BAB 6

Romance Completed 20499

“Terima kasih.Akak tu bila lagi?Boyfriend akak tak datang?,”.Datang sayang.tapi sebagai suami Elly nanti.Hatiku merintih.Aku menggeleng kepala.

“Dia busy ye?,”tanyanya lagi.Aku tersenyum sahaja.

“Akak,Abg Emran tu sweet tau!Dia sayang sangat dekat Elly.Dia cakap dia menyesal tolak Elly dulu.Dia cakap makwe dia dulu tu selalu sangat abaikan dia.Pentingkan diri!Elly bertuah sangat dapat Abang Emran tu kak!,”kata Elly bahagia.Good for you,Elly.

“Dah kahwin nanti,Elly kena taat pada suami tau.Jangan derhaka.Bangun awal pagi sikit.Buatkan sarapan untuk suami.Jangan keluar malam dah.Kesian dekat Emran tu nanti,”ujarku.Lagakku seperti orang yang sudah berumah tangga aje memberi nasihat.Hehe.Elly hanya mengangguk.

“Kak Ila,akak rasa ex makwe Abg Emran tu jahat macam mana ye?,”tanya Elly lagi.Ya Allah,kenapa tak habis habis tanya pasal aku ni.Dah nak nikah kan?Aku mengeluh.

“Entahlah,Elly!Mana akak kenal,”.

“Abg Emran cakap dia betul-betul menyesal bercinta dengan ex dia tu.Tak memahami,tak caring,suka marah.Hmm..kesian Abg Emran kan,kak?Nasib baik Abg Emran cepat sedar.Nampak Elly!,”kata Elly lagi.Kata kata Elly itu betul betul melukakan hatiku.Patutlah mesra sangat Elly dan Emran sejak akhir akhir.Mungkin benar yang Emran menyesal berkawan denganku selama Teruk sangatkah aku?ini.Aku mengeluh.Sekarang Emran dan Elly sudah sah menjadi suami isteri.Hatiku merintih kuat.Kecoh mulut makcik makcikku meminta ruang untuk pengantin lelaki masuk ke bilik untuk upacara membatalkan air sembahyang.Aku yang dari tadi menemani Elly di bilik sewaktu upacara akad nikah,menapak pergi.Hanya menunggu di muka pintu bilik.Aku memandang belakang Emran.Mesti dia segak memakai busana putih itu.Putih warna kesukaannya.Aku hanya melihat sahaja tingkah laku mereka.Elly yang sedari tadi menunduk,terkejut sebaik sahaja memandang ke arah pengantin lelaki.Ehh..kenapa?

“Dia terkejut tengok pengantin lelaki kot!,”.Ada suara berbisik di telingaku.Pantas aku berpusing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience