Rate

PERTAMA

Other Completed 779

Salam sahabat-sahabat pengunjung. Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak. Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat!

Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.

“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience