9

Fantasy Completed 1477

'bukk' Angel buat perkara sama pada Ben,seperti mana Angel buat pada Grace.. tapi mata Angel tidak berubah dan nasihatnya berubah

orang yang nampak mestilah tergamam kecuali Aaric yang dari tadi menunduk..

"awak tak payah nak ugut saya, sebab apa?sebab saya tak takut langsung, tapi biar saya pula yang ugut awak.kalau awak kacau Pryce lagi atau ganggu hidup saya dengan sesiapa yang rapat dengan saya,saya akan pastikan badan awak pulang rumah tanpa roh" Angel mencengkam lebih buat leher Ben..

"Lia,dah,jom" kata Aaric sambil menarik tangan Angel..

"ingat pesan saya baik2"

Angel dan Aaric pun meloloskan diri,tanpa mengendahkan Ben yang sedang kekurangan oksigen..
Aaric akan menggunakan nama panggilan nama apabila berada di sekolah kerana tidak ingin identiti putera GLOW nya terbongkar begitu juga Angel dan Angely

••••••••
menuju ke kereta

mereka bercakap dengan suara berbisik..

"Aaric ni kenapa hah,kenapa tak nak panggil sesiapa..tak nak susah kan orang konon tapi perkara ni akan mengganggu Aaric, tahu tak,tapi kenapa dia buli adik,adik buat apa"

"kakak,maaf lah,lagipun Aaric kan pendiam,mana ada kawan,orang tu pula ambil kesempatan lah nak buli..Aaric buat apa yang mereka nak,tapi kali ni mereka nak adik siapkan kerja rumah mereka,memang Aaric tak nak arr,kalau perkara remeh Aaric buat,tapi kalau sampai macam ni
Aaric tak nak,tapi mereka marah kemudian kakak nampak apa yang jadi"

"patutlah mereka senang2 buli adik,adik yang manja kan,memang naik hantu lah bila tiba2 adik tak nak buat benda tu"

"hehe,kakak jangan beritahu bonda,please,Aaric tak nak bonda risau"

"boleh tapi pastikan lepas ni jangan layan mereka dan lawan sikit bila mereka kacau,guna saja angin taufan biar mereka rasakan kehebatan adik"

"adik cuba"
"no,kakak nak kamu janji"
"okey,adik janji,tapi adik tak akan guna angin taufan,nanti terbang sekolah ni"
"okey,deal,hah lepas ni,bila rehat atau pulang sekolah,adik terus pergi kelas kakak tapi kalau Aaric tak datang masa rehat tak apa ,tapi kalau tidak datang waktu pulang tu,kakak pergi kelas Aaric"
"baiklah kakak kesayangan saya"

"kakak!abang Aaric kenapa ?" kata Angely sebaik saja Angel dan Aaric masuk ke kereta

"abang Aaric Angely ni,kena buli,nasib kakak perasan pasal keadaan dia ni"

"what!!abang kenapa tak panggil Angely, atau abang Aaron .nasib kakak perasan" kata Angely lagi

"tak apa,tapi jangan beritahu bonda pasal ni ya,nanti bonda risau"

Aaron dan Angely hanya mengangguk..

sebelum pulang ke istana mereka berhenti di pusat beli belah

Aaric membeli baju lalu membersihkan diri dia..

kemudian pulang ke istana...mereka tidak takut jika ada yang ingin mengekori mereka kerana mereka mempunyai kuasa mengesan dan menukar bentuk kereta..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience