Kamariah tergesa-gesa mendapatkan Riana di cafetaria kolej. Sebaik sahaja duduk di hadapan Riana, Kamariah melepaskan lelah. Dia memandang wajah Riana dengan mata yang membulat.
"Kanapa kau nak jumpa aku ni?", soal Riana sambil membelek nota subjek yang baru dari pensyarahnya sebentar tadi.
"Sebab aku dah dapat rumah sewa baru!", Kamariah melonjak gembira sambil mencubit pipi Riana agak kuat. Riana terjerit kecil. Pipinya yang dicubit Kamariah digosok-gosok.
Riana teruja dengan berita yang disampaikan oleh Kamariah. Tidak disangkanya Kamariah dapat mencari rumah sewa secepat itu.
"Alhamdulillah. kau ni memang baguslah!", Riana tersengeh. Hatinya lega. Mindanya tidak lagi terbeban dengan masalah mahu mencari rumah sewa.
"Ha! Ha! Ha!", Kamariah gelak kuat. Berbunga hatinya apabila dipuji sebegitu oleh Riana.
"Rumah sewa kita di mana? Murah ke?", Riana mahukan kepastian. Dia tidak mahu rumah sewa yang jauh dari kolej.
"Dekat je. Kalau jalan kaki dalam 15 minit, sampailah!",Kamariah menerangkan.
"Hah!", Riana cuba mengingati sesuatu. Dia seperti dapat menangkap tempat yang dicakapkan oleh Kamariah.
"Mesti kau dapat teka kan?", soal Kamariah sambil tersengeh.
"Maksud kau apartment yang terletak di belakang kolej kita ni?", soal Riana kembali. Dia mahukan kepastian.
"Aha! Tepat tekaan kau", Kamariah mengiyakan.
"Okey! Terbaik! Aku suka!", jerit Riana.
Jeritan Riana yang begitu teruja membuatkan banyak mata yang memandang ke arah mereka. Ada juga yang sengaja mencebikkan bibir sebagai tanda meluat melihat perlakuan mereka berdua. Namun Kamariah dan Riana membiarkan sahaja. Tidak terkesan sedikit pun di hati mereka.
Sebaik sahaja sampai di rumah Kamariah dan Riana berehat seketika bagi menghilangkan keletihan yang mencengkam badan masing-masing. Kedua-dua mereka cuma berehat di ruang tamu sahaja.
"Sekejap lagi kita tengok rumah. Kita sewa bertiga tau", Kamariah memberitahu.
"Hah! Siapa penyewa lagi seorang?", soal Riana dengan riak wajah penuh tanda tanya.
"Adalah sekejap lagi kau akan tahu", Kamariah tersenyum sumbing.
Petang itu Riana dan Kamariah pergi ke apartment yang mahu disewa. Mereka mahu melihat-lihat dahulu rumah tersebut. Jika berpuas hati, mereka berdua akan terus menyewa di situ. Lagipun kedudukan rumah itu yang amat dekat dengan kolej begitu menguntungkan. Banyak masa dapat dijimatkan. Mereka juga boleh berjalan kaki sahaja ke kolej. Tidak perlu menggunakan kenderaan sangat. Dari situ duit minyak dapat dijimatkan.
Terbuka sahaja pintu lif, Kamariah terus tersenyum ke arah seseorang. Riana yang melihat ulah Kamariah berasa hairan. Mana tidaknya dia masih lagi tidak tahu Kamariah tersenyum dengan siapa.
"Kau senyum dengan siapa?", senggol Riana.
"Tu! Dialah yang akan menyewa bersama kita", kata Kamariah bernada gembira.
Riana nampak sesusuk tubuh perempuan tinggi lampai yang rambutnya separas pinggang, memakai baju kurung putih berbunga pink sedang berdiri di hadapan pintu apartment.
Share this novel