Rate

Bab 1

Drama Series 3192

"Ada apa Tengku berdua nak jumpa saya??" aku bertanya.Rasa nak putus separuh nyawa bila dapat panggilan dari ofis yang Tengku Elyas dan Tengku Halyna nak buat janji temu dengan aku.Apa yang diorang nak? "Zahra tak perlulah formal sangat, panggil saja auntie dan uncle..tak payah Tengku-Tengku bagai" ramah Tengku Halyna berkata kepada aku sambil menguntum senyum.Tengku Halyna, biarpun umur sudah masuk 50-an tetapi masih terserlah keanggunannya, begitu juga dengan Tengku Elyas, masih terserlah kesegakkannya.Biasalah kot, orang berada, kerabat diraja lagi, mesti menjaga penampilan.

Padan anak diorang elok mata aku pandang.

"M..mana boleh Tengku, nanti apa pulak Tengku Eishan kata bila dengar saya panggil Tengku auntie.." ujarku gagap.Gila nak berauntie-uncle bagai dengan kedua orang tua bos aku? Memang minta potong gajilah jawabnya. "It's okey Zahra, you can call us uncle and auntie..Eishan takkan berani marah, nanti uncle akan beritahu Eishan.Perhaps you can call both of us Walid and Bonda?" Tengku Elyas bergurau, "bos..saya taknak kena potong gaji dengan Tengku Eishan" aku tetap berkeras biarpun bos besar iaitu Tengku Elyas sudah beri greenlight.Aku kerja bawah Tengku Eishan bukannya bawah Tengku Elyas, jadi aku kena patuh arahan Tengku Eishan.

"Oh dear, anak auntie garang sangat ke dengan Zahra? Sayang, you kena bagitahu Eishan untuk berlembut sikit dengan pekerja, tengok sekarang..sampai takut sangat Zahra dengan Eishan" Tengku Halyna mengerling ke arah Tengku Elyas.Ya, auntie..anak auntie memang garang gila nak mampus!! Kecut perut Zahra dibuatnya, hendak saja aku kata begitu pada Tengku Halyna dan suaminya. "My son, he's too dedicated..takpe Zahra, just ketepikan soal Eishan.." Tengku Elyas berkata kepada aku.Akhirnya aku akur untuk menggunakan panggilan auntie dan uncle kepada Tengku Elyas dan Tengku Halyna.

"Zahra..Eishan tahu tak yang auntie dan uncle datang jumpa Zahra?" aku menggeleng menjawab soalan Tengku Halyna. "Tak..ini pun memang waktu lunch saya jadi saya tak inform dekat bos.." jawab aku lagi, "good, actually we have something to discuss with you" Tengku Elyas memulakan bicara, "nampak serius..apa dia uncle? Saya ada buat salah ke? Saya tahu saya tak layak jadi PA anak uncle tapi trust me uncle, saya amanah dalam kerja saya" aku dah mula cuak.

Aku ada seleweng duit syarikat ke sampai diorang datang jumpa aku personal?

Tengku Halyna ketawa kecil, "you are so sweet dear, mustahil kami nak marah kamu..taklah, cuma auntie nak tanya.Sepanjang kamu jadi pembantu peribadi Eishan, pernah tak mana-mana perempuan cari dia?" ohh..jadi ni fasal takut anak dia jadi playboy lah ni, setahu aku bos aku ni jenis tak layan perempuan sangat.Aku ni pun sipi-sipi aje dia pandang, boleh bilang dengan jari lagi berapa banyak dia tegur aku, nak jumpa perempuan memang taklah, "tak pernah auntie" aku jawab dengan jujur.Aku dengar satu keluhan dari mulut Tengku Halyna, aikk?? Mengeluh, kalau aku jadi Tengku Halyna, aku akan gembira sebab anak aku takde perangai buaya darat macam sesetengah lelaki kat luar tu.

"I told you sayang..Eishan memang macam tu" Tengku Halyna mengadu kepada Tengku Elyas, "Zahra..macam nilah, boleh tak auntie nak minta tolong something??" Tengku Halyna capai kedua belah tangan aku kemudian dia pegang erat. "Boleh auntie..nak minta tolong apa?" aku bertanya, takkan nak tolong ibu bos sendiri tak boleh kot? "Zahra rasa anak auntie handsome tak?" Tengku Halyna ragu-ragu.

Aku terdiam, Tengku Eishan Huzair, dengar nama pun aku dah cair dah.Kulit sawo matang, badan sado, tinggi, hidung mancung, bibir belah hati, haih..cukup sempurna tapi sayang, kurang senyum.

"Handsome" sepatah keluar daripada mulut aku buat Tengku Halyna dan Tengku Elyas tersenyum simpul, "boleh tak Zahra pikat anak auntie?" permintaan Tengku Halyna buat aku tersentak, "saya? Mana layak Tengku, kenapa tak offer dekat model popular ke?" aku terlopong.Aku sedar diri okey, bos tu kerabat diraja kot..aku ni?? Takat pembantu peribadi aje, "no Zahra..you are so beautiful, you have the heart of angel and I am so sure that my son will fall in love with you.Just you have to work hard to win my son's heart..auntie tak berapa berkenan dengan model kat luar sana tu..dan auntie yakin dengan Zahra sebab Zahralah wanita yang paling rapat dengan Eishan" jawab Tengku Halyna.

"Auntie..maaf Zahra cakap tapi, anak auntie tu dingin sangatlah..pandang malah nak senyum pun susah" aku jujur dengan Tengku Halyna, matilah kau Qaireen kalau Tengku Halyna bagitahu kat Eishan.Kantoi kau kutuk bos kau kat belakang, "sebab tulah auntie nak Zahra pikat hati Eishan..Eishan tu dah macam hilang minat kat perempuan dah" mata aku buntang, "maksud auntie Tengku Eishan tu??" aku tidak jadi menyambung kata "tak..auntie tak maksudkan macam yang Zahra fikir tu, cuma auntie nak pastikan yang anak auntie tu still ada minat dekat perempuan..auntie percayakan Zahra, pertama kali auntie jumpa Zahra masa meeting hari tu, auntie dah jatuh suka dengan kesopanan Zahra.Zahralah calon yang terbaik untuk jadi menantu auntie and that's why I want you to seduce my son and be his wife" jelas Tengku Halyna.

Aku berdiam diri, aduh parah ni!!

Aku nak bercakap dengan bos tu pun susah, kalau dapat cakap sikit pun mesti gaduh punya.Dah bos dengan aku ni bukan satu kepala nak buat macam mana, aku suka putih tapi taste bos nak warna hitam.Aku suka yang kecil tapi bos prefer yang besar, macam mana nak pikat hati bos?? "Please Zahra.." Tengku Halyna memohon lagi lembut, ahh..aku tak bolehlah macam ni.Tengku Halyna dah macam Umi.Takkan aku nak tolak permintaan orang yang aku dah anggap macam Umi aku sendiri?

"Okey auntie..tapi please jangan salah faham.Zahra terima bukan sebab duit atau darjat tapi sebab Zahra pun kesian jugak kat bos tu..dan juga dekat auntie dan uncle" akhirnya aku setuju.Tengku Elyas dan Tengku Halyna menguntum senyum bahagia, "uncle dan auntie tahu..Zahra memang pilihan kami berdua yang terbaik" Tengku Elyas mengangguk.

"Thank you Zahra..I really hope that I have a sweet and beautiful daughter like you" Tengku Halyna menarik aku dalam dakapannya.Pada mulanya aku tersentak, terharu dengan Tengku Halyna dan Tengku Elyas yang langsung tidak menitik beratkan soal darjat ataupun harta.Aku akhirnya membalas pelukan Tengku Halyna, "esok kita jumpa lagi, auntie akan beritahu Zahra semuanya tentang Eishan..apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.." Tengku Halyna meleraikan pelukan sambil menyeka air mata kegembiraannya.

Aku mengangguk, nampaknya Qaireen Az-Zahra, esok bermulalah misi kau untuk memikat hati bos kau yang dingin tahap ais beku di antartika tu, Tengku Eishan Huzair Tengku Elyas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience