Murid baharu

Romance Completed 3649

Waktu persekolahan telah pun tamat .Ini adalah waktu yang paling di sukai Haziq.


Aisyah dan Bella sudah menjangka kehadiran Haziq untuk mengacau mereka.Itu lah 'routine' harian mereka.Aisyah pun berkata," Kau nak apa,Haziq.Tak habis habis kacau aku dengan Bella.Tak ada kerja lain ke!"
Bella sekadar mengangguk.Haziq berkata,"Aisyah, kau macam tak tau apa yang aku nak.Aku nak kau."dengan selamba sahaja budak Haziq ni cakap. ' Sekeh kepala baru tau.. ' gemersik hati Aisyah.


Ikutkan hati Aisyah,nak jer dia blah dari situ.Tapi kesabaran Aisyah masih ada.Bella pun berkata,"Haziq,dah la tu.Aku ni sebenarnya nak balik penat nak tidur.Kalau kau tak penat kau kesian lah dekat Aisyah.Aisyah pun penat." Haziq pun terus berambus dari situ dengan perasaan hambar.Nampaknya Haziq perlu bekerja keras untuk dapatkan hati Aisyah.


Sewaktu berada di kelasnya,Aisyah sekadar melukis gambar di dalam sketching book nya yang sudah lama tidak di conteng.Tiba tiba Cikgu Azira masuk ke kelas bersama seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.
Cikgu Azira pun berkata," Murid murid,ini Norman Shah dan yang perempuan Nur Amiera Insyirah."lembut dan lunak suara Cikgu Azira.Baru Aisyah perasan perut cikgu Azira sudah makin memboyot.Aik,kesitu pulak.Cikgu Azira menambah ,"Kamu semua boleh berkenalan antara satu sama lain."Hati Aisyah berkata,'Cantiknya minah ni.Aku rasa dia ni sesuai di buat kawan...'.Aisyah,Aisyah bila la nak matang kalau macam ni.


Waktu rehat telah bermula.Aisyah dan Bella seperti biasa keluar berehat bersama sama.Aisyah nampak budak baru itu duduk di sebelahnya di kantin sewaktu Bella sedang membelikan makanan untuk Aisyah.Bukan Aisyah yang suruh belikan tapi Bella yang mengada -ngada.Lalu,lekas Aisyah menegur dengan berkata,"Assalamualaikum,saya Nur Aisyah."Si Amiera Insyirah tu pun berkata,"Waalaikumussalam,saya Nur Amiera Insyirah."Lunak sungguh suaranya.Aisyah pun apa lagi meminta Si Amiera Insyirah berkawan dengannya.Tetapi,si dia tu suruh panggil dia Syirah jer.Ohh,lupa nak cakap,Syirah setuju berkawan dengan Aisyah.Bella tak tau lagi pasal hal ni.Nanti-nanti je lah bagi tau.


Akhirnya setelah lama menanti Bella sampai ke meja makan tempat Aisyah dan Syirah berada,terkeluar lah ayat yang berbunyi," Hai,Syirah.Saya Bella."Sungguh ringkas kan ayat Bella.Syirah hanya mengangguk.Setelah makan,loceng sekolah pun berbunyi.Itu tandanya masa rehat telah pun tamat.Mereka bertiga lekas ke kelas mereka.Apabila waktu sekolah sudah tamat, mereka terus ke perhentian bas yang tidak jauh dari sekolah.Tiba-tiba kedengaran seorang pelajar perempuan bersuara,"Baru sehari kenal dah macam 10 tahun kenal,"Itu suara Alisya.Namun,Aisyah pun berkata,"Hei Alisya kau memang hati busuk eh.Tak boleh nampak orang senang,nak jugak tengok orang menderita baru kau puas hati kan.Eh,dah la tu.Aku dah kenal kau lama dah.Dengki."kata kata Aisyah menusuk sampai ke dalam kalbu Alisya."Hoi perempuan.Kau tak payah lah nak propa sangat..."nada Alisya separuh menjerit.'Panggg'


Bunyi tamparan Bella.Macam tak tahan tengok Alisya marah kawan dia macam tu.Apa apa pun memang padan lah dengan muka Si Alisya tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience