Bab34

Romance Completed 1263875

Nurlisa terjaga tepat pukul 3 pagi. Dia sebenarnya tidak boleh melelapkan mata langsung. Nurlisa membuka teleponnya, ingin sekali dia mendengar perkhabaran daripada Syed Arman, apa terjadi sehingga dia tergesa gesa pulang.
Selepas telepon di buka, berderu deru notifikasi masuk. Sebenarnya Nurlisa terlupa untuk mengaktifkan telepon selepas pulang daripada rumah Dr Malik. Ya.. semuanya serba tidak kena apabila melihat kelibat Syed Arman di rumahnya.
Nurlisa memeriksa text dan message satu persatu, semuanya pujuk rayu Syed Arman semasa dia di rumah Dr Malik. Tiada apa apa berita selepas Syed Arman balik.
Nurlisa membuka whatappnya dan melihat Syed Arman “online”. Pasti sesuatu yang berlaku kepada keluarganya. Dia pasti, tapi dia tidak tahu kenapa.
Nurlisa berganjak daripada katilnya, dia ingin membuka kotak yang di pesan daripada Haiqal. Dia ingin mencari diari pertamanya, kerana diari itu tiada di dalam simpanannya. Tapi dia harus berjumpa dengan PenciptaNya dahulu. Itu yang lebih penting apabila matanya terbuka pada waktu sunyi, waktu yang paling tepat untuk mengadu tentang kisahnya.
Usai solat sunat taubat dan tahajjud, dia mengangkat tangan, dan berdoa kepada Allah yang Maha Satu.
“Ya Allah, Segala pujian hanya padaMU ya Allah, ampunkan dosa dosaku Ya Allah, berkatilah aku, rahmatilah aku, dekatkan aku padaMU ya Allah. Cinta aku padaMu melebihi segala galanya ya Allah. Aku redha dengan segala ujian yang Kau berikan padaku. Aku tahu Kau telah sediakan yang terbaik untukku. Ya Allah Ya Rahman, sekiranya Syed Arman bukan jodohku, Kau jauhkanlah dia daripadaku, dan sekiranya dia jodohku, Kau permudahkan jodoh kami Ya Allah. Kau terangkan hatiku di dalam menerima ujianMu, Kau terangkan hatiku dalam mencari redhaMu yang Allah. Aku berjanji aku akan terus kuat demi, Kau berkatilah aku Ya Allah,”
Suaranya kedengaran sungguh mendayu, dia begitu ingin menjalani hidup normal seperti orang lain, dapat melupakan semua kesakitan, tapi memberi tumpuan kepada kehidupannya.
Satu pesatu Nurlisa membuka kotak itu, sudah lima tahun kotak itu tersimpan di rumahnya di Arau. Selepas membuat keputusan untuk mencari abangnya di Johor Baharu, dia terpaksa meninggalkan kotak tersebut kerana dia sangat tidak berdaya ketika itu.
Satu persatu barang di dalam kotak itu di keluarkan, tetapi diari itu tidak di jumpai. Seingatnya, dia sudah mengambil kesemua barangnya daripada rumah agam itu. Tetapi barang yang di cari tiada di dalam kotak ini.
Kelihatan AlQuran yang masih baru berada di dalam kota itu.
Tangan Nurlisa menyentuh Al-Quran, ianya pemberian ayahnya semasa hari jadinya ke 16.
Airmatanya mengalir laju. Dia membuka perlahan helaian yang pertama dan membaca amanat ayahnya.
‘Sekiranya abah dan mak pergi suatu masa nanti, adik harus ingat apa yang ayah tulis ini.
1. Adik harus menjaga Abang dan Abang juga harus menjaga adik. Jangan berpisah dengan abang, walau apa pun yang terjadi
2. Adik harus belajar bersungguh sungguh, harus menjadi orang yang hebat
3. Adik harus belajar menerima takdir Allah untuk kita. Buruk atau baik pasti ada hikmahnya. Selalu refer kepada A-Quran.
4. Adik harus melangkah kehadapan, jangan pandang kisah pahit, jangan tangisi kehilangan, tapi adik harus simpul pahit itu sebagai loncatan untuk adik mencari bahagia.
5. Yang paling penting, adik harus kuat, harus tahu pilih intan atau kaca.
6. Insyallah adik akan jadi insan yang hebat
7. Abah dan mak sayang adik
Ingat pesan ini Nurlisa Sofea’
Nurlisa seperti tersentak dengan pesanan itu. Abahnya seperi tahu kesakitannya. Airmata mengalir perlahan, dia menangis teresak esak kerana terlalu mengikut perasaan selama ini. Dia terlalu mendambakan Syed Arman, terlalu mendambakan suaminya pulang, walapun dia sudah menerima nota cerai itu.
Kerana cintanya yang kuat terhadap Syed Arman, dia tidak mahu percaya kepada nota cerai itu, walaupun dia tahu itu adalah tulisan Syed Arman. Dia juga tidak mahu percaya yang Syed Arman meninggalkann dirinya selepas hubungan mereka sudah baik, sudah seperti suami isteri yang sebenar.
Dia masih tidak mahu percaya Syed Arman pergi tidak kembali selepas Syed Arman meluahkan kata cinta kepadanya.
‘Ya Allah, pesanan Abah ini memberi tahu yang aku harus pergi kan? Aku harus move on, aku harus menyayangi diri sendiri kan? Aku juga harus tahu diri kan? Aku tahu Ya Allah, Kau sayangkan aku, Kau mengatur semua ini untuk aku balik ke pangkal jalan kan? Terimakasih Ya Allah’
Tangisan Nurlisa bergema diruang dapur itu. Dia seperti mendapat cahaya baru, dia seperti baru bangun dari lena yang panjang, dia juga seperti mendapat cahaya kekuatan daripada abahnya.
‘Terimakasih Abah, terimakasih mak’
‘Adik akan mencari jalan pulang, adik akan cari diri adik yang hilang’
‘Adik minta maaf selama ini adik bertindak seperti orang yang lemah, adik tidak akan hanyut di dalam khayalan adik lagi. Adik berjanji’
Nurlisa bangun daripada kerusi dapur itu, menyimpan semua barang barang daripada kotak itu kedalam biliknya. Dia tidak tahu di mana diari yang pertama itu berada, tetapi dia tidak perlukan lagi.
Esok dia berkira kira untuk mencari information daripada google, tentang perkahwinan yang tidak di daftarkan, bagaimana mahu mengakhirinya. Surat nikah dan surat cerai daripada Syed Arman itu sentiasa berada di dalam dompetnya. Dia sudah melipat menjadi kecil dan di selit di ruang belakang dompetnya.
Nurlisa akan memulakan hari dengan penuh keyakinan, dia sudah bertekad untuk menghadapi semua kesakitan dan tidak tahu terlalu taksub dengan kisahnya 5 tahun dulu.
Nurlisa tersenyum sambil mengucapkan syukur. Dia tidak sabar untuk menghadapi hari esok.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Selepas 2 minggu
Nurlisa sampai ke pejabat itu tepat jam 8 pagi. Hari ini dia ada meeting, yang memerlukan Nurlisa untuk membentangkan usul tentang Sekolah Tahfiz itu. Sudah 2 minggu mereka memecah idea untuk menyelesaikan draft usul yang pertama.
Jam 10am nanti, dia harus membentangkan usul itu di hadapan Pengerusi, CEO dan Syed Arman. Semuanya sudah tersedia.
Yaa…. Sudah 2 minggu juga Syed Arman tidak masuk pejabat, sudah 2 minggu juga mereka tidak berhubung, tidak juga melalui text dan call. Tidak pernah sekali Syed Arman menghubunginya. Tidak juga bertanya khabar.
Semua instruction datang melalui email dan Danish. Email daripada Syed Arman juga seperti sangat official, kandungan email juga tidak menjurus kepada perkara lain, hanya berkenaan kerja sahaja.
Rindu dengan Syed Arman?
Yaaa… rindu itu sangat memberat, tapi dia sudah tahu menapis kesakitannya.
Daripada Danish, Nurlisa mendapat tahu yang Umi Syed Arman cuba untuk membunuh diri dan berada di hospital sehingga kini. Menurut Danish lagi, keadaan Umi Syed Arman sudah sedikit stabil, tapi masih perlukan pemerhatian Doctor.
Nurlisa mulai faham aturan Allah, Nurlisa mulai belajar cara untuk menerima, cara untuk memahami. Dia pasrah dengan aturan untuk dirinya.
Kesibukan dirinya menghalang dia berjumpa Haiqal dan Diana. Bukan itu sahaja, kesibukannya juga menghalang dia mencari information tentang status perkahwinannya.
Untuk kali ini, dia akan bercerita semuanya kepada Haiqal dan akan meminta nasihat untuk melangkah daripada pintu derita ini.
Biarlah Syed Arman dengan orang yang setaraf dengannya. Dia tidak patut masuk campur urusan keluarga mereka. Dia sedar diri…
“Cik Lisa, saya dah edit slide as per your email. Saya dah email tadi, cc to Tuan Syed Arman juga. Tuan Syed Arman pesan, nanti meeting Cik Lisa yang present. En Eusoff will join us, together with 2 Arkitek from Endah construction” suara Danish kedengaran sangat ceria di hujung panggilan itu, mana tidaknya, sudah 2 minggu bersekang mata menyiapkan 1st draf untuk pembinaan Sekolah Tahfiz itu.
Nurlisa menamatkan panggilan Danish setelah mereka bersetuju tentang isi kandungan slide tersebut. Nurlisa sudah bersedia untuk berjumpa empat mata dengan Syed Arman. Dia juga sudah bersedia untuk menghadapi semua kemungkinannya.
Dia sudah kuat, dia juga sudah nekad.
Dia hanya berkerja, dia harus mencari rezeki, tidak lebih daripada itu.
Tidak akan lebih daripada itu, dia sudah tahu itu. Dia juga sudah berkali kali mengingatkan dirinya agar tahu diri.
Dia menghabiskan roti dan milo sendirian di biliknya. Sudah 2 mimggu dia tidak makan nasi lemak atau makanan berat semasa breakfast. Kesibukan diirnya menjadikan dia tidak memilih makanan.
Selepas habis presentation ini, dia berkira untuk mengambil cuti jumaat dan bersambung sabtu dan ahad. Dia mahu menghabiskan masa dengan Eiman. Dia sudah rindu benar dengan budak comel itu.
Eiman sudah berada di Johor Baharu, Kakak Iparnya membuat keputusan untuk memasukkan Eiman ke sekolah swasta di Johor Baharu, berdekatan dengan kediaman Abang dan kakak iparnya. Dia bersyukur kerana keputusan itu membuatkan Eiman dekat dengannya.
Sedang dia menghabiskan breakfastnya, pintunya di ketuk, kedengaran suara setiausaha Syed Arman menyapa di sebalik pintu.
Selepas memberi kebenaran, kelihatan Ameena memberi senyuaman yang sangat ikhlas. Dress pendeknya menyerlahkan keseksiannya. Dadanya terbuka luas, menampakkan lurah yang pasti membuatkan lelaki cair.
“Hi Cik Lisa, Syed Arman pesan semua kena ada di meeting room at 9.45am. Chairman will join us at 10am. He asked you to get ready with laptop and slide,” selepas menghabiskan ayatnya, dia keluar tanpa mendengar balasan daripada Nurlisa.
Dan Ameena masuk balik ke bilik
“ I nak you tahu you cantik sangat today, you look sangat exclusive and elegan. And you look different from semua orang kat office ni, your baju kurung is stunning. I love the way you are dressing and present yourself to public,” suara itu kembali menghilang.
‘Masuk balik semata mata nak puji aku’ Nurlisa ketawa sendiri
Nurlisa ketawa hambar apabila mengingat pesanan daripada Syed Arman, dan dia pasrah yang jaraknya dengan Syed Arman sudah semakin menjauh. Mereka cuma bercakap melalui orang tengah.
‘Tidak mengapalah duhai hati, ini semua latihan untuk menjadikan kita kuat’ Nurlisa berkata sendirian sambil tersenyum pahit. Dia dapat merasakan kepahitan itu.
Airmatanya hampir gugur, tapi semenjak dua minggu yang lepas, dia sudah sedikit tahu cara mengawal emosinya. Dia sudah sedikit bijak menangani situasi yang membuatkan dia terasa kerdil, terasa teraniaya, terasa ketidakadilan.
Itu cuma perasaannya, yang lebih pasti dia harus tahu masih ramai orang yang menyayanginya.
Abangnya, Edrus
Kakak Iparnya, Melissa
Semua yang berada di sampingnya selama ini, dia tidak mahu lagi membuatkan mereka risau tentang keadaan dirinya.
Tepat jam 9.30am, Nurlisa bergerak ke bilik mesyurat di tingkat yang sama, tapi di sayap bangunan yang berbeza. Dia berjalan sendirian sambil melihat text yang di kirim oleh Dr Malik. Kelihatan Dr Malik dan Dr Marian sangat bahagia mengerjakan umrah bersama
“Uncle doakan Lisa di berkati Allah selalu, semoga Allah memberi Lisa bahagia, semoga Allah memberi Lisa ketabahan, semoga Allah juga memberi Lisa ketahanan hati dan kehidupan yang baik dan sempurna. Uncle dah wakafkan AlQuran guna nama Lisa, Uncle juga sedekah duit kepada cleaner di Makkah ini guna nama Lisa. Uncle harap Lisa akan lebih tenang dan dirahmati,” kandungan text itu membuat air mata Lisa gugur semasa perjalanan ke meeting itu.
Ya…dia beruntung kepada support systems dia sangat kuat dah kukuh. Selama ini dia merasa sendirian, tetapi dia tidak tahu berapa ramai yang menangis kerananya.
‘Maafkan aku Ya Allah’ kata kata itu bergema di dalam hatinya.
Dia berkira untuk menukar bunga Lily kepada bunga lain yang lebih berwarna warni, dia harus membuang semua kenangan bersama Syed Arman. Dia harus memberi warna baru kepada kehidupannya.
Nurlisa menolak daun pintu bilik meeting itu. Dadanya berdegup kencang kerana kelihatan Syed Arman dan Ameena sudah berada di dalam bilik tersebut. Syed Arman tidak memandang dirinya, kehadirannya juga tidak memberi kesan kepada Syed Arman.
“Assalamualaikum Tuan Syed, untuk Cik Ameena juga,” kedengaran suara Nurlisa sekadar berbasi basi.
Dia mendengar Syed Arman menyambut salamnya. Ameena kelihatan mengerutkan dahinya apabila memandang kedinginan Syed Arman terhadap Nurlisa. Sebab selama ini, mata Syed Arman kelihatan galak memandang Nurlisa. Dia tidak tahu apa apa, cuma dia mengagak mereka di dalam perang dingin.
“Get ready with slide now,” suara Syed Arman kelihatan tegas, matanya tidak memandang Nurlisa. Matanya tidak berganjak daripada phonenya.
“Ok boss,” Nurlisa terus menyambung laptopnya ke skrin pemancar di bilik mesyuarat itu. Dia cuba menutup gelodak hatinya, dia juga cuma memberi ketenangan kepada suaranya. Dia harus kuat, dia tidak akan tunjukkan lemah di hadapan orang lain lagi.
‘Cukuplah yang lepas, cukuplah…,’ dia tidak memandang Syed Arman, tidak langsung. Dia berlagak seolah olah jurang pekerja dengan boss masih utuh di situ. Dia berjaya membuang semua perlakuan Syed Arman selama mereka kenal.
‘Beri aku peluang untuk hidup bahagia Ya Allah,’ suara itu bergema lagi didalam hatinya.
Pintu bilik meeting itu di ketuk dan kelihatan Eusoff di muka pintu. Dia masuk dan mengambil tempat di sebelah Nurlisa, sambil menghulurkan tangan kepada Syed Arman.
Apabila huluran tangannya ke arah Nurlisa, Nurlisa menolak lembut sambil tersenyum.
“You look pretty today Princess,” suara lelaki itu mengodanya. Dia memandang Nurlisa dengan pandangan wajib seorang lelaki normal. Nurlisa sudah terbiasa dengan pujian dan dia cuma tersenyum memandang ke a ah Eusoff.
“Dear, bila orang puji you, you should say thank you, I susah nak puji orang tauuu, but you memang super cantik today,” suara itu memang mengoda dicampur dengan wajah kacak, matanya coklatnya memang tidak dapat dinafikan.
“ohhh..thanks,” Nurlisa membalas sambil tersenyum kepada Eusoff. Mata Nurlisa memandang Syed Arman, dia mahu melihat bagaimana reaksi Syed Arman. Kelihatan lelaki itu tidak menunjukkan apa apa riak, matanya masih memandang teleponnya.
Di dalam mengawal diri, mata Nurlisa sudah berkaca. Dia sedaya upaya memujuk hatinya agar bertabah. Daripada reaksi Syed Arman, dia tahu keputusan untuk tidak memberitahu tentang mereka berdua adalah tepat. Dengan tidak tahu apa apa, Syed Arman senang untuk membuat keputusan tentang masa depannya.
Dari satu sudut, dia bersyukur. Dia juga harus berganjak daripada deritanya.
Dalam masa 10 minit, bilik meeting itu sudah penuh dengan kehadiran. Kelihatan Tuan Syed Awaludin dan Syed Adam mengambil tempat dia kerusi paling hadapan. Daripada aturan kedudukan kerusi, Ameena sudah menetapkan tempat masing masing.
Di dalam bilik mesyuarat itu, kerusi Nurlisa berdepan dengan Syed Awaludin, Syed Adam dan Syed Arman. Danish berada di sebelah Nurlisa, manakala Eusoff bersama dua arkitek berada di barisan sama dengan Syed Adam dan family.
Selepas menghabiskan mukadimah oleh Syed Arman, Nurlisa memulakan presentation yang mengambil masa selama 30 minit. Mereka tekun mendengar dan keliharan riak gembira di wajah Syed Awaludin dan Syed Adam. Nurlisa pasti mereka bersetuju dengan proposal mereka.
“Overall ideas are good and all-important items in there. Saya cuma nak tanya kenapa kita perlu ada ada bangunan sampai 5 tingkat. Sebab kita ada tanah yang cukup untuk dirikan 5 bangunan 3 tingkat,” Tuan Syed Awaludin menanyakan soalan itu kepada Nurlisa.
Nurlisa tersenyum sambil mengalihkan kembali slide yang mengandungi jawapan kepada persoalan tersebut.
“Tuan Syed, kita perlukan tanah yang luas untuk membina kebun dan kandang kambing dan kuda. Kita juga perlukan tanah untuk padang bola dan padang untuk yang lain juga. Kalau tuan setuju dengan saranan berkenaan kandang kambing dan kuda tu….,” Nurlisa menjawab lembuat, suaranya di buai buai singgah di telinga Eusoff
“ok ok, saya suka dengan ideas tu, please proceed. Arkitek dah start boleh draw the plan, Insyallah by next week kita dapat approval from board director. After completing the plan, pass tu Eusoff to calculate the budget. Insyallah 4 months from now, kita dah boleh start project,” Syed Awaludin memandang Nurlisa dengan kagum. Pengalaman pertama gadis ini sangat hebat, presentationnya juga menyeluruh.
“Arman, please handover your proposal paper by this week,” Syed Arman memandang Nurlisa sekilas, mata mereka bertemu juga sekilas.
Dada Nurlisa berdebar, matanya juga masih tidak lepas memandang Syed Arman. Perlakuannya mendapat perhatian Eusoff dan Syed Adam.
“ok Tuan Syed, I will settle by this week. Insyaallah,” akhirnya suara Syed Arman kedengaran di telinga Nurlisa. Dia memandang Babahya sambil tersenyum, mesra.
“Ok, kita habiskan meeting today dengan bacaan AlFatihah, semoga semua yang kita rancang di berkati Allah. Al-fatihah,” suara Syed Arman mengambil tempat.
Mereka berteleku selama seminit dan semua bangun sambil bersalaman. Kelihatan Eusoff mendekati Nurlisa selepas memyalami Chairman dan CEO itu.
“Good presentation Cik Lisa, jom lunch dengan I, my treat,” Eusoff tersenyum memandang Nurlisa. Dia tahu Nurlisa terlihat sangat kekok dengan kemesraannya. Dia juga tidak biasa berhadapan dengan gadis yang sangat tertib dan menjaga penampilan seperti Nurlisa. Biasanya gadis lain akan bersorak apabila dia mempelawa makan atau keluar.
“Cik Nurlisa, jumpa I kat office in 15 mins. I nak discuss about proposal paper” suara Syed Arman menapis ke telinga Nurlisa. Dia tersentap, tiada lagi orang tengah. Dia memandang Syed Arman yang sudah menapak keluar dari bilik meeting.
“Thanks En Eusoff, Insyallah lain kali kita lunch together, today nampaknya tak boleh, I need to settle by work first,” balasan itu cukup membuatkan Eusoff tersenyum kepada Nurlisa. Dia akan pastikan mereka akan lunch bersama, kerana dia perlu mengenali Nurlisa, pasti ibunya suka dengan penampilan gadis pilihannya.
Nurlisa berjalan ke bilik Syed Arman setelah keluar daripada toilet daripada biliknya. Dia membawa laptop dan buku nota kecilnya. Ameena tidak kelihatan di tempatnya. Pintu bilik Syed Arman juga terbuka sedikit, dia pasti Ameena berada di dalam bilik bossnya.
Nurlisa lega, tidaklah dia perlu berpura pura dengan Syed Arman, lagipun dia tidak tahu untuk memberi riaksi kepada Syed Arman.
Tanpa mengetuk pintu, Nurlisa menolak perlahan daun pintu bilik itu. Perlakuan spontan itu mungkin terjadi apabila jiwanya masih menganggap Syed Arman adalah Syed Arman yang dahulu.
Dengan perlahan dia melangkah perlahan sambil matanya menjengul ke dalam. Matanya tertancap adegan yang membuatkan badannya mengigil. Dia melihat dengan jelas seorang perempuan yang seksi sedang mencium bibir Syed Arman, dan Syed Arman dengan mesra membalas kucupan bibir itu mesra. Ya..mesra, sampaikan mereka tidak perasan kehadiran Nurlisa.
Nurlisa keluar daripada bilik itu perlahan. Dia menyandarkan badannya di tepi pintu bilik itu. Dia menarik nafas panjang, juga menghembuskan juga panjang. Dia betul betul berharap hatinya dapat berkerjasama dengan dirinya.
“Cik Lisa, kenapa berdiri kat luar, I dah bukakkan pintu bilik boss, kenapa tak masuk?,” suara Ameena itu kuat, membuatkan Syed Arman keluar daripada biliknya. Syed Arman memandang Nurlisa tepat.
“Sayang, I balik dulu, jumpa kat rumah malam nanti,” ujar gadis itu sambil mengambil tangan Syed Arman dan menciumnya, mesra.
Syed Arman memandang Ameena tidak berkelip, seperti meminta Ameena membantunya. Dia tidak tahu kejadian di biliknya tadi di tonton oleh Nurlisa atau tidak.
“Boss, I nak pergi ladies sekejap, nanti I datang balik,” Nurlisa terus berjalan ke biliknya. Langkahnya deras, tidak tersekat sekat dan dia sangat bersyukur kerana dia dapat mengawal otak dan hatinya.
Dia mengunci pintu officenya, sambil tangannya pantas mendail telepon Haiqal. Dia hampir menangis, tapi dia masih boleh bertahan.
Matanya sudah merah dan berkaca.
“Assalamualaikum, abang free tak, Lisa nak pinjam masa abang 5 minit boleh?”
“Abang boleh bacakan ayat kursi kat Lisa, Lisa nak dengar abang baca, lama dah tak dengar,”
“Kalau abang dengar Lisa nangis, abang jangan tanya ya, Abang kena habiskan bacaan abang,”
Dan dia menhemburkan tangisannya, melepaskan semuanya. Tangannya mengurut dadanya, tisunya di ambil sambil mengelap air matanya.
Kedengaran pintu biliknya di ketuk, perlahan
Ketukan ke dua kedengaran suara Syed Arman memangil namanya.
BERSAMBUNG……………..
Pemuda itu terbaring lesu di katilnya, dia menangis semalaman, sudah sebotol arak di minumnya, tapi tidak juga dapat menghilang amarah di hatinya.
Sudah berjam jam dia tidur, dia masih juga mengingati tentang kejahatan uminya.
Dia membuka mata, membuka telinganya, kedengaran suara seseorang mangalunkan bacaan Al-Quran, sangat dekat dengan telinga. Suaranya mendayu dayu sambil menangis teresak esak.
“Ya Allah, suamiku dalam kesakita jiwa yang teramat sangat, Kau bantulah dia Ya Allah, dia orang yang sangat baik Ya Allah, cuma dia tersesat jalan, Kau kembalikan lah dia ke pangkal jalan Ya Allah,”
Doa itu meresap ke jiwa pemuda itu. Meresap ke dalam hatinya. Ini lah pertama kali dia mendengar seseorang yang berdoa untuknya. Dan selama ini juga dia tidak pernah berdoa untuk dirinya.
Airmata pemuda itu mengalir laju, dia tahu dia sudah punya seseorang yang boleh bersamanya. Dia tahu..

Share this novel

Yazni Ernie
2020-10-05 01:25:51 

hi hi dear...tqvm ....lama i'm waiting..tqvm against


NovelPlus Premium

The best ads free experience