Rate

Prolog

Drama Series 3192

Vila Keluarga Tengku Elyas,
“Sayang..” Eishan memanggil lembut wanita yang sedang berada di hadapannya ini.Wanita yang bakal menjadi permaisuri hatinya tidak lama lagi, wanita yang bakal menjadi makmum kepada solat yang bakal dia imami nanti dan wanita yang bakal menjadi mama kepada putera dan puteri mereka yang bakal lahir kelak.Wanita tersebut memalingkan wajahnya ke arah Eishan, saat itu Eishan menguntum senyum.Kalah berkilo-kilo gula.Indahnya bidadari yang Allah turunkan buat dirinya, dengan wajah bujur sirih tanpa sebarang kecacatan, putih bak salju, bibir merah hati bak delima dan dengan mata yang bundar, Eishan tidak boleh nafikan kejelitaan Aira.
Aira, permata hati Eishan.

Mengenali Aira sejak zaman kolej memberi Eishan keyakinan yang tinggi untuk menikahi wanita itu.Biarpun usianya baru sahaja masuk 25 tahun, Eishan mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan memilih Aira sebagai teman sehidup sematinya.Dengan persetujuan daripada semua pihak, hari ini, saat ini dan detik ini, dalam masa 2 jam lagi, Eishan akan melafazkan akad nikah agar dia sah menjadi imam kepada Aira. “Sayang..” Aira membalas senyuman yang Eishan beri buatnya, senyum Eishan tidak pernah tidak manis buat Aira, “are you ready?” Eishan menyoal pada Aira.

Matanya tunak memandang Aira yang sudah anggun dengan solekan dan dengan busana pengantin berwarna putih.Aira mengelak daripada bertentang mata dengan Eishan, “sayang..I have something to tell you” Aira terus menyuakan hasratnya.Eishan mengerutkan dahinya, lain yang dia tanya pada Aira lain pula jawapan yang dia dapat, apa yang hendak Aira katakan? Adakah sukar untuk Aira katakan ‘yes, I’m ready’ kepadanya? Namun, persoalan itu Eishan pendamkan dalam hatinya.Kasihnya pada Aira hingga dia tidak sampai hati untuk menolak satu pun permintaan wanita itu.

Eishan menarik Aira untuk duduk di atas sofa yang tersedia di bilik tersebut, “tell me, what is it? I’m willing to hear everything from you” ujar Eishan sambil tersenyum.Aira mengeluh, tidak sanggup untuk dia bertentang mata dengan Eishan.Eishan dia lihat terlalu bahagia dengan perkahwinan mereka, Eishan terlalu mengharap akan adanya jodoh di antara mereka berdua.Itu yang buat Aira takut untuk berkata-kata.Apa yang hendak dia katakan pada Eishan ini akan buat Eishan kecewa.Jelas sekali, Aira tidak sanggup untuk lukakan hati kekasihnya itu.

“Eishan..I want you to stop this wedding” akhirnya Aira luahkan juga apa yang terbuku di hatinya selama ini.Aira mengangkat wajahnya, mecari wajah Eishan, hendak melihat reaksi lelaki itu, namun reaksi Eishan bukan seperti apa yang Aira sangkakan.Eishan ketawa kecil, “okey, sayang! You got me! I tahu you bergurau aje..takkanlah you nak hentikan wedding kita.Tak lama lagi you will be mine and I will be yours officially just in two hours from now” ujar Eishan sambil menghabiskan sisa tawanya.Aira menggeleng, “Eishan..I’m serious.I really want you to stop our wedding.I don’t want to marry you..I don’t want to be your wife and you will never be my husband” ujar Aira lagi, kali ini lebih tegas.Aira hendak Eishan tahu bahawa dia serius, bukannya main-main.

Sekali lagi Aira mencari wajah Eishan, kali ini senyuman dan gelak tawa Eishan terus hilang.Aira dapat rasakan genggaman tangan Eishan pada tangannya yang tadinya erat semakin terlerai.Perlahan Eishan menarik genggaman tangannya dari tangan Aira, apa yang Aira katakan merupakan satu kejutan besar buatnya.Amat besar. “Tell me why?” Eishan cuba mengawal perasaannya, saat ini hatinya berbolak-balik.Geram, marah, sedih, kecewa, semuanya bersatu. “Aira..Aira cintakan orang lain dan orang tu bukannya Eishan” tergagap-gagap Aira memberitahu, walaupun hatinya takut ditengking dan dimarahi oleh Eishan, Aira tetap perlu memberitahu Eishan perkara yang sebenar.Bahawa hatinya bukan pada lelaki itu.Tiada sekelumit pun rasa cinta Aira buat Eishan, dia hanya gunakan Eishan untuk dekati lelaki yang dia cintai, untuk miliki apa yang dia kehendaki.Tidak sangka pula, Eishan jatuh suka dengannya sampai sanggup melamar dia menjadi isteri.

Eishan mengeluh berat, rupanya selama ini dia bertepuk sebelah tangan.Selama ini cintanya hanya berbunyi sendiri. “Siapa lelaki tu Aira?” perlahan Eishan bertanya, perasaan marahnya ditahan.Namun, tiada respon daripada Aira, itu yang membuatkan Eishan panas hati. “Aira! Tell me, who is he?!” kali ini Eishan meninggikan suara, “M..Mika! Lelaki yang Aira cintai tu Mika” pantas jawapan meluncur keluar dari mulut Aira.Berdiri bulu romanya tatkala Eishan menjerit.Eishan rasa bagai darahnya menggelegak panas tatkala nama tersebut keluar dari mulut Aira.Kenapa dalam banyak-banyak lelaki di dunia ini, Aira perlu curang pada Mikael?! Sepupunya sendiri. “Mika?! Kenapa Mika?! Oh, jadi selama ni, Aira bercinta dengan Mika di belakang Eishan?! You lie to me! You and Mika!” Eishan memarahi.

Aira hanya mampu berdiam diri, dia tidak berdaya untuk melawan amarah Eishan.Dia kenal Eishan sangat-sangat, jangan berani melawan kalau Eishan sedang marah.Kalau tidak, pasti buruk padahnya nanti. “Aira, please..bagitahu I, kenapa you mesti pilih Mika?! Dia sepupu I! Why must be him that you love?!” Eishan meminta penjelasan, dia masih belum berpuas hati. “Eishan nak tahu kenapa? Aira sayangkan Mika sebab Mika tahu apa yang Aira nak..Mika selalu luangkan masa dengan Aira.Mika sayang Aira seperti mana Aira sayang Mika.Selama ni, Aira dekati Eishan, sebab Aira nak kenal Mika dengan lebih lagi.I want him to recognise me! Eishan pula, bila masa yang Eishan luangkan masa dengan Aira?! Mika ada dengan Aira masa Eishan takde dengan Aira.That’s it! Puas hati Eishan!” Aira menjelaskan.

Eishan mengetap bibir, nafasnya turun naik menahan amarah. “Aira..please go!” Eishan berkata, Aira mengangguk mendengar arahan Eishan, “Eishan, please..Aira tak layak untuk Eishan and I believe that you will find your true love, one day..” Aira berkata lembut pada Eishan.Memang dia sedar yang dia sudah lukakan hati lelaki itu tapi dia tidak sanggup untuk memutuskan hubungan persahabatan dia dengan Eishan. “Kalau Aira rasa Aira tak layak untuk Eishan, then..takde orang lain yang lebih layak untuk Eishan selain Aira.Kalau Aira yang Eishan percaya separuh mati pun boleh tipu Eishan, tak mustahil untuk mana-mana wanita yang Eishan tak percaya langsung boleh tipu Eishan lebih teruk daripada apa yang Aira buat” Eishan menyindir.Kali ini dia tidak memandang wajah Aira, sakit hatinya bagai ditoreh dengan sebilah pisau yang tajam.

Aira mengeluh, dia berdiri dari duduknya, bersedia untuk meninggalkan Eishan dan majlis perkahwinan mereka, Tapi sebelum itu, Aira menanggalkan cincin permata yang Eishan berikan padanya dari jari manisnya.Kemudian dia meraih tangan kanan Eishan dan meletakkan cincin tersebut di atas telapak tangan kanan Eishan, “take this back, I believe this is yours.I don’t deserves to wear this” Aira menghabiskan kata-katanya sebelum dia perlahan berlalu pergi dari Eishan, “Aira!” kedengaran Eishan menyeru namanya, Aira memusingkan badannya memandang Eishan kembali, “anggaplah apa yang Aira lalui dengan Eishan selama ni mimpi.Jangan pernah muncul depan Eishan lagi lepasni” ujar Eishan.Aira mengangguk, “if that’s your wish..I’ll grant it” balas Aira dan terus berlalu pergi.

Eishan menghantar pemergian Aira dari vila keluarganya dengan anak mata, segala soalan yang ahli keluarganya tujukan padanya dia biarkan tidak berjawab.Sepi, tanpa jawapan.Eishan tidak menyangka yang Aira sanggup perlakukan dia sebegini.Rupanya selama setahun mereka bercinta bagai nak rak, hanya Eishan yang merasakan kehangatan dalam hubungan mereka.Sedangkan Aira? Bercinta dengan Mikael di belakang dia.Mikael pula, Eishan langsung tidak menyangka yang sepupunya itu akan menipu dia.Walhal selama ini, dia meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada Mikael.Tahu-tahu saja, Mikael sendiri yang menikamnya dari belakang.Sungguh, Eishan rasa tertipu.

Mengenangkan kata-kata Aira bahawa dia akan temui wanita yang lebih baik, Eishan tidak rasa begitu.Cintanya, hanya pada Aira.Namun, cinta sepenuh hati itu akhirnya tidak ke mana.Pelamin yang sudah siap akhirnya dibiarkan tanpa ada mempelai yang duduk di atasnya.Akad yang sudah Eishan latih di bibirnya akhirnya dibiarkan tidak berucap.Benarlah kata orang, jangan terlalu mencintai.Akhirnya nanti apa yang kita cintai itulah yang akan pergi meninggalkan kita.Samalah seperti Aira, apa yang Eishan impikan bersama Aira akhirnya lebur begitu saja.Aira tidak ditakdirkan untuk Eishan dan Eishan bukan untuk Aira.Dengan bersaksikan bulan dan bintang, Eishan memasang tekad dalam hati, bahawa cinta itu satu perjudian.Cintalah yang menjeratnya dan cinta jugalah yang membohonginya.

Tiada wanita yang mampu mengisi ruang di hatinya, akan Eishan kunci dengan rapat hatinya ini agar tidak dapat dibuka oleh mana-mana wanita pun.Kunci tersebut akan Eishan buang jauh biar tiada satu wanita pun yang mampu mencari kunci hatinya itu.Tengku Eishan Huzair Tengku Elyas, serik dengan cinta.Biarlah dia membujang sampai tua, daripada dia menyiksa hatinya dengan perasaan kasih dan sayang terhadap wanita lain selain daripada Bondanya.Cincin permata yang pernah dia beri pada Aira sebagai tanda lamaran telah menjadi milik Eishan kembali.Hendak buat apa dengan cincin tersebut? Hendak buang, alahai..macam tidak sampai hati saja hendak biarkan ribuan ringgitnya itu terbang begitu saja.

Sudahlah dia bazirkan duit membeli cincin tersebut untuk wanita yang tidak tahu menghargainya, ini hendak bazirkan duit membuang cincin itu semata-mata kerana cincin itu telah disarung oleh Aira? Memang taklah! Cukuplah Eishan korbankan segalanya buat Aira, kini..Aira bukan sesiapa lagi padanya.Jadi, tidak berbaloi sekiranya dia terus melakukan perkara yang bodoh dan tidak mendatangkan apa-apa padanya.Kotak cincin berbentuk hati yang terletak di birai katinya dicapai, cincin permata tersebut Eishan simpan ke dalam kotaknya kembali.Kemudian kotak cincin itu Eishan simpan di dalam laci mejanya.Biarlah, dia simpan dulu cincin tersebut.Mungkin satu hari nanti, cincin tersebut akan tersarung di jari bakal surinya.Itupun kalau hatinya masih hendak menerima lafaz cinta.Hakikatnya hati Eishan telah dibutakan oleh cinta Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience