..

"Lia,kenapa sedih ni,rindu dengan keluarga ya??"
"ya pada masa yang sama hari ni hari lahir saya,saya rindu nak buat sambutan bersama keluarga..namun saya tahan,sebab tak lama lagi saya akan pulang"
"tak apa awak kuat..dan awak boleh peluk saya dan bayang kan saya adalah orang yang awak rindu"

"tak payah nanti kalau orang awak nampak,difikirnya awak ni tak siuman"
lantas Hain memeluk Angel
"mereka tahu kehadiran awak,cuma mereka tak nampak.."
"ok,saya peluk awak lama tau"
"ok,Lia"
setelah sekian lama,Lia pun melepas kan pelukan itu..cepat2 dia mengelap airmatanya...rindu pula dengan Bee yang selalu peluk Angel..

Hain menepuk nepuk kepala Angel..
"awak kuat Lia"
Angel hanya senyumm..

selepas sebulan Zeos berehat di tempat barunya iaitu Negara Earth...dia mula semula pada Sky...
peperangan itu berlaku selama 4 bulan...
selepas itu,mereka tidak berehat malah terus ke negara Sea..disebabkan Negara Sea berada di dalam laut..jadi agak sukar untuk membuat serangan namum Zeos tidak berputus asa,,

tetap berperang..sehingga mengambil masa 6 bulan..bulan itu ialah Mac..setelah penat berperang Zeos mengambil keputusan untuk berehat di Negara tawanan yang baru iaitu Sea,selama sebulan...

Angel masih dengan rutinnya,berjumpa dengan Aaric setiap 3 hari..Hain kini kerap menjenguk Angel...

"Hain,tak lama lagi saya dah nak pulang tau"
"berapa lama lagi??"
"dalam sebulan lagi"
"hrmm"
"kenapa??"
"tak ada lah,mesti lepas awak pulang saya dah tak ada teman nak berbual"
"tak apa lepas ni..kita tetap boleh jumpa lah"
"betul ni??"
"ya Hain,tapi awak jangan marah bila tahu rahsia tu"
"ok"
"janji??"
"janji"

pasal jangka masa mereka berperang tu lama sebab berganti ganti orang yang lawan..bukan orang yang sama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience