Bab 48

Romance Completed 1266201

Nurlisa masih menangis selepas melihat keadaan Syed Arman yang sangat lemah. Selama dia mengenali Syed Arman, dia tidak pernah melihat sebegini lemah. Matanya kuyu, tangannya asyik mengosok rambutnya, seolah olah Syed Arman tidak selesa dengan keadaanya.
“Abang, cakap dengan Sofea abang sakit kat mane? Kenapa abang pegang kepala abang? Abang ingat semothing?,” Nurlisa masih lagi berdiri sambil tangannya masih memegang tangan Syed Arman.
“Sayang, on kan phone abang, abang nak call doctor. Abang tak nak gi hospital,” suara Syed Arman kedengaran sangat lemah.
Nurlisa pantas mencapai iphone 11 Syed Arman yang terletak di atas meja kecil di tepi TV. Dia terus mengaktifkan phone dan menghulurkan kepada Syed Arman. Airmatanya masih mengalir deras, dia sudah bertekad akan mengaku siapa dia di mata Syed Arman, dia tidak mahu berselindung lagi.

Setelah seketika, Nurlisa mendengar suara Syed Arman.
“Uncle, Arman sakit kepala, Arman nampak banyak memori tapi tak sure the right memori or not. Arman tak pernah rasa begini. Kepala Arman macam nak pecah,”
“Uncle tak perlu risau, Arman ok, tapi Arman ada jauh dari KL,”
“Boleh makan Panadol ke Uncle, Arman tak tahan pening sangat, kalau Arman angkat kepala, rasa nak pitam,”
“Not sure Uncle, sebab bila Arman tried to concentrate each of memory, kepala Arman rasa sakit sangat. Arman need ubat Uncle,”
“Arman dengan someone kat sini, tapi dah malam kalau nak balik KL, lagipun Arman takut anything happens tengah jalan,”
“Arman rasa nak menjerit, rasa lemah, rasa nak muntah, Arman tak pernah rasa gini,”

“Uncle nak datang? Jauh lah Uncle. Tak susahkan Uncle ke?”
“Atau Arman call ambulance la Uncle, bawak Arman terus ke hospital KL,”
“Thanks Uncle, Arman akan tunggu Uncle, nanti Aiman share location, around 45mins from KL”
“Esok pun boleh, Arman cuba paksa tidur dulu, doakan Arman Uncle, Arman nak sihat, Arman nak ingat semua yang berlaku. Arman perlu ingat semua tu,”

“Thanks Uncle, sorry kacau Uncle, ok Uncle, Assalamualaikum “
Nurlisa mendengar dengan jelas perbualan Syed Arman dengan doctornya. Dia mendengar esakan kecil Syed Arman.
Nurlisa juga sudah lemah, dia menyesal kerana tidak memberitahu semuanya kepada Syed Arman. Dia bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku, tetapi dia juga punya alasan yang kukuh untuk tidak memberitahu Syed Arman.
Syed Arman meletakkan telepon di sebelah bantalnya setelah menghantar location kepada Doctornya itu.
Dia memandang Nurlisa sayu.
“Sayang, maaf sebab sayang kena jaga abang sakit. Jangan nangis, abang belum nak mati lagi la sayang, abang ok ni, Cuma abang pening,” Syed Arman mengambil tangan Nurlisa dan menciumnya.
“Apa pun yang abang akan ingat, abang nak cakap yang sayang adalah keutamaan abang. Kalau kenangan abang dulu ada orang lain, abang akan selesaikan dengan cara abang, abang tak kan lepaskan sayang,” Syed Arman memandang Nurlisa sayu, dia berkira kira Nurlisa pasti takut keadaan akan berubah selepas ingatannya pulih.
Tetapi dia tidak lagi nampak bayangan perempuan di dalam ingatannya. Dia cuma mendengar jeritan dan teriakan, dia juga nampak seorang perempuan yang sedang memukul seorang budak, sambil ketawa terbahak bahak.
Dia juga nampak budak kecil itu di paksa makan dengan melemparkan pinggan ke kepala budak itu, dan budak itu menangis tidak pernah berhenti.
Bayangan itu masih kelam, berbalam balam, tapi dia seperti tahu yang budak kecil itu adalah dirinya, kerana namanya di panggil begitu, Dia juga pasti yang memukulnya adalah uminya. Dah dia pasti yang menolak uminya adalah Mak Zah. Dia juga nampak Mak Zah memeluk dirinya dengan kuat, menahan api mancis yang di nyalakan.
“Abang, Sofea janji akan ceritakan semua kisah Sofea pada Abang, kalau abang nak dengar sekarang pun Sofea akan cerita, Sofea nak abang tahu semua,” Nurlisa masih menangis dan tidak sanggup melihat Syed Arman begitu lemah.
“Jangan menangis sayang, nanti bila abang dah sihat sikit, sayang cerita ya. Sekarang ni abang nak sayang tolong abang call resort, tanyakan ada painkiller tak? Abang sakit sangat kepala,” Syed Arman menarik tangan Nurlisa dan mencapai pipi gadis itu. Dia sangat sayangkan gadis itu, sayang yang tiada hujngnya.
“Stop nangis sayang, abang masih ok ni kan? Kenapa manja sangat ni?,” Syed Arman cuba bangun untuk selesakan kedudukannya.
Nurlisa mengambil bantal dan di letakkan di belakang Syed Arman. Dia memastikan suaminya selesa.
“Dalam handbang Sofea ada painkiller, ubat tidur pun ada. Abang kena makan satu sudu nasi goreng, then makan ubat. Lepas ok sikit, kita makan sama sama,” tangan Nurlisa pantas, menyuapkan sesudu nasi goreng yang diambil daripada troli itu then menyuakan mineral water kepada Syed Arman.
Selepas selesai menelan ubat, Syed Arman cuba memejamkan matanya, tapi terganggu apabila telepon tidak berhenti berbunyi daripada tadi.
“Sayang, tengokkan phone abang, ignorekan semua call, kecuali call daripada Uncle Dr,” dia cuba lagi memejamkan matanya.
Nurlisa mencapai telepon Syed Arman dan melihat nama Sakinah tertera di screen. Selepas beberapa kali call tidak berjawab, dia nampak satu whatapps masuk di screen.
~Arman, I otw to rumah you. I akan cerita semua kat umi, you masih melekat dengan perempuan itu. You jangan ingat I tak berani~
~I boleh buat sampai perempuan itu hancur kena gilis lori~
Tangan Nurlisa mengigil membaca text tersebut. Dia mula merasa tidak selamat apabila membaca message daripada Sharifah Sakinah.

Demi tidak memberi tekanan kepada Syed Arman, Nurlisa menukar kepada mode silent.
Nurlisa cuba scroll semua whatapps yang masuk, terlalu banyak, tetapi Nurlisa tertarik dengan text daripada Syed Awaludin.
~Babah restui hubungan Arman dengan Nurlisa. Sekiranya selepas Arman tahu semua kisah silam Arman, if you want to leave us, Babah izinkan, but with one condition. Arman mesti pergi dengan Nurlisa. Dia jodoh Arman, Babah pasti dia akan dapat pulihkan semua kesakitan Arman. Babah minta maaf, Babah gagal dari hari pertama Arman lahir. Babah hanya tahu menyakitkan orang sekeliling Babah. Babah nak Arman ingat ini sampai bila bila, Arman lahir daripada ikatan perkahwinan yang sah. Sesiapa yang mengata Arman adalah anak luar nikah adalah fitnah. Babah sayang Arman, lebih dari nyawa Babah~
Dan Nurlisa juga membaca text daripada Syed Adam
~Arman, abang minta maaf sebab selama ni abang tidak bercakap benar, abang tak nak kamu menderita dik. Marahlah abang, abang sanggup mendengar amarah kamu asalkan jangan tinggal kami lagi. Cukuplah kisah lama, Abang tidak akan mencari bahagia abang selagi kamu tidak bahagia. Baliklah, dengar cerita abang, abang akan ceritakan semuanya, asalkan kamu tidak tinggalkan kami~
Dan message dari Sharifah Teha tertera di screen itu.
~Abang, jaga Lisa baik baik, dia sayangkan abang, adik tahu tu, pegang Lisa jangan lepaskan. Adik akan handle Kinah sini. Perempuan sewel ni karang mesti meroyan. Adik nak abang percaya yang Allah sangat sayangkan abang. Allah melakar hidup abang sangat teratur. Akhirnya abang bertemu jodoh dengan seseorang yang menjadi Idaman abang. Adik jeles sebab Lisa cantik, body dia umm umm, pas tu sopan pulak, abang akan bahagia nanti. Tinggalkan semua kisah lama, semua tu tak berguna dah. Abang yang sekarang adalah lelaki yang terbahagia~
Airmata Nurlisa mengalir perlahan, dia sebak apabila membaca semua message itu. Dia memandang Syed Arman yang sudah lena, dah dia berharap selepas bangun nanti, Syed Arman akan ingat dirinya.
Dia merasa hubungannya dengan Syed Arman di restui oleh Syed Awaludin dan Syed Adam, itu sudah cukup membuatkan dia bahagia.
Dengan perlahan Nurlisa mencapai teleponnya dan mengaktifkan, sudah beberapa jam dia tiada di dalam radar.
Terlebih dahulu dia menukar ke mode silent kerana tidak mahu mengacau tidur Syed Arman yang lena.
Nurlisa membalas text Haiqal dengan meminta maaf untuk memungkiri janjinya. Dia pasti Haiqal akan faham, kerana selama dia kenal, tidak pernah sekali pun Haiqal memaksa dirinya.
Dalam diam, dia membuka pintu dan mengambil angin di luar. Dia juga perlu menghubungi Eiman kerana sudah beberapa hari dia tidak mendengar suara anak kecil itu.
“Mommy, Eiman missing you, where are you?,” itu perkataan pertama yang terbit daripada bibir mulus kecil itu.
“Mommy missing you too sayang, Mommy busy sikit. Anak bujang Mommy sihat? Dah makan belum?,” terubat kerinduan kepada anak kecil itu. Anak yang tahu membawa diri.
“Mana papa mama? Eiman kat mana tu? Rumah Grandpa ke?,” sudah beberapa bulan di tidak pulang ke Johor, cuma telepon sahaja yang menjadi ikatan mereka.
“Eiman kat rumah papa and mama. Papa outside, and mama kat dapur. Eiman sayang mommy. Eiman nak peluk mommy,” suara anak kecil itu sangat polos. Dia membesar dengan sangat baik.
“Nanti mommy balik ya sayang, mommy busy sikit, eiman jadi anak yang baik ya, dengar cakap papa mama. Nanti bila Mommy balik, kita jalan jalan, mommy kena pergi dulu sayang, salam dengan papa mama ya,” Nurlisa menamatkan panggilan apabila mendengar suara Syed Arman memanggil Namanya.
Suara Syed Arman sangat perlahan, tetapi cukup di dengar di telinganya.
“Sayang pergi mana? Tidur sebelah abang, stay dekat dengan abang,” mata Syed Arman masih terpejam, tetapi tangannya di hulurkan ke arah Nurlisa. Nurlisa tersenyum manja, dia rasa sangat di hargai.
“tadi Sofea call family kat Johor, maaf Sofea tinggalkan abang kejap. Sofea baring sebelah abang. Abang tidur ya, Sofea tak gi mana mana dah,” tangannya memeluk Syed Arman, kelihatan Syed Arman sudah kembali lena.
“Abang, Sofea sayang abang, sekali pun Sofea tak pernah lupakan abang, sentuhan abang, kiss abang, pelukan abang, tegas abang, semua Sofea ingat, Sofea hampir mati dulu sebab kehilangan abang. Tak mungkin Sofea nak hilang abang lagi,” tangan Nurlisa menyentuh bibir Syed Arman perlahan, bibir seksi itu pernah menjadikan dia membuat keputusan gila 5 tahun dulu.
“Abang tahu tak abang antara lelaki paling handsome yang pernah Sofea jumpa. Dulu Sofea ingat abang mat salih, mata abang coklat, hidung abang boleh sangkut hanger, badan abang ada six packs, seksi. Sofea terus auto gatal masa tu,” Nurlisa ketawa sendiri apabila mengingatkan waktu dia berusia 18 tahun itu.
“Masa abang masak kat dapur, abang suka tak pakai baju. Lepas tu pakai apron. Dada abang terbuka lah, macam mane lah Sofea tak gilakan abang,” tangan Syed Arman bergerak gerak, memegang tangan Nurlisa kemas.
Nurlisa terkesima, adakah Syed Arman mendengar semua apa yang di perkatakan? Dadanya berdebar, dia tidak sepatutnya membuat situasi sukar bagi Syed Arman.
Tangan Syed Arman sekali lagi bergerak, kali ini tangan Syed Arman mencengkam tanganya kuat, terdengar esakan kuat berserta dengan jeritan.
“Jangan pukul Arman umi, Arman sakit. Jangan pukul umi. Arman janji tak nangis lagi” dan dada Syed Arman berombak kencang, jelas kelihatan dada bergerak gerak.
“Abang, wake up, abang mengigau ni,” Sofea menghalakan bibirnya di telinga Syed Arman, membisikkan perlahan. Peluh merecik halus di dahi Syed Arman.
Kelihatan Syed Arman membuka matanya. Dia terus menyapu air matanya perlahan. Sofea memeluk badan Syed Arman kemas, sungguh dia kasihan penderitaan Syed Arman.
“Abang mimpi buruk sayang, abang dah boleh ingat sedikit memory abang masa abang kecik. Masa umi dera abang, sebab tu lah belakang abang ada parut kena api. Umi yang bakar baju abang. Allahuakbar, begini kisah hidup abang rupanya,” esakan Syed Arman deras, tapi dia kelihatan sedikit tenang.
Nurlisa tahu tentang kisah api itu kerana dia pernah di jerkah semasa pertama kali cuba memegang belakang Syed Arman semasa dia cuba merawat Syed Arman 5 tahun dulu.
“Sayang jangan risau, abang ok, kepala abang dah kurang sakit. Apa pun yang berlaku dulu, sayang akan tetap jadi keutamaan abang. Abang akan kuat demi sayang,” Syed Arman menarik Nurlisa sedikit ke atas dan mengucup bibir itu perlahan. Rentak perlahan itu menjadi ghairah apabila Nurlisa membalas kucupan itu.
Bibir Syed Arman jatuh ke leher Nurlisa, dia mengucup leher jinjang itu dengan penuh kasih sayang. Kedengaran desahan nafas berahi Nurlisa.
“Sayang, let’s stop. Kita belum halal, abang akan halalkan sayang dalam waktu terdekat. Abang sendiri akan jumpa Babah dan minta izin. Nanti kita balik jumpa family sayang,” Syed Arman menolak Nurlisa perlahan.
“Tapi sayang kena pastikan jiwa sayang bersih daripada kisah dulu. Sayang kena pastikan sayang boleh beri 100% tumpuan kat abang. No more orang lain, even kisah lama sayang,” dah suara itu tegas, baru sekejap tidur dia sudah mula merancang semuanya.
Nurlisa menarik nafas lega, untuk seketika biarlah masalah Syed Arman selesai, barulah mereka akan membuka buku lama mereka.
“Sofea pun nak abang tahu, Sofea dah lama sayangkan abang,” dan bibir Syed Arman di kucup kejap, memberi makan kepada jiwanya.
Syed Arman tersenyum dengan perlakuan Nurlisa. Dia sudah lama tahu gadis itu cintakannya.
“Kita makan jom abang. Sofea sediakan makanan, abang dah boleh bangun kan?,” Nurlisa bangkit daripada katil mewah itu dan tangannya lincah menolak troli ke tepi katil itu.
“Abang nak ke bilik air dulu. Sayang ambikkan abang baju. Abang nak mandi sekejap, abang rasa tak selesa, tadi tak sempat mandi,” Syed Arman bangun daripada katil itu dengan perlahan.
Memori di dalam ingatannya tidak pernah padam, satu persatu muncul di fikiranya. Dia dapat melihat semua kejadian semasa kecilnya, tetapi memori itu hanya terbatas semasa dia kecil sahaja.
Dia nampak dengan jelas memorinya bersama Nenda dan Datuknya. Dia juga nampak jelas memorinya dia hampir di langgar kereta apabila dia pulang daripada summer camp di London. Dia terselamat apabila driver van yang menjemputnya menjerit apabila nampak kereta terlalu laju.
Sampai di situ sahaja ingatannya, dia pasti semua ingatannya akan kembali apabila berjumpa dengan Doktor. Dia berharap msiteri gadis di dalam mimpi akan terjawab.
“Abang tukar baju dalam bilik air ya, Jangan pakai towel yang luar. Jangan salahkan Sofea kalau sesuatu yang buruk berlaku pada abang nanti,” guarauan Sofea itu mengundang ketawa yang keras kepada Syed Arman.
“Sayang dah pandai buat abang ketawa sekarang ni ya, sekarang dah tak malu nak express your feeling. Bagussss, abang suka sayang yang sekarang,” tangannya mencuit hidung Nurlisa mesra.
BERSAMBUNG
No throwback-

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-27 21:47:14 

hi dear. u promise nk update arini....

maznom mohd said
2020-11-26 22:41:36 

next please..lamanya menyepi..

Fatin Nur Amalina
2020-11-26 07:48:56 

upload lagi please. ada brp bab lagi.?. tersekat nak menangis..


NovelPlus Premium

The best ads free experience