Bab 66

Romance Completed 1263976

Nurlisa membuka pintu biliknya, dia terduduk di sebalik pintu itu.
Tangannya mengigil, tiada sedikit pun kegembiraan atau kepuasana apabila melihat suaminya tidak keruan, tiada sekumit pun rasa bahagia itu.
Sesungguhnya dia menangis, kali ini bukan sebab hatinya yang terluka, tetapi melihat aturan hidup Syed Arman.
Syed Arman tidak bersalah, dia tidak ingat semua kisah hidupnya.
‘Dia tidak ingat aku, aku yang bersalah sebab tidak menyerahkan diri padanya, tetapi sesuatu yang pasti akan terjadi, serah diri bukan bermakna aku akan bahagia. Biarlah dia datang dengan ingatannya yang lama, dari situ pasti dia akan fight untuk aku. Sekarang aku kena undur diri dulu. Pasti Allah akan membuka jalan’
Nurlisa memujuk hatinya, walaupun terlihat jelas kekusutan yang Syed Arman timbulkan. Kerana cintanya, dia tidak sedar jiwanya menguasainya.
Selepas hampir 30 minit berteleku di belakang pintu itu, Nurlisa bangun setelah mendengar ketukan daripada pintunya.
Ketukan itu lembut, dia pasti bukan Ameena atau Syed Arman.
Dia membuka pintunya, terlihat Danish di sebalik pintu.
“Cik Lisa, boleh I masuk?,” Danish seperti mengerti kekalutan yang berlaku.
“Danish, youre always welcome in my room. I dah minta Ameena arrangekan meeting after lunch. We need to sit down and finalize many tasks,” Nurlisa berjalan ke mejanya setelah menjemput Danish masuk dan menutup pintu.
“Sorry Cik Lisa, ada sesorang nak bercakap dengan Cik Lisa, on the line,” Danish menghulurkan teleponnya dan berlalu ke pintu, dan Danish menutup pintu pejabat Nurlisa dengan perlahan.
Nurlisa memandang perlahan screen telepon Danish dan tertera nama CEO Syed Adam. Dia cepat meletakkan telepon itu di telinganya.
“Assalamualaikum Tuan CEO, maaf tunggu lama,” Nurlisa sedikit terkejut, bukan sedikit, tetapi terperanjat besar apabila melihat nama Syed Adam.
“Waalaikummusalam, ini bukan Adam, tapi Babah. Lisa apa khabar?,” suara garau Pengerusi itu mengetarkan jiwanya.
Kenapa Pengerusi menelefonnya, melalui Danish?
“Lisa tak jawab soalan Babah, jadi Babah assumed Lisa tidak ok kan? Mahukan Lisa mendengar permintaan Babah? Babah ada sesuatu nak minta tolong dengan Lisa,” suara itu sedikit sayu, kedengaran Syed Awaludin menahan sebaknya.
“Saya sihat, alhamdulilah, apa yang saya boleh bantu Tuan Syed? Maaf saya terkejut mendengar suara Tuan,” Nurlisa berterus terang, dia tidak tahu apa reaksi yang dia harus pamerkan.
“Babah nak minta tolong Lisa stay kat Endah Holdings, jangan resign lagi sebab Babah ada plan for Lisa. Buat sementara ni, kalau pergi Arau boleh tolong banyak pihak, Babah nak minta tolong Lisa sabar dulu. Babah dah jumpa office kat Arau, Lisa boleh masuk next 2 weeks. Sementara tu, Babah dah minta Ameena sewakan hotel for two weeks. Selepas reda sikit nanti, Babah akan kesana. Bolehlah Lisa tolong Babah?,” soalan itu diulang lagi.
Nurlisa tergaman, selepas setengah jam dia keluar dari bilik Syed Arman, berita ini sudah sampai ke pengetahuan Pengerusi Endah Holdings.
“Lisa, Babah masih tunggu suara Lisa ni, boleh tolong Babah?,” perkataan tolong itu di ulang lagi.
Lisa masih lagi terdiam, dia tidak tahu harus memberi jawapan yang bagaimana. Dia buntu.
“Lisa dah buat banyak for Yayasan Endah. Yayasan Endah ni jiwa Babah, Babah sayangkan Yayasan. Selama Lisa ada dengan Yayasan Endah, semua teratur, Lisa nak automate kan semua perkara, Lisa dah senangkan tugas semua orang. Please jangan berhenti lagi, Babah berharap sangat Lisa stay. Jangan risaukan Arman, Babah akan handle dia nanti,” suara itu penuh harapan, penuh dengan kesakitan, Nurlisa dapat merasaikan derita itu.
“I akan cuba Tuan Syed, saya akan pergi besok seperti yang Syed Arman minta,” Akhirnya Nurlisa bersuara, dia merasakan tiada kesudahan kalau dia berdiam diri.
“Lisa tak perlu handover to Danish, Lisa cuma work from Arau. After office siap nanti, Babah akan pindahkan team Yayasan ke Arau. Babah beli banglo di Arau as office, banglo tu dah boleh masuk, tapi aircond semua kena check balik, and esok contractor start make over banglo tu. Lisa kasi Babah dua minggu ya, lepas tu semua akan ok,” Suara Syed Awaludin sedikit longgar, tidak setegang tadi.
“Insyallah Tuan Syed, terimakasih kerana recognized kerja I selama ni, maaf susahkan Tuan Syed sebab kena call during your outstation. Sekali lagi I minta maaf,” Nurlis merendahkan suara, dia berasa menyesal kerana membuatkan semuanya kelam kabut.
“Babah letak phone dulu, tak boleh cakap lama, insyallah next week Babah cuba ke Arau, Babah pun nak tengok banglo yang baru beli tu. Dalam gambar nampak besar betul, ada 4 tingkat, with 9 bilik. Katanya ada lift. Babah dah minta mereka siapkan bilik Lisa terus. Lisa banyakkan bersabar ya, Babah nak Lisa yang jaga Yayasan Endah, Assalamualakum,” Syed Awaludin memutuskan talian.
Nurlisa meletakkan telepon di atas mejanya. Dia meramas tangannya perlahan.
Babah?
Yayasan Endah?
Arau?
Nurlisa tertanya tanya, adalah ini cara Allah memberi jalan untuk dia pulang ke kampungnya dan berada dekat dengan arwah ayah dan ibunya. Kerana sudah lama dia tidak pulang ke tanah yang memisahkan cintanya, tanah yang menjadi nadinya, tanah yang mempunyai seribu cerita.
Selepas ini dia boleh mengisi kekosongan rumah keluarga, yang sudah lama di tinggalkan. Mungkin dia boleh membawa Abang bersama kakak iparnya, juga anaknya.
Hatinya sedikit lembut, dia seolah olah mendapat jawapan kepada doanya.
‘ Ya Allah, adakah KAU memberikan apa yang aku doakan? Atau ini adalah asbab kerana perkara yang akan berlaku nanti? Aku terima semua ujianMu Ya Allah, bimbinglah aku Ya Allah’ Nurlisa menadah tangannya, dia menyesal kerana seketika tadi dia seolah olah memarahi jalan takdirnya.
Dia menapak ke arah Danish, yang setia menunggu di luar pintu biliknya. Beruntungnya Nurlisa, Allah hadirkan orang yang baik dengannya.
Orang yang selalu memastikan dia berada di dalam kondisi yang baik, yang membalikkan kesakitannya.
“Danish, thanks,” Danish menyambut huluran telepon itu. Dia memandang sayu ke wajah Nurlisa. Dia tahu Nurlisa di dalam kesakitan dengan perbuatan Syed Arman.
Cerita mereka berdua sudah sebati dengan setiap staff di office, mereka tahu segenap jalan cerita. Mereka tahu bagaimana perlakuan Syed Arman kepada Nurlisa.
Walaupun ada yang mengeji dan menghina Nurlisa tetapi ramai yang turut bersimpati. Tetapi simpati tidak akan boleh mengubah apa yang terjadi dan bakal terjadi.
“Cik Lisa, Boss Syed Arman nak jumpa kat bilik dia, tadi dia datang sini, tapi I cakap Cik Lisa tengah engaged. Dia minta sampaikan. I dah buat meeting dengan staff kat level 23 till lunch hour, sebab I nak kasi ruang untuk Cik Lisa berbincang. Ameena ada kat tempat dia, if anything Cik Lisa boleh call me,” Danish memaniskan wajahnya untuk membuat Nurlisa lebih selesa.
“Cik Lisa jangan risau, Tuan Syed Arman takkan apa apakan Cik Lisa, ini office, tak mungkin dia buat macam macam. Cik Lisa boleh rilex, bincang elok elok, kami as team will always support Cik Lisa,” Danish melangkah pergi, memberi ruang kepada mereka.
Dia tahu Syed Arman cemburu dengan Nurlisa. Melihat status dan post Instagram Eusoff pun buat dia tertanya tanya, apa perasaan Syed Arman apabila melihat kemesraaan mereka.
Syed Arman pernah meluahkan rasa cintanya kepada Nurlisa suatu Ketika dulu. Syed Arman pernah bertanyakan apa hadiah untuk dia berikan kepada Nurlisa.
Syed Arman juga pernah suarakan kebimbangan tentang keselamatan Nurlisa, bimbang Sharifah Sakinah akan cederakan Nurlisa.
Dari situ Danish tahu apa yang terjadi adalah normal reflection kepada perasaan cemburunya. Tetapi kisah Syed Arman berbeza kerana dia terikat dengan Sharifah Sakinah.
Dia faham Syed Arman dan dia juga memahami Nurlisa.
‘Semoga mereka beroleh apa yang mereka seharusnya menikmati, semoga mereka dapat mengauli perasaan mereka dengan jiwa yang kukuh’ doa Danish di dalam hatinya.
****************************************
Session pagi untuk Persidangan Perniagaan telah berakhir.
Mereka berdua beranak bergerak ke café hotel di kota singa itu.
Syed Adam tidak boleh duduk diam apabila Ameena menelefonnya melalui PA nya. Apa yang dia dengar daripada Ameena sangat mengejutkan dan dia tidak sangka adiknya telah pulang dan sanggup membuat keputusan penting itu tanpa berbincang terlebih dahulu.
Baran dan sawan Syed Arman sudah kembali. Sebelum kemalangan dulu, itulah Syed Arman yang mereka terpaksa menghadapi setiap hari.
Syed Adam tidak pernah menyangka yang sikap lama Syed Arman kembali menguasai diri adiknya. Dia tahu, dia cukup faham derita adiknya.
Setelah menceritakan semua kepada Syed Awaludin, mereka sepakat untuk mengambil jalan pintas, mereka perlu berbuat sesuatu yang memberi kemenangan kepada kedua duanya.
“Babah, apa tindakan Babah pada kinah. Masa tak tunggu kita Babah. Kita tahu siapa Kinah tu, Kinah boleh kuasai Umi. Babah kena buat sesuatu, Adam kesian sangat kat Arman,” Syed Arman menghirup coffee latte dihadapannya.
“Babah sudah berbuat semua yang Babah mampu Adam. Umi pernah letak gunting di lehernya masa kami berbincang tentang Arman. Umi pernah nak tikam Babah masa Babah tidur, nasib baik Babah sedar. Itu pun sebab Babah minta Uncle doktor datang untuk sessi kaunseling yang tertangguh dah sebulan,”
“Babah tengah tunggu surat dari Uncle Doktor untuk meletakkan umi kat tempat yang selamat, jauh daripada Sakinah. Babah dah jumpa tempat yang selamat untuk Umi, mungkin end of this month. Tapi kita kena rahsiakan daripada Sakinah dan Arman. Babah tengah discuss dengan Uncle Doktor,” Syed Awaludin mula bercerita tentang perancangannya.
“Babah tak sangka Arman akan balik secepat ni,” Syed Awaludin mengosok lehernya, melepaskan lelah dengan kisah derita keluarganya.
Dia sudah nampak Sharifah Sakinah akan merosakkan keluarga. Dia perlu melepaskan isterinya, kalau itu yang membuatkan anaknya bahagia.
Dia perlu berbuat begitu, bukan dia lambat, tetapi ada banyak tapisan perasaannya sendiri yang dia perlu lalui.
Dia tidak mahu Syed Adam dan Sharifah Teha menuduhnya membuang uminya, kerana kebahagian Syed Arman.
Semua hati anak anak dia perlu jaga, tiada apa yang dia cari, selain dari kebahagian mereka.
“Babah, ingat tak banglo yang kita nak beli kat Arau dulu, yang tanah dia luas tu, rasanya mereka belum jual, sebab Adam tanya ni, they said still available,” Syed Adam mula mencari jalan penyelesaian.
“Babah, Adam bayar booking ya, agent kata boleh, sebab kita belikan untuk Nurlisa handle Yayasan Endah kat sana. Bila Tahfiz siap nanti, kita masih perlukan office kan? Babah setuju tak?,” Syed Adam pantas menelefon agent yang senantiasa bersedia berkidmat untuk mereka.
“Adam buatkan apa yang Adam fikir baik untuk jalan penyelesaiannya. Babah ikutkan jer, asalkan Nurlisa sudi berkerja dengan kita. Susah nak jumpa staff hebat macam dia,”
“Ok Babah, what you need to do now is call Nurlisa, and talk to her. Tell her about banglo yang kita beli tu and kita proposed dia ikut cadangan Arman dulu,” Syed Arman memandang Syed Awaludin yang kelihatan kusut.
Syed Awaludin mengangguk setuju, fikirannya kusut dan dia tahu Syed Adam akan mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan semua orang.
***********************************************
Nurlisa mengetuk pintu bilik Syed Arman, dia melihat Ameena sudah memberi isyarat untuk dia masuk.
Ameena menganjak jauh daripada bilik Syed Arman, dia tidak mahu mendengar apa apa, kerana dia mahu berlapang dada.
Nurlisa masuk perlahan, dia berdiri di tepi pintu yang telah tertutup rapat. Dia melihat Syed Arman berdiri di tepi tingkap, memandang keluar tingkap.
“Boss, you nak jumpa I,” Nurlisa bersuara apabila melihat Syed Arman tidak berpaling kepadanya.
Syed Arman menoleh dan berlari mendapatkan Nurlisa.
Dia memeluk Nurlisa kemas, kemas sehinggakan Nurlisa tidak boleh bergerak.
Gadis hebat itu terpempam apabila dia mendengar tangisan Syed Arman. Dia mengeraskan badannya, dia terkejut dengan tindakan spontan Syed Arman.
Tadi bukan main hebat, ini boleh menangis pulak.
“Danish kata boss nak jumpa I, I akan pergi esok as your instruction, I akan kerja macam biasa, tapi I’m work from Arau. Kalau ada meeting, Ameena will arrange for online meeting, all will be in place, no need to worry,” Nurlisa menolak perlahan badan Syed Arman dari memeluknya.
Untuk kali ini dia perlu bertegas. Dia tidak boleh lembik lagi
“I’m sorry, please forgive me,” Syed Arman tidak mahu berganjak, dia masih bertahan dengan tolakan Nurlisa.
Tangisan Syed Arman itu meruntum jiwanya, didalam masa yang sama dia seperti melihat pandangan tajam Sharifah Sakinah. Dia tidak boleh mengacau kebahagian mereka.
Itu yang dia dengar, itu juga yang dia lihat.
Simpati Syed Arman pada dirinya tidak akan kemana mana, jadi dia perlu meletakkan noktah kepada kisah mereka.
“Sofea, abang minta maaf, semua ni abang buat for us, abang tak boleh explain sekarang, what you do need to do is follow my order. Please..,” Syed Arman melonggarkan pelukannya.
Tangannnya mencapai pipi Nurlisa, tapi tangan Nurlisa sempat menepis tangan itu, dia tahu dia perlu kuat mempertahankan maruah dirinya.
Dia tidak mahu terlihat terlalu murah, dia masih ingat hinaan Syed Arman terhadap dirinya.
Nurlisa menjarakkan dirinya, dia mengundur ke belakang.
“Boss, lets me repeat. I akan follow your instruction. No objection. Our relationship only within boss and staff. I makan gaji dengan Endah Holdings,”
“One thing for sure, I am survivor person, you campak I kat mana pun, I boleh hidup. No need to say sorry if you do it for the good of the Endah Holdings. I faham, I akan start develop office for Yayasan Endah from Arau,”
Syed Arman memandang Nurlisa yang terlihat sangat berlainan. Dia lemas di dalam perbuatannya sendiri.
“Kalau boss takde apa apa nak cakap, I keluar dulu. I ada banyak task kena sit down with Danish,” Nurlisa tidak tahu daripada mana kekuatan yang dia dapat, dia pun terkejut dengan jiwanya yang memberi kerjasama.
“Sayang, abang lost, please help me,” dia menurun egonya sampai ke lantai, agar Nurlisa membuka ruang untuk mereka berbincang, dia tahu hati Nurlisa terluka.
Dia nampak mata Nurlisa sudah tiada sinar yang biasa dia nampak, mata itu tidak lagi excited apabila melihatnya.
“Boss, I keluar dulu, lepas lunch I ada meeting dengan team, esok pagi I gerak ke Arau. Apa apa saya akan call Ameena. Assalamualaikum,” Nurlisa keluar, langkahnya deras, dia tidak mahu lagi mendengar rengekan Syed Arman.
Sesungguhya dia hampir lepas dengan jiwanya, dia hampir mencumbui bibir yang dia rindukan itu.
BERSAMBUNG

Share this novel

awer
2022-12-25 21:23:30 

lisa pun bebal..lg mau tggu..resign blik jakarta ygk ank.lg bgus..ape bodo tehegeh2 sgt.jntan tu dah main kn ko bnyak kali kot..

awer
2022-12-25 21:22:13 

babah ni pun cm babi..ngenakan org je...klu jdi baoak pun bodo..resign laa...

Roz Zana
2021-03-27 03:05:09 

i tak suka this chapter..so stupid. why biarkan org pijak kepala kita


NovelPlus Premium

The best ads free experience