BAB 7

Romance Completed 20499

“Ehh..you!Kenapa ada kat sini?,”.Wajah segak Emran menyapa pandanganku.Dia hanya ketawa halus.Suka benar melihat aku terkejut.

“Because I need to be here,not there,”kata Emran.Mendalam.Dia tersengih.

“Siapa tu?,”tanyaku merujuk kepada pengantin lelaki.Kelihatan Elly terpaksa menyambut huluran suaminya itu selepas didesak oleh makcik makcikku.

“Her husband!,”.Aku mencubitnya.Reflection.Geram.

“Aduhh..garang la you ni!Sabarlah.Nanti I story,okay?,”pintanya.Tersengih lagi. Elly menangis teresak di hadapan keluargaku dan aku sebaik sahaja siang berlabuh menggantikan malam.Adam dan Emran turut bersama menyaksikan temasya tangisan Elly.

“Dari semalam Mak Ngah dan Pak Ngah pendam.Sampai hati Elly buat kami macam ini.Apa salah kami Elly?Tak cukup lagi ke kasih sayang yang kami beri pada Elly selama ini?,”tanya ibuku.Teresak.Aku tahu ibu memang telah menganggap Elly sebagai anaknya.Segalanya telah dia curahkan untuk membesarkan Elly.

“Kenapa Elly sanggup aniaya Kak Ila.Elly tahu kan macam mana sayang Ila dekat kamu?,”tambah ibuku lagi.Raut wajah ayahku menunjukkan dia sedang menyimpan marah.Cuma didiamkan sahaja supaya tidak melarat.

“Kenapa Elly malukan Mak Ngah dan Pak Ngah?Sanggup buat perbuatan terkutuk.Macam mana Mak Ngah nak jumpa mak kamu di syurga nanti.Ya Allah,malunya aku!,”tangis ibuku lagi.Aku yang berada di tepi ibu,hanya mampu menyabarkan dia.Hatiku juga terluka kerana dia sanggup mempermainkan aku dengan game bodoh dia itu.Hanya kerana iri hati,dia sanggup pisahkan aku dengan Emran.Apa yang aku ada sampai begitu sekali dia dengkikan aku?

“Kak Ila,Elly minta maaf.Elly tahu,Elly jahat.Elly tak pandai nak bersyukur.Elly iri hati bila akak ada keluarga yang baik,kerjaya yang bagus.Akak ada Abg Emran yang ikhlas sayangkan akak.Elly tak de pape kak!,”tangis Elly tersedu sedan.Tapi,kau ade kami Elly,kataku dalam hati.

“You,macam mana you tahu dorang menipu nak kenakan I?,”tanyaku pada Emran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience