Masalah

Romance Completed 3649

'Terdampar jauh di hempas......'

Lagu 'Aku Permata' berdering di telefon pintar Aisyah.Memang la telefon pintar tapi Aisyah jarang gunakan nya.Aisyah melihat kaca telefonnya dan tertera nama Bella di situ.'Apa la agaknya Bella ni nak ye ' desus hati Aisyah. Aisyah lekas mengangkat panggilan Bella.
"Assalamualaikum,ye Bella nak apa."Kata Aisyah.
"Waalaikumussalam, Aisy.Datang rumah aku sekarang bawak buku Sains sekali.Kita belajar sama-sama tau.Cepat sikit."Jawab Bella pula.Belum sempat Aisyah berkata apa apa Bella sudah memutuskan panggilan.Aisyah segera bersiap untuk pergi ke rumah Bella.Aisyah memakai blouse berwarna putih berbunga biru.Aisyah mengambil shawl biru nya di atas katil dan terus memakainya.Memang padan shawl yang dipakainya.Aisyah juga memakai jeans biru.Biru kan warna 'favourite' Aisyah.Setelah sampai ke rumah Bella,Bella pun menjemput Aisyah ke dalam rumahnya.Ya,rumahnya sebab mama Bella nak dia berdikari.Mama Bella yang belikan.


Aisyah membuat Cupcake kegemarannya iaitu perisa strawberi.Bella sekadar membancuh susu.Tapi, bahan-bahannya tak cukup.Bella mengajak Aisyah ke supermarket untuk membeli bahan-bahan itu.Bella mengambil kunci kereta nya.Setelah sampai ke supermarket itu Aisyah mencari handphone nya di dalam beg CalorRinho berwarna putih biru.Aisyah baru tahu yang handphone nya itu telah hilang.Entah ke mana perginya,tercicir ke di curi ke.Bella rasa Aisyah tercicir handphone nya di tempat membeli tepung.Mereka pun ke situ semula.Tetapi malangnya,handphone Aisyah tak ada.Apa yang lagi mengejutkan ialah terlihat dua orang lelaki berada di tempat handphone Aisyah hilang.Lelaki itu adalah Haziq dan Norman.Mereka terus pergi berdekatan Haziq dan Norman.Aisyah berkata,"ermmm,Haziq ada nampak tak handphone warna biru di sini ?"Haziq menjawab,"Ada.Yang ini ye." Haziq menunjukkan telefon Asus berwarna biru.Bella berkata,"Kau ambik........,"Haziq menyambung ayat Bella yang tergantung,"Eh.Mana ada.Aku dah insaf.Aku tak kacau korang lagi kan".Bella mengambil telefon itu.Ya,itu memang handphone kesayangan Aisyah.Aisyah rasa yang mamat ni ambik sebab takut hilang.Tapi dah hilang,buat apa nak hilangkan lagi.Hmmmm......'Baiknya Haziq ni tetiba.Tapi baguslah kalau dia dah berubah.'desus hati Aisyah ataupun 'Aisy' yang Bella panggil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience