Rate

Bab 1

Romance Series 9683

"Saya ada surgery that should be done today ke? " tanya wanita berusia 25 tahun yang lebih dikenali sebagai Dr.Dira kepada seorang jururawat wanita yang setia menjaga kaunter. "Ouh.. for today Doc ada patient yang nak buat surgery untuk apendiks.Dalam pukul 3 petang.. Doktor nak saya tempahkan bilik bedah yang kosong ker? "balas jururawat tersebut. "Okay tempahkan saya satu bilik bedah dari pukul 2:30 sampai 4:30 petang." "Baiklah.. nanti saya akan masukkan dalam jadual"."Terima kasih ye" balas Dira sambil menghadiahkan senyuman manis kepada jururawat itu.Laju sahaja kakinya melangkah masuk ke biliknya yang terletak hanya beberapa langkah daripada kaunter. Masuk sahaja ke dalam bilik.. Dira terus menuju ke meja dan menekan button on pada komputer riba miliknya yang terletak diatas meja. Satu demi satu data dan rekod pesakit di periksa dengan teliti agar tidak mengganggu proses dan prosedur rawatan seterusnya. Dira merupakan seorang gadis yang sangat tekun.. tidak hairanlah dia dapat menyandang gelaran Doktor Pakar Bedah seawal usia 25 tahun.Sedang asyik dia memeriksa data-data pesakit, beberapa ketukkan terdengar di pintu masuk. "masuk" balas Dira sambil matanya masih lagi tertancap pada skrin laptopnya. Pintu yang tadinya tertutup rapat dikuakkan sedikit. Terlihat seraut wajah yang agak tersorok di sebalik pintu itu. "Do you wanna build a snowman? "."Dia dah mula dah.. " telah Dira. "What do you want Dr. Aiman? ".Wajah yang tadinya agak terselindung kini jelas di depan mata.Kelihatan susuk tubuh yang tinggi lampai berada tidak jauh dari tempat duduk dira. Jejaka muda yang dikenali sebagai Dr. Aiman itu mula mendekati Dira dengan lagak seorang prince charming. "Awak dah makan? "soal Aiman. Jejaka yang berada dihadapannya sekarang merupakan jejaka idaman semua staff dan kakitangan hospital di tempat kerjanya. Bukan sahaja kakitangan hospital malah pesakit juga ramai yang membulatkan mata masing-masing apabila berhadapan dengan Dr. Aiman.Entah kenapa.. walaupun dirinya menjadi "Hot Stuff" dikalangan perempuan.. wanita yang berada dihadapannya tidak sedikit pun menunjukkan reaksi sebagaimana reaksi yang sering ditunjukkan oleh wanita lain. Kelainan itu membuatkan Aiman lebih teruja untuk mengenali wanita manis yang bertudung litup itu."Belum lagi.. saya baru jer sampai tadi. ingatkan nak ajak Kak Milah pergi breakfast kejap lagi.. Jomla kalau nak join "pelawa Dira. Hubungan Dira dan Aiman hanyalah sekadar kawan.. tak lebih daripada itu.. tapi kadang-kadang Aiman pula yang bersikap lebih-lebih. Malas ingin menyuarakan persoalannya itu.. Dira layankan sahaja sikap Aiman yang kadang-kadang mengada tak tentu fasal itu. "Tadi saya nampak Kak Milah bawak nasi lemak dari rumah. Mesti dia dah makan. Jomla Dira."pinta Aiman. Baru sahaja dia ternampak Kak Milah iaitu ketua Jururawat sedang menjinjing beg plastik yg berisi bekal nasi lemak.Terus sahaja dia teringat untuk keluar sarapan bersama Dira. Bolehlah dia berdua-duaan sebentar dengan gadis itu.. "Haa yela.saya ambil beg sekejap. "kata Dira. Berbunga bunga hati Aiman apabila ajakannya kali ini diterima tanpa banyak soal oleh Dira.. "Yes! Bukan senang nak dapat peluang macam ni"sorak hati girang Aiman. Dira mencapai tas tangannya dan menutup laptopnya. "Jom ." mereka berdua jalan beriringan menuju ke cafeteria yang terletak di tingkat bawah bagunan hospital itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience