Rate

Prolog

Romance Series 9683

Malam adalah waktu untuk warga dunia berehat dan tidur. Tapi lain pula ceritanya dengan dua orang sahabat baik ni.. makin larut malam.. makin giat tangan mereka menaip untuk membalas mesej antara satu sama lain.Aisya teman kepada Nadhirah rancak memulakan perbualan mereka. Sedang rancak mereka berbual menggunakan aplikasi whatsapp, Nadhirah mula bertanyakan sesuatu kepada Aisya. "Sya.. kau tinggal dengan sepupu kau kan.. siapa nama dia? aaaa Taufiq! Kan? " tanya Nadhirah. "Haah. Dah kenapa tiba-tiba tanya pasal Taufiq pula ni? " .Hairan betul Aisya dengan perangai kawannya yang serupa ribut taufan ni. Sekejap sahaja mood dan tingkah lakunya boleh berubah tak kira masa atau tempat. "Aku rasa.. nanti aku nak kahwin dengan dia la." Kata Nadhirah dengan selamba.Runsing kepala Aisya membaca teks yang dihantar oleh Nadhirah. "Kau dah kenapa? Lagipun Taufiq tu dah ada girlfriend la machaa"."saja.. lagipun Taufiq tu kan bakal Tentera.. Kaya pula tu.. terjamin sikit masa depan aku. HAHAHA.. Tapi kan.. " .Mesej yang ingin di taip terhenti seketika.. "Tapi apa? " tanya Aisya. "Tapi aku nak capai goals aku dulu. " kata Nadhirah. "Goals apa pula ni?? peningla aku dengan kau ni"."Boleh migraine kalau dilayan budak Nadhirah ni .." kata Aisya di dalam hatinya. "Goals yang Pertama.. aku nak jadi PANDAI.. Kedua aku nak jadi KAYA.. Ketiga aku nak jadi anak yang BAIK.. Keempat aku nak jadi CANTIK.. Kelima AKU NAK KAHWIN DENGAN TAUFIQ! Yeah! " balas Nadhirah dengan penuh rasa teruja. "Yelah Cik Nadhirah oi... Aku doakan kau berjaya capai goals kau. Aamin.. " balas Aisya.. Aisya sudah masak benar dengan perangai Nadhirah yang suka berubah-ubah itu. Tapi kawan punya pasal.. Support jela.. perbualan mereka tamat selepas Aisya mengadu matanya sudah mahu koyak melayan Nadhirah sehingga lewat malam..langsung tidak sedar bahawa mereka telah berbual berjam-jam lamanya.. jam menunjukkan pukul 12:30 malam.. Namun.. mata Nadhirah masih belum ingin terlelap.. dilayannya angan-angan untuk mencapai semua goals yang dikatakan tadi. "Mula-Mula kena jadi Pandai.. pastu.. Kaya.. Then baik.. Cantik.. And... ZUPP!! Serang! " Fikiran Nadhirah mulai melayang jauh.. beberapa ketika selepas itu.. matanya mula terasa berat dan Nadhirah tidur dengan angan-angan yang masih berbaki dalam benak fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience